Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Wahai Remaja,Apa Dah jadi??

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Pada kali ini izin saya sebagai seorang yang cintakan agama islam ini untuk meluahkan tentang isu yang kalau hendak diperkatakan mungking acap kali diperkatakan atau diperdebatkan disetiap pelusuk negara ini, baik diperingkat kampung mahupun bandar,dan diperingkat tertinggi pun sudah sering dibicarakan dan sudah banyak solusi diutarakan bagi mengatasi permasalah ini iaitu isu Remaja.Siapa remaja?kenapa remaja?,itulah antara beberapa persoalan yang timbul sedangkan jawapanya begitu mudah untuk diterjemahkan tetapi kenapa tidak juga selesai masalah?Mari kita lihat mengapa dan kenapa ini semua terjadi khususnya kepada si remaja yang beragama islam.

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).



Inilah yang menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.



Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?



Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang dan islam. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nak susah fikir pasal orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)


jadilah pemuda seperti Hassan Al-Banna





Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?Ayuh sama-sama kita cetuskan kembali gelombang kebangkitan islam dimata dunia. insyallah.



0 comments |

Bila Kamu Sebut Fasal Baitul Muslim

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua pembaca-pembaca blog ini,(em tapi ada ke??),tak kisah la yang penting apa yang saya coretkan disini hanyalah untuk menyatakan isi hati ini dan untuk tujuan dakwah perkongsian ilmu insyallah...

Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'? Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar? Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di Sek Menengah dulu. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni. Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Abang Hatono, seorang naqib usrah di UniKL MFI ini berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"

Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.

Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kita tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.


0 comments |

Jagan Dihalang Rasa Cinta itu..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Kerana Allah saya terus hidup bernafas di atas alam yang penuh cabaran ini,dan kerana Allah juga saya menulis ini BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.Bacalah semua coretan ini degan hati iklhlas dan jiwa yang tenang dan jagan dicari kesalahan tapi carilah isi yang tersirat yang cuba disampaikan.

CINTA adalah bagi saya satu ungkapan akad atau janji kepada orang yang betul ikhlas disayangi dari hati,dan bukan mudah untuk melafaskanya kepada seseorang yang betul betul kita sayangi kerana didalamnya penuh dengan kejujuran,kesetian,keikhlasan,tangungjawab,tolak ansur dan saliang memahami antara satu sama lain tetapi disini cinta itu tidak akan lengkap jika cinta itu bukan kerana Allah.Allah yang mengurniakanya kepada semua mahkluk yang diciptakanya dengan perasaan saling menyayangi antara satu sama lain,Cinta kepada Allah dan rasul adalah cinta tertinggi dan teragung kita sebagai manusia,tetapi jagan kita lupa Allah tidak pernah meghalang kita untuk mencintai kita sesama mahkhluk kerana lumrah kehidupan setiap mahkluk dijadikan allah berpasang-pasangan dan adakah kita hendak menafikan itu lagi?dan adakah kita hendak menyangkal yang fitrah bagi sorang lelaki adalah seorang wanita? suka diingatkan aku tidak akan berkata-kata tanpa petunjuk al-quran dan hadis kerana itu menjadi rujukan aku dalam melontarkan dan membicarakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama ini.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (3:14)

sesungguhnya jaganlah kita samakan cinta itu dengan couple kerana jauh perbandiganya kerana istilah couple itu tidak pernah Allah sebutkan dan pengisianya sugguh tidak sama sekali memenuhi erti sebuah percintaan kerana cinta itu sendiri allah yang mengurniakan kepada kita.Apa yang ada dalam couple?pada pandagan saya couple ini hayalah istilah biasa yang membawa maksud pasangan lelaki dan perempuan bercinta,dating,dan macam-macam lagi perkara-perkara lagha yang ada didalamnya yang menjadi salah satu penyumbang utama kearah kemaksiatan,dan jika dilihat tujuan couple ini tidak jelas kerana tidak tahu tujuanya dan sampai bila?Mengapa ini terjadi?

Itulah yang membezakan antara couple dan cinta kerana allah kerana jika cinta kerana allah semua yang dilakukan akan diperbatasi syariat tujuannya hanyalah satu iaitu untuk dijadiakan suami isteri dan diakhiri ke pernikahan yang sah.

"syaitan akan menagis apabila bernikahnya sepasang anak adam degan sah."

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi.”(5:5)

Jika cinta kita terhadap seseorang itu kerana allah maka apa yang ada padanya itu boleh mengigatkan kita kepada penciptanya iatu allah itulah lalu itulah cinta kerana allah,kita manusia mungkin kadang-kadang lalai dan alpa tetapi menjadi tanggungjawab untuk memperingati antara satu sama lain dan alangkah indah jika cinta itu menjadi penegur utama untuk mengigatkan dan mendekatkan diri dengan allah

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”(3:21)

Mengapa tiba-tiba aku bercerita tentang ini?jawapanya inilah persoalan yang telah timbul dalam benak pemikiran aku semenjak 2,3 hari ini tetapi mungkin aku sudah mendapat jawapanya dari allah.Kerana permasalahan ini juga membuatkan aku tidak menjamah sedikit makanan pun hingga sekarang kerana hilang selera untuk menjamah makanan.Secara jujurnya memang aku cinta dan terlalu sayang kepadanya,mungkin aku atau dia yang tidak faham dalam perjalan cinta ini?semalaman mata ini tidak terpejam dan semalaman otak berkerja memikirkan soal ini ditambah dengan perasaan sedih dan rindu kepadanya tetapi tiba-tiba terdetik dalam lubuk hati ini mengatakan semua masalah dan ujian ini datangya dari Allah dan aku harus meminta tolong kepadanya,aku bersyukur kerana ini mungkin salah satu petunjuk dan teguran daripada allah untuk perkara ini.

Dalam lamunan aku bingkas bagun untuk qiamulai walaupan aku hanya terlelap dalam 2-5minit saja tetapi itu sudah cukup syaratnya untuk berqiamulai,diwaktu itu aku memohon petunjuk dan jalan penyelesaian untuk permasalahan ini.alhamdulillah allah memberikan petunjuk yang nyata sekali yang ia adalah pilihan aku didalam mimpiku disaat aku terlelap selepas subuh seketika,dan allah membuktikan lagi kekuasanya apabila usrah yang aku hadiri membincangkan soal cinta seperti mana yang dirungkaikan dalam penyataan aku tentang cinta tersebut dan ini menguatkan lagi naluri cinta aku kepadanya tidak salah keran cinta aku kepadanya kerana agamanya bukan kerana lain,sidia sering mengigati aku apabila aku leka seketika dan banyak berkongsi tentang ilmu agama ini dan yang paling penting bertapa bersyukurnya aku apabila allah mengurniakanya kepada aku untuk aku mengigati kekuasaanya terhadap ku,subahanallah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”(HR Bukhari & Muslim)

dan sepertimana doaku ketika berada didalam sujud terakhir dalam solat sunat tahjud iaitu bermaksud

"oh Tuhanku,masukanlah aku daripada pintu kebenaran,dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga,dan kurniakanlah bagiku daripada-Mu seorang penolong"

dan dengan itu jugalah Mungkin allah mengurniakanya kepada aku sebagai salah satu bantuan untuk membantu aku dalam menyebarkan dakwah dan bersama menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran ini,dialah zaujah yang aku cari dan dialah permata yang aku cari selama ini.

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).(5:55)

insyallah aku akan megambil satu langkah yang nekad sesuai dengan petunjuk Allah yang diberikan kepada aku iaitu aku ingin berjumpa dengan kedua orang tuanya,mungkin ini nampak tergesa-gesa dalam usia aku begini tetapi syariat tidak pernah melarangnya untuk menyampaikan hasrat hati ini untuk melamarnya sendiri kerana cinta dan kasih sayang aku kepadanya kerana Allah dan Rasul.

"Tiga perkara yang sesiapa memilikinya,maka dia memperoleh kemanisan iman:Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya,dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam apai neraka."(Riwayat al-Bukhari)

“Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.(HR Ibnu Majah, sanadnya Hasan)

Berilah peluang kepada ku untuk menerangkan segala-gala kesulitan yang berlaku ini antara kita supaya apa yang ada didalam hati ini dapat diterjemahkan dengan kata-kata melalui panduan Allah ini,jaganlah kita membisu kerana itu bukanlah perkara yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda kita sekrang,sesungguhnya islam itu mengalakan musyawarah untuk memuaskan hati antara 2 pihak dalam menyelesaikan masalah insyallah.

kata-kata ku Buat mu..

Andai aku itu burung yang terbang, engkau adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita diketemukan jodoh..InsyaAllah...


0 comments |

:::INIKAH PEWARIS YANG KITA CARI??:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum pembuka ungkapan moga kita semua beroleh keberkatan daripadanya insyallah .Apa yang bakal saya coretkan ini mungkin terlalu idealistik, boleh jadi sukar dihadam oleh para pembaca. Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah tentang ungkitan hari semalam, tetapi jangkauan hari esok. Siapa tahu apa akan terjadi pada kita nanti? Ketidakpastian tentang masa depan menjadikan hidup ini sangat mencabar. Kita berjalan di dalam gelap yang kian mencerah hari demi hari. Apa yang kita tidak pasti tentang diri kita 10 tahun yang dulu, kini kita telah mendapat jawapannya. Apa yang kita tertanya-tanya tentang diri kita pada 10 tahun akan datang, kita harus terus berlalu agar jawapan itu kita ketemu. Apa yang kita nampak dan lihat, itu adalah kejadian sekarang. Masa depan tiada siapa yang pasti.

Namun Allah itu Maha Indah. Menciptakan perjalanan alam yang begitu mempesonakan. Ada konsep Cause and Effect. Kita akan dibalas sesuai dengan apa yang kita beri. Ertinya realiti keadaan hidup pada hari ini adalah unjuran daripada segala aktiviti yang lalu. Dan segala perbuatan hari ini bakal mengundang kesan pada hari esok. Ya, memang kita tidak pasti, dan sukar untuk mengerti masa depan kita. Namun ketahuilah, kelalaian kita dalam merenung masa depan akan menjadikan kita manusia yang berbuat sewenang-wenangnya. Mungkin jangkauan kita kurang tepat, namun sikap mengambil peduli dan berfikiran jauh menjadikan kita lebih berhati-hati.

Ini bukan soal menilik nasib Umat dan melontarkan sewenang-wenangnya tanggapan mengikut suka hati, tapi apa yang saya cuba lakukan ialah membawa kita merenung keadaan masyarakat hari ini dan merelatifkannya dengan masa depan, mungkin 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi. Saya cuba menimbulkan persoalan yang harus difikirkan bersama. Ini juga bukan soal melihat dunia daripada sudut pandang yang negatif, lalu terus memberikan kesimpulan yang menutup pintu perubahan, tetapi ini adalah soal melontarkan realiti dan mencari solusi.

Apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini mirip apa yang pernah terjadi dalam kehidupan masyarakat Jahiliyyah Arab. Tidak keterlaluan jika disebut sebagai Jahiliyyah Moden. Intelektual dan kejahilan wujud bersama dalam sebuah masyarakat, intelek dalam urusan keduniaan, jahil dalam urusan agama dan akhlak. Binaan dan runtuhan juga wujud sekali, terbinanya bangunan tinggi di atas runtuhan akhlak.

Kalau dahulu masyarakat Jahiliyyah terkenal dengan perbuatan menanam anak perempuan yang baru lahir, hari ini bukan setakat anak perempuan, dan bukan setakat tanam. Ada yang menghumban ke dalam air sungai, ada yang membiarkan dalam mangkuk tandas, ada yang membuang dalam tong sampah begitu sahaja. Kalau masyarakat Jahiliyyah dulu memperdagangkan wanita dan merendahkan martabat wanita, hari ini juga berlaku. Wanita dijadikan bahan pemuas nafsu, ada yang dirogol, dibunuh, dijual, disimpan, ditukar ganti sesuka hati. Bahkan dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih kejam dengan bantuan alat teknologi. Gambar lucah disebarkan di sana-sini, wanita bertelanjang menjadi paparan di mana-mana.




Mudah bicaranya, perbuatan jahiliyyah berulang, dan semakin bertambah genre dan cara melakukannya. Generasi muda antara golongan yang menjadi pelaku aktif kepada perbuatan-perbuatan sebegini. Ya, Generasi Muda Islam. Bukan semua, tetapi kebanyakannya. Ini memberi impak secara langsung kepada masyarakat umumnya, kerana generasi muda adalah penggerak kepada masyarakat. Jika inilah realitinya, ke manakah arahnya masyarakat akan digerakkan? Bagaimanakah dengan nasib anak-anak yang baru lahir, generasi yang baru melihat dunia? Apakah mereka akan berpeluang hidup tanpa noda dan penuh didikan agama jika generasi muda sedia ada begitu daif dan tak mampu memberi? Tak mampu mendidik apatah lagi membawa perubahan.

Apabila saya menyebut tentang masa depan generasi muda kini, ia bererti keadaan masyarakat setelah generasi muda ini menjadi golongan tua dan ada pula generasi muda baru di bawah mereka. Jika generasi muda sedia ada sudah begini gayanya, apakah harapan kita tentang generasi baru yang akan dibentuk oleh mereka nanti? Bagaimanakah seorang ibu yang minah rempit dan jahil dalam pelbagai sudut kehidupan hendak mendidik anaknya menjadi baik dan soleh? Bagaimana pula seorang ayah yang juga seorang perogol nak membentuk anaknya menjadi beriman? Bagaimana ibu-ibu yang pakaiannya tak cukup kain, nak menyuruh anaknya menutup tubuh dan memelihara kehormatan? Bagaimanakah seorang ibu dan ayah yang tak tahu membaca Al-Quran, nak mendekatkan diri anaknya kepada Al-Quran dan kepada Tuhan?

Bagaimana dan bagaimana…persoalan itu terus berkembang sehingga kita sedar bahawa masa depan kita nampak kelam. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

“Tak apa, kita muda lagi, enjoy la dulu”

Terpulang, enjoy lah, setakat mana yang kita mampu, kalau itu yang kita nak. Kelak jangan menyesal di masa depan, dan jangan salahkan generasi yang baru lahir jika mereka lebih rosak daripada generasi muda sedia ada. Persoalannya, apakah kerosakan generasi hari ini kerana kelalaian golongan tua kini, ketika mereka muda dahulu? Kalau ada seorang pakcik berbicara penuh semangat “generasi muda hari ini dah rosak!”, cuba tanyakan padanya, “apa yang telah pakcik lakukan sampai sebegini rosak generasi kini?”

Saya telah lontarkan, sekarang kita fikirkan. Pasti ada penyelesaian. Pasti ada jalan penyelamatan.



0 comments |

[[[ Nikah Muda? dan Bahagia?]]]

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Mungkin agak berasa janggal untuk aku berbicara lanjut tentang perkara yang sebegini almaklumlah diri ini banyak kekurangan dan baru hendak mengenali nilai islam yang sebenar dalam islam ini tetapi itu bukanlah pengalang untuk saya berbicara tentang ini, insyallah akan cuba saya memberi kupasan yang terbaik untuk anda fikirkan dan kongsi bersama kerana dalam islam.Kenapa tajuk ini ini,ini adalah kerana setiap daripada kita akan mengarunginya tetapi yang menjadi persolanya sekarang kenapa Nikah muda??dan akan timbul bermacam-macam lagi persoalan yang tidak payah diceritakan disini kerana ia ada didalam benak pemikiran anda.


Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah

Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...