Showing posts with label Tentang Saya. Show all posts
Showing posts with label Tentang Saya. Show all posts

:::..Hidup saya sekarang..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan yang saya lalui sekarang mungkin ia nampak biasa pada pandagan anda semua tetapi tidak bagi saya kerana ada sesuatu yang istimewa tersirat disebalik kehidupan saya sebagai pesakit yang sedang menghabiskan cuti-cutinya dirumah.

Rutin kehidupan saya dirumah sekarang tidak banyak bezanya apabila berada di kampus cuma yang membezakanya saya tidak pergi ke kelas.Hari saya bermula seawal pukul 6 pagi dimana menunaikan soalt subuh dan baca yassin ataupun al mathurat,kadang-kadang niat nak lakukan qiamulai tapi selalu terlepas tapi insyallah akan saya jadikan qiamulai itu satu rutin harian saya suatu masa nanti.

Siang hari saya lalui dengan bertemankan buku-buku,laptop,tv dan radio ataupun pergi fisio.Em nampak macam bosan kan?tetapi itulah realiti kehidupan yang saya lalui sekarang ,kenapa saya tidak lakukan aktiviti luar?bukan tak nak tapi keadaan fizikal ini yang tidak mengizinkan dimana Doktor menasihatkan saya supaya banyakan berehat dan kurangkan aktiviti yang lasak,em memang patut pun sebab sekarang saya masih mengunakan tongkat untuk bergerak jadi ada rasional juga nasihat Doktor itu.Alhamdulillah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,dan salah satu hikmahnya yang dapat sya rasakan ialah saya dapat menghabiskan 1 juz Al-quran setiap hari yang pada dulunya menjadi bebanan untuk dilakukan.

Terus terang saya katakana yang saya memang ridukan suasana kampus diamana disitulah bermulanya perubahan yang besar dalam hidup ini dimana saya dipertemukan dengan hidayah Allah melalui golongan rakan yang begitu baik dan soleh dan membolehkan saya seperti sekarang,bukan itu saja di kampus itu jugalah terciptaya kisah epilog suka dan duka hidup sebagai seorang mahasiswa.Tetapi ada satu yang paling saya rindukan ialah suasana dakwah dan tarbiah,kerana dalam hidup saya sekarang ini kehausan sumber dakwah dan tarbiah,apa yang saya maksudkan itu ialah usrah,ini kerana ia mungkin sudah sebati dalam jiwa dan hati saya ini sampai saya betul-betul rasa sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan seharian saya tapi alahamdulillah saya dapat dapat menampunya dengan mendegar dan menonton ceramah,tadabur Al-quran dan hadis,baca blog dan buku-buku agama.

Apa yang membuat saya menjadi lebih terharu ialah saya secara tidak langsung membawa roh islamik didalam rumah ini diamana yang dahulunya agak suram.Sekarang anak-anak sedara saya mula mendegar nasyid terutamanya lagu-lagu Maher Zain,membaca buku novel islamik walaupun kurang memahaminya,bagi abang pula sudah mula berjinak-jinak mendegar ceramah agama terutamanya dari ustaz Kazim Eliyas mungkin kerana cara penyampaianya yang agak mencuit hati tetapi apa yang penting bagi saya mesej yang hendak disampaikanya dan sekarang bacaan Al-quran dan Yassin sentiasa berkumandang didalam rumah ini.

Inilah pilihan Allah kepada kita dalam menjalani kehidupan harian yang penuh dengan hikmah bagi yang menyedari,sekarang terpulang kepada kita untuk mencari hikmah yang tesirat yang dikurniakan kepada kita manusia setiap hari,masa,ketika sampai masa kita dijemputnya

1 comments |

Salam kembali

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,salam sejahtera sebagai pemula kata dan pembuka bicara saya pada kali ini di laman dakwah ini,insyallah.


Sudah lama rasanya tidak bersua di laman maya ini dimana titik-titik kata saya coretkan,buah fikiran saya kongsikan agar kita mendapat manfaat bersama.Rindu rasanya pada jalan dakwah yang kecil ini tetapi sekecil-kecil perkara ini juga lah yang akan diperhitungkan oleh Allah diakhirat kelak,asbab agak lama saya menyepi adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakan dan mungkin juga salah satu takdir hidup saya,dimana pada 21hb itu saya menjalani pembedahan lutut kiri disebabkan kecederaan yang agak serius.

Saya berada dihospital selama beberapa hari sebelum pulang kerumah,dalam jangka masa tersebut keadaan badan saya tidak berapa stabil mungkin disebabkan kesan sampingan dari pembedahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Alhamdulillah dalam keadaan sekarang keadaan itu berubah dari hari ke hari dimana keadaan mula bertambah baik,ini mungkin juga berkat doa-doa rakan sekalian untuk melahat saya kembali sembuh insyallah..

Ini serpihan kata-kata ini menjadi tanda ucapan saya kembali lagi dimedan penulisan dan dakwah ini,semoga bayak lagi ilmu yang dapat saya perolehi disamping perkongsian ilmu dari saya insyallah dapat dimanfaatkan kita bersama.


0 comments |

Apa dah jadi ni???

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

assalamualaikum,semoga kita diberkati oleh pencipta kita yang satu iaitu allah swt,
sebenarnya kali ini bukanlah satu coretan panjang yang ingin disulam tetapi apa dah jadi ni pada diri ku?,semakin hari aku semakin disibukan dengan urusan dunia yang tiada penghujungnya,entah kenapa tiada semangat dalam diri ku untuk meneruskan semua ini,exam dah dekat hanya beberapa hari saja lagi,sedangkan masih bayak yang belum study.Adakah peristiwa yang sama pada semesta lepas bakal berulang lagi untuk diriku??aku semikin keliru dengan diriku dan hidup ku sekarang walaupn luaran saja kegembiraan ku pancarkan tetapi jauh daripada sudut hati ini terlalu banyak permasalahan yang tersimpan.Tolong berikan ku semangat yang hilang ini..

1 comments |

Peritnya!!

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Yallah kondusi kaki kiri ku ini sekarang semakin hari semakin tidak menentu,setiap hari ku merasakan dan menangung kesakitan ini,bengkak semakin membesar,kestabilan badan ku mula goyah,kaki ini umapama ditusuk degan bejuta-juta jarum,juga seperti ku rasakan hendak tercabut lutut ku ini,pedih ya yallah untuk aku menangug azab dan cobaan mu ini,bantuilah aku dan berikan ku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semu ini...

0 comments |

:::Setengah Hari Di Sri Petaling:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan salam Ramadhan untuk bakal-bakal penghuni syurga allah suatu masa nanti,insyallah sama-sama kita doakan bersama,amin..Allamdulillah dan syukur adalah ungkapan yang memang menjadi pemula kata untuk tanda kesyukuran kepada allah dan rasulnya atas nikmat yang dilimpahkan kepada ku dibulan yang mulia ini.

Permulaan ceritanya begini aku dan beberapa orang kawan lagi sudah lama berkeiginan untuk pergi ke seri petaling tetapi tiada kesempatan dan baru semalam allah swt mengizinkan untuk kami pergi ke sana.Sri Petaling?ada apa disana?nak buat apa disana?mungkin itu menjadi salah satu tanda tanya yang bermain dan berlegar dibenak pemikiran semua kan?sebenarnaya Masjid Sri Petaling ini merupakan tempat berkumpulnya jemaah tabligh di serata malaysia dan mungkin juga dunia dan lebih dikenali dengan markas tabligh,pelbagai aktiviti kerohanian diadakan disana seperti bayan(tazkirah),ceramah,iktikaf,qiamulai,makan dalam talam dan bermacam-macam lagi aktiviti yang dilakukan disitu.

Apa itu jemaah tabligh,apa yang dilakukan oleh mereka? Nah satu lagi persoalan mungkin timbul kan? Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan Jemaah-jemaah Islam yang memberikan tumpuan atas usaha-usaha dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.

Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja-kerja berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan-amalan sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.

Berbalik kepada permulaan cerita bagaimana aku dan rakan-rakan sampai ke situ,pada awalnya memang permergian ini sudah dirancang pada minggu lalu dan Alhamdulillah allah memberi keizinan untuk sampai kesitu.Pada pagi itu aku terlibat secara langsung bersama ikhwat-ikhwat yang lain dalam memberikan daurah kepada madu’u kami tentang “wahai pemuda”dan Alhamdulillah berjalan lancar dan tamat pada waktu asar.

Setelah selesai solat asar aku bersama,lima orang rakan-rakan bertolak dengan salah seorang sahabat tabligh ke Sri Petaling.Alhamdulillah kami selamat sampai,dan apabila sampai subahanallah apabila melihat begitu ramai orang yang ada disitu dari pelbagai golongan,umur,keturunan dan latar belakang yang berbeza tetapi bepakaian umpama berada di makkah kerana semuanya berjubah putih,beserban,kopiah. Terasa didalam hati ini begitu kerdil sekali jika nak dibandingkan dengan mereka yang berada disekiling ini,almaklum la baru hidayah dan masih belajar mencari ilmu allah yang luas ini.

Terasa tenang dan terlupa soal kedunian seketika apabila berada disitu walaupun baru saja sampai kerana suasananya umpama berada di Mekkah,mungkin rahmat disebalik berdampingan dengan orang-orang soleh kot.

Apabila sampai kami dihidangkan dengan pengisian ilmu dengan bayan yang diberikan oleh salah seorang Jemaah yang bertugas dan dalam pengisian itu mengalakan untuk Jemaah untuk keluar berdakwah ke jalan allah swt.Setelah selesai degan jamuan ilmu itu kami turun ke kawasan sekitar untuk membeli sedikit barang sementara menanti waktu berbuka,aku sempat membeli 1 helai baju dan 1 kopiah,dan yang lain ada yang membeli jubbah,kopiah dan perfium.Pada mulanya aku amat tertarik dengan jubbah berwarna putih moroco yaitu jubah yang mempunyai penutup kepala dibelakangya akan tetapi untuk saiz aku tiada dan terpaksa la membatalkan niat itu dengan sedih.

Apabila berbuka kami dihidangkan dengan makanan didalam talam yang merupakan salah satu sunnah Rasullulah saw yang tidak ramai diketahui orang, Makan cara ini agak sukar dipraktikkan sekarang kerana kita terbiasa makan dengan pinggan sendiri tetapi apabila ada peluang makan dalam talam, JANGAN LEPASKAN PELUANG!! Untuk mencari sedikit pahala sunnah dibulan ramdhan ini kerana kebayakan surau atau masjid mengamalkan cara ini jadi bukan alasan la untuk mengelak kan.insyallah disurau MFI pun ada menyediakan cara berbuka seperti ini dan boleh la semua menyertainya.

Setelah selesai berbuka,semua menunaikan solat magrib dan setelah selesai kami dijamu lagi dengan hidangan ilmu lagi dengan mendegar bayan sementara menunggu solat isyak dan tarawih,ketika ini kaki sebelah kiri mula menjelmakan sedikit kesakitan entah kenapa degan tiba-tiba tapi ia masih dapat dikawal lagi.

Apabila selesai isyak kami semua beramai-ramai menunaikan solat tarawih secara berjemaah sebanyak 20 rakaat dan disaat inilah kesakitan kaki ini menjadi-jadi dan menyebabkan kesukaran untuk berdiri tapi aku gagahkan diri ini kerana ini mungkin ujian allah kepada aku untuk melihat sejauh mana ketaatan aku kepadanya.Dalam ketika itu aku terlihat disuatu barisan saf dimana ada beberapa anak-anak kecil bersama-sama solat Jemaah terawih 20 rakaat siap dengan berpakaian jubah putih lagi,subahanallah begitu kuat betul semangat mereka dan begitu utuhnya pemahaman mereka tentang islam kerana diamana sebilangan kanak-kanak diperingkat umur mereka ini hanya tahu bermain-main saja semasa soalat terawih,ini menunjukan bagaimana peranan ibubapa dalam mendidik mereka sehingga islam itu sebati dalam hati mereka-mereka ini.Semoga allah mengurniakan aku anak-anak yang soleh yang boleh membantu mengemudi agama islam yang kita semua cintai ini seperti Sallahudin Al-Ayubi,Sultan Ahmad Fateh,Imam Hassan Al-Banna dan Tariq bin Ziad insyallah amin..

Setalah selesai melaksanakan tarawih kesakitan kaki ini menjadi-jadi sehingga aku langsung tidak terdaya untuk berdiri lagi,kesakitan umpama dicucuk-cucuk jarum, umpama kaki ini hendak tercabut,subahanallah sampai begini sekali ujian engkau terhadap aku dibulan dan tempat yang mulia ini.Aku berehat dan bersiap-siap untuk tidur dalam kesakitan tapi tetap aku gagahkan juga kerana awal-awal pagi kena bagun untuk qiamulai dan bersahur pada pukul 4.30am.

Pada sekitar jam 4.30 pagi kami bagun lagi untuk bersahur sekali lagi secra bejemaah dalam talam,setelah selesai aku dan yang lain-lain bersiap untuk qiam.Apabila qiam sudah dilakukan dan solat subuh datang megambil giliran dan kami laksanakanya secara berjemaah.Setelah selesai solat sekali lagi pengisian ilmu mengambil tempat dan yang lebih istimewanya lagi kali ini disampaikan oleh salah seorang Jemaah dari Pakistan dan bersamnya seorang pertenjemah dalam bahasa melayu.

Apa yang menarik pada kali ini ialah tentang isi tazkirah kali ini betul-betul menusuk ke kalbu dimana salah satu kata-katanya menyatakan perjalanan kita ini dalam dakwah hanya baru bermula seperti membaca alif,ba,ta dan dihadapanya masih panjang jalan itu bersama pula cabaran dan kesusahan adakah kita mampu lakukan jika kita tidak berpegang teguh pada tali allah,hati dibaluti dengan iman dan pemahaman kita sendiri terhadap jalan dakwah itu.Insyallah sama-sama kita bermuhasabah diri ini.

Setelah selesai kami bersiap-siap untuk pulang ke MFI,dan daripada hari yang aku lalui pada hari minggu ini dapat aku rasakan masih banyak yang perlu aku cari dan belajar tentang islam itu sendiri jika aku hendak mengembalikan kegemilangan islam itu sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah dan para sahabat terdahulu.Mungkin cara antara kami iaitu usrah dan tabligh berbeza pembawakanya tetapi tujuan kami tetap sama iaitu ingin berdakwah dan menyebarkan islam.

0 comments |

Aku Benci Facebook??

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Mungkin pelik apablia membaca tajuk ini kerana ianya menjadi kegilaan setiap golong tidak kira batas usia pada masa kini untuk bersosial dialam maya.Mungkin sebelum ini ada kita terbaca atau ketahui asl usul facebook ini,baik buruk facebook,dan bermacam-macam lagi dan dari itu tidaklah perlu saya menjadi pengkaji sejarah untuk merungkai tetang sejarah facebook ini.Apa yang ingin saya cuba sampaikan kali ini ialah apa masalah saya dengan facebook ini, kisah ini betul-betul terjadi dan alami pada diri saya sendiri.
Adalah baik apa yang ingin sampaikan ini dimulakan dengan bismillahirahmanirahim supaya apa yang saya utarakan mendapat rahmat dan petunjuk daripada allah agar tidak tersasar jauh dari apa yang ada didalam lubuk hati saya insyallah,amin...
Pada mulanya facebook (fb) ini menjadikan saya seorang yang bersosial diamana saya lebih mengenali ramai orang seluruh pelusuk dunia dan daripada itu mamcam-macam ragam manusia yang dapat dipertontonkan kepada saya melaui (fb) ini,ada yang baik,buruk dan tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan business,em bagi saya itulah lumrah website yang berunsur sosial ini dimana pergaulan tanpa batasan dan sempadan tetapi jika dikira daripada sudut positif ada juga baiknya dimana saya dapat berhubungan dengan rakan-rakan lama yang lama sudah terpisah sejak dari sek.rendah hingga sekarang umpama (fb) jejak kasih dalam penemuan dalam satu pencarian.Selain dari itu saya juga dapat bertukar-tukar pandagan dan maklumat melaluinya daripada rakan-rakan (fb) disamping menjalinkan ukwah dah dakwah,akan tetapi terdapat suatu yang manis bagi saya untuk memperkatakan disini iaitu (fb) juga lah yang mempertemukan saya dengan si dia iaitu bakal menjadi zaujah hidup saya insyallah,mungkin ini cara allah mempertemukan kami dilaman maya yang insyallah akan kami terjemahkan menjadi reality disuatu masa nanti insyallah,akan saya sebutkan namanya apabila ia sudah sah menjadi milik saya.
Akan tetapi buakanlah sesuatu yang datang kepada kita boleh diterima dengan bulat dengan tanpa memikirkan kesan negatifnya kerana inilah sesuatu yang perlu diambil perhatian yang terajadi pada saya dan menjadi topik utama tajuk saya pada kali ini suapaya dapat menjadi pengajaran untuk yang lain.pertama sentia berhati-hati apabila menulis status atau komen dimana ia boleh menjadi salah faham dan fitnah yang buruk akiabatnya diamana pada mulany saya menulis untuk sekadar perkongsian ilmu tetapi sesuatu yang tidak terjangka terjadi diamana comment yang dibalas tidak setara dengan apa yang saya tulis dan akibatnya saya hampir-hampir menjadi fitnah dan salah faham daripada orang yang betul-betul saya sayang dan kami bergolak semalaman tentang perkara ini yang hampir meragut kebahgian yang kami lalui bersama tetapi alhamdulillah allah tahu apa yang saya lakukan dan niat saya,tetapi ini suatu pengajaran besar dalam hidup saya,selain itu saya juga pernah diaibkan oleh rakan baik saya sendiri dalam (fb) lmaklmlah sebab apa yang kita lihat dalam (fb) itu bukanlah benar semuanya maklumat dan setiap identiti boleh dirahsiakan,berbalik pada kisah tadi alasan yang diberikan rakan saya dalam (fb) untuk mengaibkn saya ialah untuk menyedarkan dan menginsafkan saya,saya menghormatinya tetapi bukan lah cara ini yang diajarkan dalam islam dimana islam agama yang memartabkan umatnya bukan mengaibkan satu sama lain.Masa saya juga banyak terbuang dan lalai dengan (fb) lalu ia juga salah satu punca kemerosotan saya dalam pelajaranJika hendak diperjelaskan satu persatu memang panjang tetapi apa yang jelas dapat saya perkatakan kali ini tepuk dada tayalah iman,dan jika iman senipis tisu hati-hatilah kerana agin yang sedikit pun dapat menerbangkanya bahkan pula ribut taufan..
insyallah sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang saya adaptasikan dalam penulisan saya untuk kali ini..
WASSALAM..

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...