Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

..:::IN-TEAM - AKRAB PERSAHABATAN:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Untuk sahabat-sahabat ku sekalian,semoga ikatan ukwah kita ini berterusan dan diberkati Oleh Allah s.w.t


0 comments |

..::Sesekali Diuji::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum
Alhamdulillah..

Ini merupakan pesanan kepada semua,sedarlah kita ini sebagai hamba memang layak untuk diuji oleh tuan kita Allah SWT,jadi sentiasa lah redha dan tabah dengan segala ujian kepada kita tidak kira masa dan ketika ingatlah kita pasti diuji.




Sesekali Diuji
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Artis : NICE
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Lukhman S (BMG Music Publishing)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd

0 comments |

:::..Penyakit wahan?..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum dan apakhabar iman?

Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita akan kehadiran suatu penyakit di kalangan umat akhir zaman. Namun, masih ramai tidak menyedarinya.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)



0 comments |

Di manakah kita?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

assalamualaikum dan apa khabar iman?

Berfikirlah sejenak... semenjak kita lahir ke muka bumi ini, apakah peranan yang telah kita mainkan untuk membela saudara kita di sana. Apakah rutin harian yang telah kita lakukan di sini... dan di manakah kita berada sebenarnya?

Video ini diadaptasi daripada 'ini peranan kita'.



0 comments |

:::Al-Quran dan lagu::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum..
apa khabar iman?

Inilah perkongsian yang saya dapat daripada sebuah lagu dan salah satu ayat Al-Quran dimana liriknya diambil bedasarkan ayat tersebut,sama-sama lah kita amati lirik tersebut dan video ini.



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)

0 comments |

inteam & mestica - kerana cinta

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::


Mungkin agak selalu kita degar lagu ini berkumandang,dan ini adalah salah satu lagu kegemaran saya kerana dulu saya hanya mendegar kerana melody dan lirik lagu ini yang menarik tetapi baru-baru ini saya tersedar dan baru mengetahui ada maksud yang tersirat disebalik lirik lagu ini,insyalah sama-sama kita degarkan dengan hati dan hayati sepenuhnya lirik ini.Ini adalah susulan daripada tulisan saya yang bertajuk "Jagan Dihalang Rasa Cinta itu",juga lagu ini istimewa untuk orang yang tersayang.

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...