Aku Benci Facebook??
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Peringatan, Tentang SayaMungkin pelik apablia membaca tajuk ini kerana ianya menjadi kegilaan setiap golong tidak kira batas usia pada masa kini untuk bersosial dialam maya.Mungkin sebelum ini ada kita terbaca atau ketahui asl usul facebook ini,baik buruk facebook,dan bermacam-macam lagi dan dari itu tidaklah perlu saya menjadi pengkaji sejarah untuk merungkai tetang sejarah facebook ini.Apa yang ingin saya cuba sampaikan kali ini ialah apa masalah saya dengan facebook ini, kisah ini betul-betul terjadi dan alami pada diri saya sendiri.
Adalah baik apa yang ingin sampaikan ini dimulakan dengan bismillahirahmanirahim supaya apa yang saya utarakan mendapat rahmat dan petunjuk daripada allah agar tidak tersasar jauh dari apa yang ada didalam lubuk hati saya insyallah,amin...
Pada mulanya facebook (fb) ini menjadikan saya seorang yang bersosial diamana saya lebih mengenali ramai orang seluruh pelusuk dunia dan daripada itu mamcam-macam ragam manusia yang dapat dipertontonkan kepada saya melaui (fb) ini,ada yang baik,buruk dan tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan business,em bagi saya itulah lumrah website yang berunsur sosial ini dimana pergaulan tanpa batasan dan sempadan tetapi jika dikira daripada sudut positif ada juga baiknya dimana saya dapat berhubungan dengan rakan-rakan lama yang lama sudah terpisah sejak dari sek.rendah hingga sekarang umpama (fb) jejak kasih dalam penemuan dalam satu pencarian.Selain dari itu saya juga dapat bertukar-tukar pandagan dan maklumat melaluinya daripada rakan-rakan (fb) disamping menjalinkan ukwah dah dakwah,akan tetapi terdapat suatu yang manis bagi saya untuk memperkatakan disini iaitu (fb) juga lah yang mempertemukan saya dengan si dia iaitu bakal menjadi zaujah hidup saya insyallah,mungkin ini cara allah mempertemukan kami dilaman maya yang insyallah akan kami terjemahkan menjadi reality disuatu masa nanti insyallah,akan saya sebutkan namanya apabila ia sudah sah menjadi milik saya.
Akan tetapi buakanlah sesuatu yang datang kepada kita boleh diterima dengan bulat dengan tanpa memikirkan kesan negatifnya kerana inilah sesuatu yang perlu diambil perhatian yang terajadi pada saya dan menjadi topik utama tajuk saya pada kali ini suapaya dapat menjadi pengajaran untuk yang lain.pertama sentia berhati-hati apabila menulis status atau komen dimana ia boleh menjadi salah faham dan fitnah yang buruk akiabatnya diamana pada mulany saya menulis untuk sekadar perkongsian ilmu tetapi sesuatu yang tidak terjangka terjadi diamana comment yang dibalas tidak setara dengan apa yang saya tulis dan akibatnya saya hampir-hampir menjadi fitnah dan salah faham daripada orang yang betul-betul saya sayang dan kami bergolak semalaman tentang perkara ini yang hampir meragut kebahgian yang kami lalui bersama tetapi alhamdulillah allah tahu apa yang saya lakukan dan niat saya,tetapi ini suatu pengajaran besar dalam hidup saya,selain itu saya juga pernah diaibkan oleh rakan baik saya sendiri dalam (fb) lmaklmlah sebab apa yang kita lihat dalam (fb) itu bukanlah benar semuanya maklumat dan setiap identiti boleh dirahsiakan,berbalik pada kisah tadi alasan yang diberikan rakan saya dalam (fb) untuk mengaibkn saya ialah untuk menyedarkan dan menginsafkan saya,saya menghormatinya tetapi bukan lah cara ini yang diajarkan dalam islam dimana islam agama yang memartabkan umatnya bukan mengaibkan satu sama lain.Masa saya juga banyak terbuang dan lalai dengan (fb) lalu ia juga salah satu punca kemerosotan saya dalam pelajaranJika hendak diperjelaskan satu persatu memang panjang tetapi apa yang jelas dapat saya perkatakan kali ini tepuk dada tayalah iman,dan jika iman senipis tisu hati-hatilah kerana agin yang sedikit pun dapat menerbangkanya bahkan pula ribut taufan..
insyallah sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang saya adaptasikan dalam penulisan saya untuk kali ini..
WASSALAM..
0
comments |