:::..Kenapa Diuji Lagi?..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Sesungguhnya pada kali ini saya ingin menulis tentang suatu perkara yang memg sudah kita ketahui tetapi kadang-kadang kita lupa iaitu ujian Allah,mengapa saya berkata begitu,ini adalah kerana ramai dikalangan kita menyangka yang apabila kita dalam situasi senang,bahagia,gembira,kekayaan, itu jugalah ujian Allah yang paling besar untuk kita jalani kerana ramai dikalangan kita tidak menyedarinya kerana mereka hanya menyangka yang kita dalam kesusahan,kepayahan,kesempitan,kesedihan,kekecewaan dan lain-lain lagi bahawa itu sajalah ujian Allah untuk kita.

Adakah kita sudah bersedia untuk diuji Allah kerana ia bukan sama dengan menjalani ujian peperiksaan tau sebaliknya tapi ujian hidup yang kita sendiri tidak sedar yang kita sedang diuji.Bagi yang sedang diuji apakah bekal anda?kuatkah anda apabila diuji dan kenapa kita diuji?Bagi saya semu persoalan itu Allah telah menjawabnya dalam beberapa potong ayat Al-quran,sama-sama kita ambil iktibar untuk muhasabah diri yang lemah ini.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA TAK DAPAT APA YANG DI IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)



BAGAIMANA HARUS MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA NAK BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

ARGHHH TAK TAHAN!!! DAH BOSAN!!
“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

Insyallah semoga apa yang baik dapat kita ambil pengajar untuk kebaikan kita bersama dan apa yang tidak baik kita jadikan sempadan,semoga allah meletakan kita dikalangan orang-orang yang sentiasa bersedia dengan ujianya.

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...