..:::Boring! Bosan!:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..

Ada suara yang saya lihat dan dengar yang mengungkapkan:"Boring la hidup ini!"kalimah"bosan"dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidup sepertimana yang tetulis di status-satus facebook.inilah realiti kehidupan masyarakat sekarang.



Hakikatnya itulah jiwa yang kosong,jiwa yang sifar matlamat kehidupan.Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebgai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat.Dunia dan akhirat akhirnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mengcukupi.Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan didunia.Kita hamba,kita juglah pemimpin(khalifah) ingatlah firman Allah yang bermaksud;

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu
(Surah Al-Dhariyat 51:56)




Allah juga berfirman yang bermaksud;

Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)hendak menjadikan bumi itu orang yang membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan),padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?.Tuhan berfirman:Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya
(Surah Al-Baqarah 2:30)


Dua misi ini yang akan membuatkan kita begitu sibuk didunia sehingga tidak punyai masa untuk mengatakan "Boring la hidup ini!"kalimah"bosan".insyallah..





0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...