:::Kembali Ke Sekolah:::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Muhasabah DiriAssalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim..
Tersebutla kisah...(hehe,macam puisi je J)
Petang tadi bila lihat sahaja kanak-kanak pulang dari sekolah teringat pula adik-adik kat SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang,tapi kenapa adik-adik dari sekolah tu ?
Begini kisahnya,sebenarnya 2 minggu lepas saya kawan terpilih untuk menjadi fasilitator untuk Kem Remaja Perkasa sekolah tersebut untuk pelajar tingkatan dua selama dua hari satu malam,pada mulanya saya bukanlah fasilitator yang dicari tetapi terdapat beberapa masalah peribadi kawan saya,jadi terpaksalah saya menjadi bidan terjun untuk program ini walaupun ketika itu saya terlibat sama dengan sukarelawan KSSU,tapi memikirkan dakwah itu yang utama saya perlu pergi,dimana inilah peluang saya untuk meluaskan lingkungan dakwah untuk peringkat adik-adik pula.
Sebelum pergi saya difahamkan program ini adalah untuk adik-adik yang istimewa,maksud istimewa saya disini bukanlah kurang upaya tetapi istimewa daripada sikap dan tingkah laku mereka kerana mereka ini terpilih atas sebab masalah disiplin sekolah seperti merokok,ponteng,gaduh,peras ugut,buli,hidu gam dan yang paling tak disangka sekali ialah kes rogol.Nauzubillah apabila mendegar masalah yang mereka hadapi dan ini juga adalah cabar yang pertama kali saya lalui berhadapan dengan mereka yang bermasalah sebegini.
Sedang dalam perjalanan,jauh dilubuk hati ini berdoa agar Allah permudahkan segala urusan dan memperbetulkan niat ke sana.Apabiala sampai,dapat dilihat wajah-wajah kecerian adik-adik yang menyertai program itu bersiap untuk program dan yang menariknya mereka tidur didalam kemah,suatu pengalaman yang mungkin mereka mungkin tak dapat lupakan agaknya J
Dipendekan cerita kami dan dua orang lagi fasi muslimat daripada UKM dberikan taklimat ringkas oleh seorang guru yang terlibat tentang apa yang perlu kami lakukan sepanjang program ini ,kami diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil Abang Pian.
Progaram bermula selepas isyak diman sesi ini lebih kepada member kesedaran dengan menyentuh hati adik-adik ini,peranan ini diambil oleh Abang Pian,terus tering pengisian yang diberikan cukup mantap sehinggakan diri ni umpama peserta.Tugas kami bermula selepas itu hehe,pada mulanya saya ingin mengunakan teknik mendekati mereka ini dengan lembut dan kasih sayang tetapi itu bukanlah cara yang terbaik untuk mereka kerana saya difahamkan oleh guru-guru disini mereka ini agak agresif,hyperaktif dan hardcore jadi terpaksa menggunakan pendekatan yang sesuai dengan meraka tegas dan agresif walaupun itulah bukanlah sikap saya yang sebenar.
Setelah sehari setengah bersama adik-adik ini tersentuh hati saya melihat keadaan hidup dan diri mereka diamana ada yang tidak tahu mengaji,tidak tahu sembahyang,kurang Berjaya dalam pelajaran dan palig menyedihkan kebanyakan mereka hadir daripada keluarga yang bermasalah dan dan mereka yang muda ini jadi mangsa keadaan.Bila saya cuba dekat dan menyentuh hati mereka,rata-ratanaya jauh dari lubuk hati mere semua ingin berubah jadi seorang yang baik dan Berjaya tetapi sejauh mana kita disekeliling mereka ini boleh merealisasikan impian dan harapan mereka ini?
Bagi saya inilah yang dikatakan pentingnya sistem tarbiah dalam sesbuah masyarakat,kerana tarbiah itu dibentuk daripada individu hingalah ke seluruh alam diamana individu muslim yang terbentuk dari sistem tarbiah akan pula membentuk baitulmuslim dan seterusnya yang secara tak langsung melahirkan generasi-genarasi unggul dan mungkin masalah yang dihadapi oleh adik-adik tadi tidak timbul.Dari sudut lain pula dapatlah dilihat bahawa betaapa lemahnya sistem tarbiah dalam masyarakat muslim sekarang,jadi rupa-rupanya masih besar lagi tanggungjawab kita yang begelar Dai’e ini dimana hanya dengan dakwah dan tarbiah sahaja dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.
Sebelum melangkah pulang pada sesi terakhir dengan adik-adik ini semapat say menyampaikan kata-kata nasihat dan perangsang untuk mereka Berjaya dalam hidup mereka dalam apa juga bidang yang diceburi,saya ingatkan mereka juga kejayaan dalam pelajaran bukanlah segala-galanya tetapi kejayaan yang sebenar adalah menjadi seorang hamba yang taat dan patuh pada segala perintah Allah dimana syurga itulah kejayaan manusia yang sebenarya.
Dengan rasa sayu kami pulang diringi dengan doa pada Allah agar dibukakan pintu hati mereka adik-adik ini untuk menerima hidayahMu agar mereka inilah pejuang-pejuang agama yang bakal lahir insyallah.
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).
(28:56)
Itulah yang dikatakan pengalaman yang belum tentu saya dapat dimana-mana kalau tidak disekolah tersebut,terima kasih Allah dan Alhamdulillah kerana memilih hambaMu yang serba kekurangan ini untuk belajar lagi tentang erti sebuah kehidupan daripada adik-adik SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang
:::..Neraka..:::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Muhasabah Diri, PeringatanAssalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim..
Disuatu petang yang redup sayup,dalam masa saya melangkah berjalan menuju ke surau untuk solat maghrib tiba-tiba pandangan mata ini beralih disudut pandagan langit yang luas terbentang,subahanallah indahnya ciptaan Mu menciptakan senja sebegini,dalam masa mata masih dipaku melihat keindahan langit,tiba-tiba jauh dari lubuk hati ini menafsir sesuatu yang agak berbeza dengan pandagan,dimana jauh dari lubuk hati ini memikirkan dahsyatnya keadaan didalam neraka,mengapa ye?mungkin sebab melihatkan keoren-orenan awan pada wajah langit umpama api,terus hati itu beristighfar sehinggakan berdegup kencang dan meremang bulu roma ini apabila memikirkanya suasana keadaan Api neraka itu.
Apabila difikirkan balik tentang itu termuhasabah la juga balik diri ini,agak-agaknya macam mana ye keadaan api neraka itu ye?

Jika kita boleh melihat sendiri keadaan api neraka itu,pasti kita akan berasa insaf dan tidak lagi melakukan perkara yang boleh mendekatkan kita kepadanya.Walaupun sudah ditunjukkan imej matahari yang diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescopepada jarak dekat iaitu 5000 km dari matahari.Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula keadaan api neraka kelak.Wahai teman-temanku insaflah selagi kita diberi masa untuk bertaubat.Jauhilah perkara-perkara terlarang.
" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya".
At-Tahrim ayat 6
Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya berbanding dengan api didunia ini. Sekiranya jatuh serpihan api neraka walaupun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna hitam".
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Salman Al Farisi berkata:
" Apabila neraka itu bewarna hitam, maka hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap warna api neraka itu sama sahaja panasnya".
Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang kepanasannya".
Api neraka kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim dingin. Dinginnya neraka lebih dingin daripada sesuatu yang paling dingin di dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.
Rasulullah saw pernah bersabda:
"Neraka itu pernah mengadu kepada Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud ='Hai, Tuhanku. Aku telah memakan satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir'
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:
" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,Jahim dan Hawiyah.
Semoga kita terhindar daripada bahang panasnya azab Api neraka itu,sesungguhnya hanya amalan yang baik dan belas ihsan dari Allah sahaja mampu menyelamatakan kita dari bahang kepanasan itu.wallahua’lam.
:::..Inilah Kehidupan..:::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Muhasabah DiriAssalamualaikum..
Alhamdulillah..
Itulah ungkapan pertama yang hendak diucapkan kerana berlimpah-limpah ruah nikmat yang Allah berikan kepada kita tetapi kadang-kadang mungkin kita terlupa untuk mengucapkanya.
Rasanya lebih sebulan saya mendiamkan diri dari penulisan ini,fuhh..tempoh yang agak lama juga ye...
Sebenarnya bukanlah segaja untuk mendiamkan diri seribu bahasa tetapi dek terhimpit dengan arus perjalanan hidup ini yang tak menentu,itu bukanlah alasan tetapi itulah realiti yang saya lalui.Dalam tempoh itu bermacam-macam benda terjadi pada diri ini baik dari segi rohani dan jasmani,kalau hendak dicoretkandisini boleh jadi filem agaknya :) itulah realiti hidup sebagai seorang hamba dan Dai'e
Kerana apa saya berkata begitu,Selagi mana kita bergelar hamba selagi itulahkita selayaknya diuji danselagi mana juga kita bergelar seorang Dai'e jagan mengharap jalan yang rata tampa onak duri ditabur utuk menguji sejauh mana perhambaan kita pada Allah,Tuhan sekalian alam.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
(2:155)
Kadang-kadang terasa lemah longlai untuk melalui sehinggakan hampir tersungkur dibuatnya,akan tetapi wajarkah semua persoalan itu terkeluar dari mulut seorang hamba yang hina ini,sedangkan itu hanyalah sedikit ujian jika nak dibandingkan dengan Rasulullah dan sahabat terdahulu,amat lah jauh lagi agaknya bagai langit dan bumi,kita mengimpikan lamabaian syurga yang mahal tapi sejauh mana usaha kita,termuhasah diri ini apabila memikirkan itu ditambah pula dengan firman Allah;
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(2:214)
Perhh,umpama satu tamparan je ayat itu untuk diri ini,bajet jaga amal,ikut usrah dan buat usrah sudah lengkap ke tiket syurga kita? kerana selagi mana dakwah kita mudah tanpa sebarang masalah dan senang hati-hati mungkin itu adalah masalah untuk kita kerana mungkin kita diuji dengan kesenangan melakukan dakwah atau ada sesuatu yang tidak kena dengan dakwah kita.Ingatlah Syurga itu mahal!!
Dari itu sama-samalah kita periksa dan terus periksa diri ini,selagi mana kita hidup selagi itulah kita akan terus diuji,hendakkan pula kita adalah seorang Dai'e,jagan mudah senang degan kesenangan dan jagan mudah sedih dengan kesusahan hakikatnya semua itu datangnya dari Allah Dia tahu apa yang terbaik untuk hidup kita.
..:::Mus’ab bin Umair:Dia contoh pemuda Dakwah :::..
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Dakwah dan Tarbiah, Muhasabah DiriAlhamdulillah rasa agak tiba-tiba rasa berobar-kobar nk tulis blog ni,mungkin disebabkan bayak sangat bahan yang berkotak dalam fikiran ini untuk dikeluarkan,insyallah moga memberi manfaat untuk kita semua.Seminggu yang berlalu ini telah disi dengan santapan tarbiah,saya deberi peluang untuk menyampai kan satu taazkirah magrib. Pada kali ini saya akan berkongsi sedikit tetang penyampaian tazkirah magrib mengenai sirah sahabat-sahabat Rasulullah saw yang bertajuk Mus’ab bin Umair.Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter’hensem’ di Makkah.
Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus’ab dan mengimpikannya.
Namun, lelaki ‘malaikat’ ini, matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.
Matinya sebagai syuhada’
Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:
“Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus’ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus’ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia”
Ya, itulah namanya. Mus’ab bin Umair RA.
Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada’.
Kisah Mus’ab bin Umair amat unik. Dia digelar ‘putera Makkah’ kerana semua orang mengidamkannya, kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.
Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus’ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus’ab dipulau.
Namun Mus’ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus’ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.
Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.
Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus’ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus’ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus’ab berkata:
“Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”
Ya. Itulah keteguhan.
Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus’ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.
Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.
Mus’ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam payah.
Rasulullah SAW apabila melihat Mus’ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus’ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?
Namun Mus’ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menagmbil Islam.
Tidak pernah.
Kemudian Allah memuliakan Mus’ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus’ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus’ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.
Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus’ab bin Umair.
Sa’ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus’ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus’ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus’ab. Dia menyuruh Mus’ab menghentikan usaha dakwah.
Mus’ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus’ab:
“Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan? Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi”
Kelembutan Mus’ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa’ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus’ab, ceramah Mus’ab dan Islam yang Mus’ab sampaikan, Sa’ad bangun. Dia berkata kepada Mus’ab:
“Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?”
MasyaAllah. Begitulah dia Mus’ab bin Umair. dengan berpegang kepada manhaj al Quran yang di ajar oleh Rasul s.a.w :
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
– an-Nahl 125
Rasulullah SAW pun memuliakannya.
Ketika Peperangan Uhud, Mus’ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji.
Peperangan itu, menyaksikan Mus’ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.
Mus’ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid. Ketika Rasulullah SAW mendapati Mush’ab bin Umair sebagai salah satu syuhada, beliau membacakan sebuah ayat yang berbunyi:
Di antara orang-orang Mukmin terdapat pahlawan-pahlawan yang telah menepati janjinya dengan Allah.
(Q.S. 33 al-Ahzab: 23)
Saat syuhada’ Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada’ Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus’ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya.
Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.
Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus’ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering.
Begitulah dia kisah seorang syuhada’, ‘putera Makkah’ yang telah berkorban.
Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan.
Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.
Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.
Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya.
Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu ‘korban’. Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus’ab bin Umair kepada kita.
Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus’ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:
“Cukuplah Allah sebagai wakil”
MasyaAllah…
Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus’ab bin Umair ini.
Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya.
Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat.
