..:::Alam adalah sekolah umat manusia:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..

Inilah yang dipanggil kehidupan,menarik kan bunyi intronya? tetapi disebalik itu ada lagi yang menarik yang ingin saya kongsikan dimana ada kaitan dengan apa yang saya perkatakan pada permulaanya.Disuatu petang yang damai sedang saya melihat gelagat kanak-kanak riang bermain di taman permainan berhadapan dengan rumah ini pandagan salah tercuit untuk melihat ke sudut pandagan yang berbeza iaitu pemandagan sebuah sawah yang luas terbentang berselimutkan awan biru,diterangi sinaran matahari dan dihiasi burung berterbangan bebas berkicauan menandakan betapa indahkan ciptaan Allah terhadap alam semesta ini,subahanallah.Lalu terciptalah tulisan yang tidak seberapa ini untuk perkongsiaan bersama.

Lihat alam ini,seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia.Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia.Tumbuhan mengambil yang buruk(karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih untuk keperluan kita bernafas.Kulit,daun,akar,pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan ubat-ubatan,pakaian, dan perlindungan untuk manusia.


Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita,maka wajar pula kita bertanya,kita dijadikan untuk siapa?Ya,ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia ini.Oleh sebab itu,kerana misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraaan,maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai kemudahan dan bekalan.

Tegasnya,manusia diciptakan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah bagi memakmurkan,mengurus dan mentadbir muka bumi ini-itulah dwifungsi utama manusia diutus ke dunia ini.Menyedari peranan itu seluruh kelengkapan yang diberikan kepada manusia harus menjurus dan difokuskan ke arah perlaksanaan misi itu.Jagan disalahgunakan kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan.Akan datang detiknya,manusia akan dipanggil bersemuka dangan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan oleh-Nya.

Alam bukan hanya dilengkapkan dengan makanan,ubat-ubatan,perlindungan dan pakaian,tetapi alam ini juga membekalkan sesuatu yang sangat bermanfaaat bagai menjayakan misi kedatangan manusia.Alam yang tersedia ini turut membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya.Alam adalah sekolah yang manusia harus belajar di dalamnya pada setiap masa,keadaan dan suasana.

Alam ialah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenali dan mencintai penciptanya.Bulan,matahari,bintang,tumbuhan,haiwan adalah tanda-tanda yang boleh membuka fikiran,jiwa dan perasaan manusia untuk dekatkan diri pada Allah.Dan dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan,ketenagan,kejayaan,dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Dua misi besar itu sangat berat dan sukar.Misi ini adalah amanah yang pernah ditawarkan kepada langit,gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menoloknya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang,maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan,tetapi manusia sanggup memikulnya.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil."(surah al-Ahzab 33:72)

Gunung,langit dan bumi tidak sanggup menanggung misi yang begitu besar itu.Mereka hanya sanggup menjadi "pembantu" manusia untuk melaksanakanya.Jadi,mereka lebih rela dikuasai daripada menguasai manusia.Mereka hanya ingin menjadi sekolah,manakala manusia menjadi pelajar-pelajarnya.Allah yang menjadi "Guru" dalam sekolah besar ini sentiasa mendidik manusia agar menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaan-Nya dan syurga.Sedarkah kita?Maka jadilah pelajar yang baik,belajarlah dari alam yang terbentang luas ini.

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...