:::Setengah Hari Di Sri Petaling:::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Tentang SayaAssalamualaikum dan salam Ramadhan untuk bakal-bakal penghuni syurga allah suatu masa nanti,insyallah sama-sama kita doakan bersama,amin..Allamdulillah dan syukur adalah ungkapan yang memang menjadi pemula kata untuk tanda kesyukuran kepada allah dan rasulnya atas nikmat yang dilimpahkan kepada ku dibulan yang mulia ini.
Permulaan ceritanya begini aku dan beberapa orang kawan lagi sudah lama berkeiginan untuk pergi ke seri petaling tetapi tiada kesempatan dan baru semalam allah swt mengizinkan untuk kami pergi ke sana.Sri Petaling?ada apa disana?nak buat apa disana?mungkin itu menjadi salah satu tanda tanya yang bermain dan berlegar dibenak pemikiran semua kan?sebenarnaya Masjid Sri Petaling ini merupakan tempat berkumpulnya jemaah tabligh di serata malaysia dan mungkin juga dunia dan lebih dikenali dengan markas tabligh,pelbagai aktiviti kerohanian diadakan disana seperti bayan(tazkirah),ceramah,iktikaf,qiamulai,makan dalam talam dan bermacam-macam lagi aktiviti yang dilakukan disitu.
Apa itu jemaah tabligh,apa yang dilakukan oleh mereka? Nah satu lagi persoalan mungkin timbul kan? Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan Jemaah-jemaah Islam yang memberikan tumpuan atas usaha-usaha dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.
Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja-kerja berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan-amalan sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.
Berbalik kepada permulaan cerita bagaimana aku dan rakan-rakan sampai ke situ,pada awalnya memang permergian ini sudah dirancang pada minggu lalu dan Alhamdulillah allah memberi keizinan untuk sampai kesitu.Pada pagi itu aku terlibat secara langsung bersama ikhwat-ikhwat yang lain dalam memberikan daurah kepada madu’u kami tentang “wahai pemuda”dan Alhamdulillah berjalan lancar dan tamat pada waktu asar.
Setelah selesai solat asar aku bersama,lima orang rakan-rakan bertolak dengan salah seorang sahabat tabligh ke Sri Petaling.Alhamdulillah kami selamat sampai,dan apabila sampai subahanallah apabila melihat begitu ramai orang yang ada disitu dari pelbagai golongan,umur,keturunan dan latar belakang yang berbeza tetapi bepakaian umpama berada di makkah kerana semuanya berjubah putih,beserban,kopiah. Terasa didalam hati ini begitu kerdil sekali jika nak dibandingkan dengan mereka yang berada disekiling ini,almaklum la baru hidayah dan masih belajar mencari ilmu allah yang luas ini.
Terasa tenang dan terlupa soal kedunian seketika apabila berada disitu walaupun baru saja sampai kerana suasananya umpama berada di Mekkah,mungkin rahmat disebalik berdampingan dengan orang-orang soleh kot.
Apabila sampai kami dihidangkan dengan pengisian ilmu dengan bayan yang diberikan oleh salah seorang Jemaah yang bertugas dan dalam pengisian itu mengalakan untuk Jemaah untuk keluar berdakwah ke jalan allah swt.Setelah selesai degan jamuan ilmu itu kami turun ke kawasan sekitar untuk membeli sedikit barang sementara menanti waktu berbuka,aku sempat membeli 1 helai baju dan 1 kopiah,dan yang lain ada yang membeli jubbah,kopiah dan perfium.Pada mulanya aku amat tertarik dengan jubbah berwarna putih moroco yaitu jubah yang mempunyai penutup kepala dibelakangya akan tetapi untuk saiz aku tiada dan terpaksa la membatalkan niat itu dengan sedih.
Apabila berbuka kami dihidangkan dengan makanan didalam talam yang merupakan salah satu sunnah Rasullulah saw yang tidak ramai diketahui orang, Makan cara ini agak sukar dipraktikkan sekarang kerana kita terbiasa makan dengan pinggan sendiri tetapi apabila ada peluang makan dalam talam, JANGAN LEPASKAN PELUANG!! Untuk mencari sedikit pahala sunnah dibulan ramdhan ini kerana kebayakan surau atau masjid mengamalkan cara ini jadi bukan alasan la untuk mengelak kan.insyallah disurau MFI pun ada menyediakan cara berbuka seperti ini dan boleh la semua menyertainya.
Setelah selesai berbuka,semua menunaikan solat magrib dan setelah selesai kami dijamu lagi dengan hidangan ilmu lagi dengan mendegar bayan sementara menunggu solat isyak dan tarawih,ketika ini kaki sebelah kiri mula menjelmakan sedikit kesakitan entah kenapa degan tiba-tiba tapi ia masih dapat dikawal lagi.
Apabila selesai isyak kami semua beramai-ramai menunaikan solat tarawih secara berjemaah sebanyak 20 rakaat dan disaat inilah kesakitan kaki ini menjadi-jadi dan menyebabkan kesukaran untuk berdiri tapi aku gagahkan diri ini kerana ini mungkin ujian allah kepada aku untuk melihat sejauh mana ketaatan aku kepadanya.Dalam ketika itu aku terlihat disuatu barisan saf dimana ada beberapa anak-anak kecil bersama-sama solat Jemaah terawih 20 rakaat siap dengan berpakaian jubah putih lagi,subahanallah begitu kuat betul semangat mereka dan begitu utuhnya pemahaman mereka tentang islam kerana diamana sebilangan kanak-kanak diperingkat umur mereka ini hanya tahu bermain-main saja semasa soalat terawih,ini menunjukan bagaimana peranan ibubapa dalam mendidik mereka sehingga islam itu sebati dalam hati mereka-mereka ini.Semoga allah mengurniakan aku anak-anak yang soleh yang boleh membantu mengemudi agama islam yang kita semua cintai ini seperti Sallahudin Al-Ayubi,Sultan Ahmad Fateh,Imam Hassan Al-Banna dan Tariq bin Ziad insyallah amin..
Setalah selesai melaksanakan tarawih kesakitan kaki ini menjadi-jadi sehingga aku langsung tidak terdaya untuk berdiri lagi,kesakitan umpama dicucuk-cucuk jarum, umpama kaki ini hendak tercabut,subahanallah sampai begini sekali ujian engkau terhadap aku dibulan dan tempat yang mulia ini.Aku berehat dan bersiap-siap untuk tidur dalam kesakitan tapi tetap aku gagahkan juga kerana awal-awal pagi kena bagun untuk qiamulai dan bersahur pada pukul 4.30am.
Pada sekitar jam 4.30 pagi kami bagun lagi untuk bersahur sekali lagi secra bejemaah dalam talam,setelah selesai aku dan yang lain-lain bersiap untuk qiam.Apabila qiam sudah dilakukan dan solat subuh datang megambil giliran dan kami laksanakanya secara berjemaah.Setelah selesai solat sekali lagi pengisian ilmu mengambil tempat dan yang lebih istimewanya lagi kali ini disampaikan oleh salah seorang Jemaah dari Pakistan dan bersamnya seorang pertenjemah dalam bahasa melayu.
Apa yang menarik pada kali ini ialah tentang isi tazkirah kali ini betul-betul menusuk ke kalbu dimana salah satu kata-katanya menyatakan perjalanan kita ini dalam dakwah hanya baru bermula seperti membaca alif,ba,ta dan dihadapanya masih panjang jalan itu bersama pula cabaran dan kesusahan adakah kita mampu lakukan jika kita tidak berpegang teguh pada tali allah,hati dibaluti dengan iman dan pemahaman kita sendiri terhadap jalan dakwah itu.Insyallah sama-sama kita bermuhasabah diri ini.
Setelah selesai kami bersiap-siap untuk pulang ke MFI,dan daripada hari yang aku lalui pada hari minggu ini dapat aku rasakan masih banyak yang perlu aku cari dan belajar tentang islam itu sendiri jika aku hendak mengembalikan kegemilangan islam itu sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah dan para sahabat terdahulu.Mungkin cara antara kami iaitu usrah dan tabligh berbeza pembawakanya tetapi tujuan kami tetap sama iaitu ingin berdakwah dan menyebarkan islam.