.::Cinta Itu Indah!::..
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: CintaAssalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..
Melihat kepada versi cinta ala Hollywood,Bollywood dan yang sewaktu denganya,yang telah mendominasi kehidupan masa kini,saya rasa terpanggil untuk membetulkan semula prinsip,pendekatan,dan citra cinta masa kini.kita perlu penerangan yang lebih jelas dan tuntas kerana pendekatan menerusi nasyid atau drama cinta versi islamik,masih tidak berupaya menghalang pengaruh itu.
Alhasilnya,cinta makhluk masih menjadi matlamat yang disangjung dan dipuja mengatasi cinta Allah.Cinta manusia tetap jadi teras manakala cinta Allah hanya menjadi sebutan dihujung kata dan cerita.Cinta Allah hanya dijadikan semacam "tempelan"-sekadar untuk mewajarkan cinta kekasih yang menjadi fokusnya.
Cinta umpama hadiah atau anugerah daripada Allah,kita tentu gembira dan suka apabila menerim hadiah.Namun,wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?tentulah pemberi hadiah yang lebih dicintai.Malangnya,apa yang berlaku lebih daripada itu.Pujaan,sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta(hadiah) sampai ke tahap boleh"mempertuhankan" cinta.
Cinta bukan tuhan.Cinta hanya alat untuk manusia berbakti kepada tuhan.Dengan cinta,misi manusia sebagai hamba Allah dan khalifah dimuka bumi perlu dipikul bersama-sama.Hal ini kerana amanah sebagai khalifah itu amat berat-maka perlulah kita pikul bersama.
Bagi mewujudkan kebersamaan yang kuat,manusia diikat oleh tali kekeluargaan,yang akhirnya membentuk ikatan kemasyrakatan dan peraudaraan.Dan dalam sebuah keluarga yag merupakan nukleus ataupun asas dan teras ikatan sesama manusia itu perlu ada sebuah cinta!
Namun cinta sesama manusia bukanlah segala-galanya.Malangnya dalam realiti kehidupan ini,cinta yang sebegitu selalunya dinobatkan secara"gila-gila".Padahal cinta yang dipuja-puja itu akhirnya sirna setelah diuji dan dipuja,tetapi setelah dapat,segala kemanisanya hilang bagaikan debu berterbangan.Apa yang tidak kena dengan cinta ini?
Terpanggil untuk memberi pencerahan,maka lahirlah solusi yang ingin mengajak pembaca dah khayalak agar cintailah"cinta".Maksudnya,daripada cinta yang kecil dan murah kepada cinta yang besar dan mahal.Itulah cinta Allah.
Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa hanya Allah yang berhak menerima cinta kerana hanya Dia yang mempunyai segala sebab untuk dicintai.Terdapat banyak sebab timbulnya sebuah cinta,namun seberapa banyak pun jenis cinta semuanya sewajarnya "pulang" kepada Pencipta cinta iaitu Allah.Dan menuarutnya lagi,jika manusia tidak mencintai Allah itu adalah kerana kurangnya pengenalan manusia terhadap Allah-tak kenal maka tak cinta.
Cinta yang kecil ialah untuk makhluk.Tetapi cinta itu akan bernilai dan besar hanya apabila didasarkan kepada cinta Allah.Cinta itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati.Cinta bukan dari mata turun ke hati,sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota.Itulah cinta yang sebenar,suci lagi murni.Itulah cinta yang dikhususkan buat kita manusia beriman sesuai dengan martabatnya kita sebagai hamba Allah dan Khalifah.
Dan cinta itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh Allah-Tuhan yang indah dan suka kepada keindahan!