::..Dakwah..::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Dakwah dan TarbiahAssalamualaikum dan apa khabar iman?
Dalam kita menjalani hidup sebagai seorang hamba dan khalifah kita tidak terlepas daripada menjalankan satu amanah Allah yang penting iaitu dakwah tidak kira siapa kita tuntan itu perlu ada didalam setiap jiwa umat islam.Dalam hal ini mungkin ramai yang masih tidak mengetahui apa itu erti dakwah?disini dapatlah kita berkongsi sedikit ilmu mengenai definisi dakwah yang sebenar dalam islam insyallah.
Dakwah boleh diertikan dengan pelbagai interpretasi. Namun secara adilnya, sewajarnya kita memerhati sejarah dakwah baginda s.a.w. dalam memahami pengertian dakwah yang sebenar. Jelasnya, dakwah baginda s.a.w. bukanlah dakwah yang berlegar kepada isu-isu remeh dan persoalan Fiqh yang far’i tetapi seruan dakwah Islam adalah mengajak manusia untuk patuh kepada Allah (menyelesaikan persoalan pokok).
Dakwah baginda s.a.w. tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah diseru kepada Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah. Kemudiannya lahirlah keluarga-keluarga Islam yang mencorak sebuah masyarakat Islam. Bermula daripada pembinaan batu-bata yang kecil, kini bahan binaan itu membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa bahan-bahan yang tahan dan kuat, bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh.
Sesungguhnya dakwah Rasulullah s.a.w. menuju ke arah pembinaan sebuah daulah yang akan menjadi asas kepada perkembangan Islam dalam era seterusnya. Asas-asas yang dibina mempunyai peranan dalam menampung sebuah daulah di Madinah. Seterusnya usaha penyebaran dan pengembangan Islam berlarutan sehingga mencapai kemuncak dalam masa 600 tahun. Jangka masa yang panjang dan jauh ini bukanlah satu kebetulan. Bahkan, ini merupakan satu ketentuan Allah s.w.t. dalam aturan sunnah. Pastinya ‘Teori Kebetulan’ bercanggah dengah akidah kita.