:::..Tanggung Jawab Kita..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?


Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan dan suasana tertentu. Sekiranya Ibnu Sina atau Khawarizimi dilahirkan pada era Makkah tidaklah mereka melainkan bersungguh-sungguh melaksanakan dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah lakukan ketika itu. Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.


Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut angan-angan dan imaginasi. Mungkin sebahagian lagi mula mengambil langkah yang tergesa-gesa untuk mencapai kembali kegemilangan ummah.


Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi umat Islam dapat mengembalikan keagungan tamadun Islam…lalu mereka mengambil asas dan nilai dari Barat dalam mencorak ‘tamadun baru Islam’.


Sebilangan umat Islam sudah bosan dengan penindasan terhadap Islam…lalu mereka terus mengangkat senjata mengadakan penentangan terhadap golongan Kuffar.


Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah negara Islam akan muncul kembali…?

Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah tamadun Islam akan muncul kembali…?


Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu melihat Islam menguasai dunia dan seluruh manusia tunduk kepada sistem Ilahi. Namun Rasulullah s.a.w. tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasan atau keagungan, kerana bukanlah itu menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w.. Ar-Rasul diutuskan untuk mengajak manusia untuk kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membantu.


Ar-Rasul s.a.w. memulakan dakwah dengan mendidik insan untuk mengenal Allah. Mendidik insan untuk mengabdikan sepenuh jiwanya kepada Allah. Akhirnya, insan yang terdidik di dalam madrasah tarbiyyah Nabi ini telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia. Insan-insan inilah yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun dunia.


Adakah kita bermula daripada membina batu-batu…?

Seorang Ulamak dan Daie Islam yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata:

Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Marilah kita sahut seruan:

“Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.”

Kata-kata daripada Abdul Wahab Azam.


0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...