..::Siapa Takabbur Pasti Lebur::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..

Pada kali ini saya terpanggil untuk membangkitkan satu permasalah sikap masyarakat yang tidak berapa kita ambil peduli.Betapa ramai yang berkuasa,terhenyak ke bawah akibat takabbur.Berapa banyak ilmuan terhina kerana takabbur.Takabbur juga adalah sebab kemusnahan Iblis.Firaun,Qarun,Namrud,Abu Lahab,Kamal Ataturk dan lain-lain lagi.


Malangnya,manusia seolah-olah tidak pernah belajar daripada sejarah.Terus-terusan ada manusia yang takabbur kerana harta,kuasa,ilmu,keturunan dan nama.Padahal ikon-ikon takabbur sudah terkubur ditelan bumi.Benarlah dunia ini satu ujian.Ujian yang menzahirkan ketakbburan dalam diri manusia.Warna sebenar kita hanya akan terserlah apabila diberi kuasa,ilmu,harta,rupa dan nama.

Umat islam terhina pada masa ini justeru ketakburannya kepada Allah.Apabila Allah tegaskan kemulian itu hanya ada pada takqwa,kenyataan ini hanya dipandang sebelah mata.Berapa ramai yang menjadikan taqwa sebagai buruan dan tujuan tertinggi dalam hidup?Apabila Allah memberitahu bahawa hukum-hukum-Nya ialah jaminan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan,berapa ramai yang akur? Hukum Allah "dianaktirikan",hukum daripada fikiran dan sistem kepercayaan terus didahulukan.Konon,kita lebih bijak dari Tuhan.

Punca ketakburan ialah takabbur kepada tuhan,Orang yang takbbur cuba menyaingi Allah.Mungkin tidak ada lagi manusia yang berani mengaku diri tuhan seperti Firaun dan Namrud,namun sedikit tindak-tanduk manusia sangat menjurus ke arah itu.

Apabila berlaku kes buang bayi (akibat zina) ramai yang melenting.Apa yang hendak dihairankan?Zina disuburkan dengan budaya pendedahan aurat dan pergaulan bebas.Kalau kita menyemai angin,bersedialah untuk menuai badai!

Apabila riba dibudayakan,berlakulah krisis keewangan di seluruh dunia.Dan banyak lagi larangan-larangan Allah terus-menerus diamalkan demi mengejar kepentingan duniawi hingga Allah dilupakan,seolah-olah kita tidak akui bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Bagaimanakah rasa hati kita ketikanmengurus dan mentadbir hidup kita?Adakah kita merujuk pada Allah?Adakah segala-galanya diurus tadbir dengan rsa takut,cinta dan mengharap keampunan-Nya serta padua-Nya?

Lawan takabbur ialah tawaduk.Orang yang tawaduk,merasakan dirinya tidak dimiliki dan memiliki apa-apa selain daripada Allah.

Orang yang tawaduk tidak akan membangga-bangga kebaikanya kerana merasakan semua kebaikan yang dilakukanya itu adalah kerana izin dan kurnia Allah jua.Ketiaka diberitahu Saydina Abu Bakar bahawa Allah telah memuji kebaikan yang banyak dilakukanya,Sayidina Abu Bakar tidak gembira,sebaliknya ia menangis.

Ketika ditanya mengapa ,dia menjelaskan hakikatnya Allah memuji diri-Nya sendiri.Bukankah dengan bermodalkan kurnian Allah,dia dapat melakukan kebaikan?Jadi teladanilah sifat tawaduk Sayidina Abu Bakar.Hayatilah apa yang diungkapkan oleh Ibn Ataillah dalam kalam hikmahnya:"Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbbur!" .


0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...