:::...Kita begitu Berkira Dengan Allah...:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Pada kali ini saya telah tergerak hati untuk berkongsikan sedikit pendapat untuk kita bermuhasabah diri ini yang semakin hari semakin lupakan Allah,apa yang ingin saya tonjolkan pada kali ini berdasarkan realiti kehidupan kita sekarang sebagai manusia yang sedikit terleka dengan buaian dunia globalisasi ini tidak kira kita ini siapa kita.

Seperti contohnya kita boleh menonton tv dalam kadar masa yang lama dengan drama,filem dan sebagainya,lagi kita boleh menghabiskan masa 4,5 jam ataupun seharian didepan laptop dengan melayari internet seperti facebook,twitter,blogger,chating,game dan lain-lain lagi dan bagi insan yang bergelar pelajar yang terlalu sibuk dengan belajar dan mengulangkaji pelajaran sampaikan sanggup korbankan masa rehat,tidur dan kesihatan sendiri dan bayak lagi perkara-perkara duniawi yang dilakukan dalam kehidupan kita tanpa kita sedari dari hari ke hari.Adakah beberapa contoh yang saya senaraikan itu salah?

Bagi saya tidak salah untuk lakukan pekara-perkara tersebut perlulah dalam keseimbagan masa yang sesuai dan cara penggunaanya yang betul kerana kita ini hamba Allah bukan hamba dunia.Cuba kita lihat beberapa perkara ini,berapa ramai yang sanggup membahagikan masa untuk solat berjemaah di masjid?sedangkan pahalanya berlipat kali ganda, berapa ramai yang sanggup meluangkan masa yang lama untuk mengaji Al-Quran dan mentadaburnya?sedangkan ialah menjadi teman dan petunjuk kita di akhirat kelak dan berapa ramai pula yang sanggup korbankan masa tidur dan rehat kita untuk beribadat kepada Allah seperti Qiamulai?kerana Allah menyukai orang yang berjaga malam untuk beribadat kepadanya bukan belajar bermati-matian untuk peperiksaan dunia.Bukankah itu menunjukan yang kita ini berkira dengan Allah sedangkan kita hambanya dan apa yang kita ada semua datang daripadnya seperti mana firman Allah;

" Dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya" (Qs Ibrahim [14] 34; an Nahl [16] ayat 18)

tetapi haruslah kita ingat sepertimana firman Allah;

"Perlombaan (memperbanyak harta benda dan anak-anak) telah melalaikan kamu sampai kamu masuk kubur. Jangan begitu! Nanti kamu akan mengetahui. Kemudian jangan sekali-kali kamu begitu! Nanti kamu akan mengetahui. Jika kamu mengetahui dengan yakin, niscaya kamu akan melihat Jahannam. Kemudian Sesungguhnya kamu akan melihat dengan ‘ainul yakin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu. tentang nikmat-nikmat (yang telah kamu terima). (Qs. at Takaatsur [102] ayat 1 - ‘8)


Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w. Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Ingatlah jika kita mengejar dunia semata-mata maka dunialah kita akan perolehi dan jika kita mengejar akhirat maka dunia akan mengikuti dan insyallah kita akan memperoleh kedua-duanya.sama-samalah renungkan dan selamat beramal.

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...