:::Islamofobia:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Alhamdulillah mood untuk berkarya setiap hari semakin bertambah insyallah,untuk kebaikan kita bersama dan ummah juga dapat manafaatnya walaupun hanya sedikit kerana almaklumlah saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukan.

Apa yang ingin saya paparkan kali ini mengenai satu fenomena yang luar biasa melanda seluruh dunia yang melibatkan gelombang besar melanda kepada umat islam khususnya iaitu Islamofobia. Fenomena Islamofobia membayangkan kebangkitan Islam apabila dianggap sebagai satu ancaman kepada keamanan dan menimbulkan rasa takut serta bimbang di kalangan sesetengah pihak terhadap kebangkitan Islam.

Walaupun perasaan negatif sedemikian wujud pada budaya dan masyarakat Barat sejak beberapa abad lalu, sikap itu semakin jelas kini, malah menjadi agenda tetap berita sesetengah media Barat.

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan MuslimIstilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia:

Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme, islamofobia, xenofobia, diskriminasi, keganasan dan pembunuhan kerana orientasi seks, dan apa jua bentuk sikap tidak toleransi, melanggar nilai-nilai asas manusia dan mengancam kebebasan masyarakat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah al-Saff, ayat 8)

Untuk menghadapi fenomena ini, umat Islam perlu bijak mengatur langkah dan strategi berkesan antaranya membina kefahaman mengenai Islam dalam setiap diri individu Muslim. Aspek paling asas patut diselesaikan umat Islam.

Umat Islam tidak perlu mencipta polisi atau dasar lain sebagai penyelesaian kerana penyelesaian sudah tersedia sejak dulu lagi. Paling penting kemampuan umat Islam menyesuaikan era pascamodenisme ini dengan kesyumulan Islam.

Umat Islam juga perlu berusaha memberi kefahaman kepada Muslim dan bukan Muslim mengenai tuduhan yang dipalitkan terhadap Islam khususnya di Barat.
Namun sukar kerana penguasaan media secara global oleh Barat.

Islam perlu maju dalam bidang teknologi bagi membolehkan umat menepis tuduhan serta fitnah. Mengadakan dialog antara pemimpin agama dapat membantu menjernihkan fenomena Islamofobia.

Menghadapi situasi yang mencengkam umat kini, unsur persaudaraan harus menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam. Jika kita bersatu di bawah ikatan akidah, maka akan terhasillah kesatuan pemikiran dapat menghasilkan kesatuan tindakan.

Disini saya tingalkan beberpa persoalan untuk sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri bersama insyallah Persoalanya disini adakah kita sedar akan fenomena ini,atau buat-buat tidak tahu?Apakah usaha kita?

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...