..:::Berhati-hati Dengan Alam maya Ini:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,dikesempatan ini Allah masih memberi ruang dan peluang untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman saya sebagai hamba.Sudah lama rasanya saya tidak menguraikan kata dan mencerna minda saya dilaman ini,terasa janggal pula dengan penulisan saya kali ini tetapi insyallah akan cuba memberikan tulisan yang bermanafaat dan berguna untuk kita semua.

Ini ada sedikit kisah daripada pengalaman saya minggu lalu yang mungkin boleh diambil iktibar dan dijadikan pengajaran yang berguna untuk kita bersama.

pada suatu hari saya telah mendapat email daripada seorang rakan online facebook yang ingin meminta bantuan dari saya untuk bertanyakan tentang malaysia kerana kata dia berminat untuk melabur dan menetap di malaysia lalu saya pun memberi sedikit panduan dan penerangan sepertimana yang ditanyakan,juga dia memberitahu pada saya tentang latar belakang keluarganya yang berasal dari sabah dan sekarang menetap di UK,Liverpool dan sekarang bekerja di HP UK itu sepertimana yang diberitahu pada saya.

Dia juga meminta bantuan dari saya untuk membawanya bercuti di Malaysia dan ingin membeli rumah mewah disini,terdetik dalam hati saya rasanya tidak salah saya membantu orang yang ingin mengenali negara ini secara tak langsung.

Hari berganti hari,dimana saya telah mendapat 1 mesej dari facebook dan email dimana suatu perkara yang tidak dijangka berlaku diamana tertulis dia mengirimkan hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada saya kerana membantunya dimana hadiah tersebut berupa HP laptop,jam tangan emas,t-shirt,telifon bimbit Nokia,jersey Liverpool dan 100,000 poun,memang itu mengejutkan ditambah pula dengan pesanan untuk meminta membeli rumah dan menyewa hotel lima bintang apabila ia datang kesini nanti.Semalaman memikirkan perkara ini kerana ia berlaku diluar jangkaan saya.

Dalam mesej itu saya juga diberi tracking number untuk mengetahui jadual perjalan barang yang dihantar kepada saya oleh syarikat Atlas Worldwide Holding,hari berganti hari dan pada satu pagi saya mendapat satu penggilan yang tidak dikenali dari seorang lelaki inggeris mengatakan mereka adalah ejen penghantaran Atlas Worldwide Holding,dimana barang yang dihantar itu sudah berada di KLIA dan menghadapi masalah dikastam,lalu mereka meminta sejumlah wang sebanyak RM1000 untuk membolehkan barang itu dihantar pada saya,lalu saya diberikan no akaun persendiran untuk membuat pembayar tersebut,diwaktu yang sama rakan saya pula menelefon dan merayu agar menyelesaikan masalah ini kerana melibatkan jumlah yang besar.Tanpa berfikir panjang saya terus menggunakan wang simpanan dan meminjam dari abang saya memandangkan jumlah wang simpanan tidak mengcukupi.

Pada keesokanya pula sekali lagi saya mendapat panggilan dari nombor yang sama,pada kali ini dikejutkan lagi dengan mereka mengatkan bahawa jumlah wang yang diberikan semalam tidak mengcukupi lalu mereka meminta lagi RM5800,itu satu jumlah yang terlalu besar buat saya dan inilah titik permulaan syak dan curiga mula bermain dalam fikiran,lalu saya berbincang dengan abang saya sekali lagi tentang hal ini dan dari itu saya mula mendapati yang diri saya mungkin ditipu oleh sindiket baru yang menggunkan kecanggihan teknologi,internet dan sosial untuk memerangkap mangsa.

Untuk mendapat kepastian lagi saya terus mencari malumat-maklumat tentang sindiket ini,dan saya terjumpa satu forum mengenai penipuan internet dengan menawarkan hadiah lumayan dengan pada mulanya hanya rakan chat biasa sahaja,rupa-rupanya bukan saya saja yang yang ditipu tapi ramai lagi mangsa seperti saya.Nampaknya memang sah saya sudah ditipu!!


Daripada kisah saya tadi dapatlah diambil pengajaran dan ibrah berguna untuk kita semua dimana jangan terlalu mudah percaya pada seseorang yang baru kita kenali tanpa usul periksa latar belakang hidupnya kerana sekarang teknologi makin canggih segala maklumat dan data boleh dimanipulasi untuk melakukan penipuan dalam tidak kita sedari,juga hendaklah kita berfikir secara waras dan bijak sebelum melakukan keputusan ataupun menerima berita dan khabar dari sesiapa yang kita belum kenali sepenuhnya sesuai dengan firman Allah;

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
(Al-Hujuraat 49:6)


1 comments |
  1. salam alaik. moga terus tabah dengan ujian Allah. ada hikmah di sebaliknya. terlopong juga dengar cerita ni. macam2 dunia sekarang.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...