:::..Hidup saya sekarang..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan yang saya lalui sekarang mungkin ia nampak biasa pada pandagan anda semua tetapi tidak bagi saya kerana ada sesuatu yang istimewa tersirat disebalik kehidupan saya sebagai pesakit yang sedang menghabiskan cuti-cutinya dirumah.

Rutin kehidupan saya dirumah sekarang tidak banyak bezanya apabila berada di kampus cuma yang membezakanya saya tidak pergi ke kelas.Hari saya bermula seawal pukul 6 pagi dimana menunaikan soalt subuh dan baca yassin ataupun al mathurat,kadang-kadang niat nak lakukan qiamulai tapi selalu terlepas tapi insyallah akan saya jadikan qiamulai itu satu rutin harian saya suatu masa nanti.

Siang hari saya lalui dengan bertemankan buku-buku,laptop,tv dan radio ataupun pergi fisio.Em nampak macam bosan kan?tetapi itulah realiti kehidupan yang saya lalui sekarang ,kenapa saya tidak lakukan aktiviti luar?bukan tak nak tapi keadaan fizikal ini yang tidak mengizinkan dimana Doktor menasihatkan saya supaya banyakan berehat dan kurangkan aktiviti yang lasak,em memang patut pun sebab sekarang saya masih mengunakan tongkat untuk bergerak jadi ada rasional juga nasihat Doktor itu.Alhamdulillah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,dan salah satu hikmahnya yang dapat sya rasakan ialah saya dapat menghabiskan 1 juz Al-quran setiap hari yang pada dulunya menjadi bebanan untuk dilakukan.

Terus terang saya katakana yang saya memang ridukan suasana kampus diamana disitulah bermulanya perubahan yang besar dalam hidup ini dimana saya dipertemukan dengan hidayah Allah melalui golongan rakan yang begitu baik dan soleh dan membolehkan saya seperti sekarang,bukan itu saja di kampus itu jugalah terciptaya kisah epilog suka dan duka hidup sebagai seorang mahasiswa.Tetapi ada satu yang paling saya rindukan ialah suasana dakwah dan tarbiah,kerana dalam hidup saya sekarang ini kehausan sumber dakwah dan tarbiah,apa yang saya maksudkan itu ialah usrah,ini kerana ia mungkin sudah sebati dalam jiwa dan hati saya ini sampai saya betul-betul rasa sesuatu yang tidak lengkap dalam kehidupan seharian saya tapi alahamdulillah saya dapat dapat menampunya dengan mendegar dan menonton ceramah,tadabur Al-quran dan hadis,baca blog dan buku-buku agama.

Apa yang membuat saya menjadi lebih terharu ialah saya secara tidak langsung membawa roh islamik didalam rumah ini diamana yang dahulunya agak suram.Sekarang anak-anak sedara saya mula mendegar nasyid terutamanya lagu-lagu Maher Zain,membaca buku novel islamik walaupun kurang memahaminya,bagi abang pula sudah mula berjinak-jinak mendegar ceramah agama terutamanya dari ustaz Kazim Eliyas mungkin kerana cara penyampaianya yang agak mencuit hati tetapi apa yang penting bagi saya mesej yang hendak disampaikanya dan sekarang bacaan Al-quran dan Yassin sentiasa berkumandang didalam rumah ini.

Inilah pilihan Allah kepada kita dalam menjalani kehidupan harian yang penuh dengan hikmah bagi yang menyedari,sekarang terpulang kepada kita untuk mencari hikmah yang tesirat yang dikurniakan kepada kita manusia setiap hari,masa,ketika sampai masa kita dijemputnya

1 comments |

:::..Kenapa Diuji Lagi?..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Sesungguhnya pada kali ini saya ingin menulis tentang suatu perkara yang memg sudah kita ketahui tetapi kadang-kadang kita lupa iaitu ujian Allah,mengapa saya berkata begitu,ini adalah kerana ramai dikalangan kita menyangka yang apabila kita dalam situasi senang,bahagia,gembira,kekayaan, itu jugalah ujian Allah yang paling besar untuk kita jalani kerana ramai dikalangan kita tidak menyedarinya kerana mereka hanya menyangka yang kita dalam kesusahan,kepayahan,kesempitan,kesedihan,kekecewaan dan lain-lain lagi bahawa itu sajalah ujian Allah untuk kita.

Adakah kita sudah bersedia untuk diuji Allah kerana ia bukan sama dengan menjalani ujian peperiksaan tau sebaliknya tapi ujian hidup yang kita sendiri tidak sedar yang kita sedang diuji.Bagi yang sedang diuji apakah bekal anda?kuatkah anda apabila diuji dan kenapa kita diuji?Bagi saya semu persoalan itu Allah telah menjawabnya dalam beberapa potong ayat Al-quran,sama-sama kita ambil iktibar untuk muhasabah diri yang lemah ini.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA TAK DAPAT APA YANG DI IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)



BAGAIMANA HARUS MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA NAK BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

ARGHHH TAK TAHAN!!! DAH BOSAN!!
“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

Insyallah semoga apa yang baik dapat kita ambil pengajar untuk kebaikan kita bersama dan apa yang tidak baik kita jadikan sempadan,semoga allah meletakan kita dikalangan orang-orang yang sentiasa bersedia dengan ujianya.

0 comments |

::..Dakwah..::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan apa khabar iman?


Dalam kita menjalani hidup sebagai seorang hamba dan khalifah kita tidak terlepas daripada menjalankan satu amanah Allah yang penting iaitu dakwah tidak kira siapa kita tuntan itu perlu ada didalam setiap jiwa umat islam.Dalam hal ini mungkin ramai yang masih tidak mengetahui apa itu erti dakwah?disini dapatlah kita berkongsi sedikit ilmu mengenai definisi dakwah yang sebenar dalam islam insyallah.


Dakwah boleh diertikan dengan pelbagai interpretasi. Namun secara adilnya, sewajarnya kita memerhati sejarah dakwah baginda s.a.w. dalam memahami pengertian dakwah yang sebenar. Jelasnya, dakwah baginda s.a.w. bukanlah dakwah yang berlegar kepada isu-isu remeh dan persoalan Fiqh yang far’i tetapi seruan dakwah Islam adalah mengajak manusia untuk patuh kepada Allah (menyelesaikan persoalan pokok).


Dakwah baginda s.a.w. tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah diseru kepada Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah. Kemudiannya lahirlah keluarga-keluarga Islam yang mencorak sebuah masyarakat Islam. Bermula daripada pembinaan batu-bata yang kecil, kini bahan binaan itu membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa bahan-bahan yang tahan dan kuat, bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh.




Sesungguhnya dakwah Rasulullah s.a.w. menuju ke arah pembinaan sebuah daulah yang akan menjadi asas kepada perkembangan Islam dalam era seterusnya. Asas-asas yang dibina mempunyai peranan dalam menampung sebuah daulah di Madinah. Seterusnya usaha penyebaran dan pengembangan Islam berlarutan sehingga mencapai kemuncak dalam masa 600 tahun. Jangka masa yang panjang dan jauh ini bukanlah satu kebetulan. Bahkan, ini merupakan satu ketentuan Allah s.w.t. dalam aturan sunnah. Pastinya ‘Teori Kebetulan’ bercanggah dengah akidah kita.


0 comments |

:::..Tanggung Jawab Kita..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?


Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan dan suasana tertentu. Sekiranya Ibnu Sina atau Khawarizimi dilahirkan pada era Makkah tidaklah mereka melainkan bersungguh-sungguh melaksanakan dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah lakukan ketika itu. Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.


Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut angan-angan dan imaginasi. Mungkin sebahagian lagi mula mengambil langkah yang tergesa-gesa untuk mencapai kembali kegemilangan ummah.


Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi umat Islam dapat mengembalikan keagungan tamadun Islam…lalu mereka mengambil asas dan nilai dari Barat dalam mencorak ‘tamadun baru Islam’.


Sebilangan umat Islam sudah bosan dengan penindasan terhadap Islam…lalu mereka terus mengangkat senjata mengadakan penentangan terhadap golongan Kuffar.


Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah negara Islam akan muncul kembali…?

Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah tamadun Islam akan muncul kembali…?


Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu melihat Islam menguasai dunia dan seluruh manusia tunduk kepada sistem Ilahi. Namun Rasulullah s.a.w. tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasan atau keagungan, kerana bukanlah itu menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w.. Ar-Rasul diutuskan untuk mengajak manusia untuk kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membantu.


Ar-Rasul s.a.w. memulakan dakwah dengan mendidik insan untuk mengenal Allah. Mendidik insan untuk mengabdikan sepenuh jiwanya kepada Allah. Akhirnya, insan yang terdidik di dalam madrasah tarbiyyah Nabi ini telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia. Insan-insan inilah yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun dunia.


Adakah kita bermula daripada membina batu-batu…?

Seorang Ulamak dan Daie Islam yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata:

Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Marilah kita sahut seruan:

“Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.”

Kata-kata daripada Abdul Wahab Azam.


0 comments |

Di manakah kita?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

assalamualaikum dan apa khabar iman?

Berfikirlah sejenak... semenjak kita lahir ke muka bumi ini, apakah peranan yang telah kita mainkan untuk membela saudara kita di sana. Apakah rutin harian yang telah kita lakukan di sini... dan di manakah kita berada sebenarnya?

Video ini diadaptasi daripada 'ini peranan kita'.



0 comments |

:::.Ini Peranan Pelajar.:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan apa khabar iman?


Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith-hadith yang tertentu mengenai kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah para sahabat tidak pernah mendengar hadith-hadith itu? Kenapa mereka tidak dihantar oleh Nabi s.a.w. ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? … Hakikatnya mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan ummah ketika itu iaitu untuk berdakwah.


Sekali lagi ingin dikatakan, setiap pernilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi’ (realiti) semasa. Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting, kerana dia mengetahui yang nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya memahami konsep Fiqh Keutamaan dan Fiqh Waqi’ (Realiti). Permasalahannya timbul apabila mereka tidak meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya. Sekiranya Islam diletakkan pada maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan kepentingan Islam berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.


Antara dakwah dan belajar, manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk berdakwah?


Mungkin juga, ada yang berkata, “buat masa ini saya perlu belajar, nanti apabila selesai belajar barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada penaja…” Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja, “buat masa ini saya perlu bekerja, nanti bila selesai bekerja barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada majikan dan keluarga…” dan seterusnya, apabila pencen, mungkin dia boleh berkata yang pencen lebih penting daripada dakwah…!!! Bagaimana apabila dia mati? Apakah yang paling penting ketika itu?


Mengambil perumpamaan telur dalam Muqaddimah II, seorang pelajar sewajarnya menentukan matlamat hidupnya. Tanpa matlamat, segala perkara menjadi sia-sia. Dalam setiap amalan, matlamat merupakan perkara yang terpenting.


إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى...

(Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi)

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan…”



· Belajar untuk mendapat peluang pekerjaan?

· Belajar untuk mendapat gaji?

· Belajar untuk mendapat kedudukan?

· Belajar untuk memenuhi kehendak ibubapa?



Kemanakah tujuan-tujuan ini akan membawa kita? Pastinya sejauh umur manusia tidak lebih dari itu. Hakikatnya kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada Allah dan untuk menyeru kepadaNya.


Mungkin ada yang akan menjawab: “Saya belajar pun dakwah juga.”


Penyataan ini boleh memberi dua tujuan, pertama, memang benar-benar untuk-untuk tujuan dakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari alasan. Bagaimana untuk menjadikan pernyataan ini sebagai satu jawapan yang benar-benar menjadi hujah kita di hadapan Allah nanti?


Kita mempunyai peluang untuk mendekati golongan tertentu yang mungkin tidak dapat didekati oleh orang lain dengan kita menguasai sesuatu bidang. Kita mempunyai misi membawa pengislahan kepada golongan ini khususnya. Selain itu, dengan mempunyai kedudukan dalam masyarakat, kita akan lebih mudah diterima umum.



0 comments |

:::...Robot Makan Elektrik ...:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Pada kesempatan kali ini saya akan menerokai sebuah kisah mengenai Robot,almaklum saja lah belajar saya seorang student mechtronics engeneering di MFI dan secara tidak langsung ada jugalah berkaitan dengan Robot-robot ini,akan tetapi bukanlah tujuan utama saya untuk menceritakan salasilah robot semata-mata tetapi apa kaitan Robot dengan dakwah islam ini,mari sama-sama kita fikirkan dan ambil pengajaran dari saya yang tidak seberapa ini dalam menceritakan kisah ini daripada sudut pemahaman saya ini insyallah,semoga kita beroleh pengajaran.



Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mati.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashid jiwang.

apakah ibrah (pengajaran) dari kisah ni?

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (2:30)

wallahua'lam




0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...