:::..Neraka..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Disuatu petang yang redup sayup,dalam masa saya melangkah berjalan menuju ke surau untuk solat maghrib tiba-tiba pandangan mata ini beralih disudut pandagan langit yang luas terbentang,subahanallah indahnya ciptaan Mu menciptakan senja sebegini,dalam masa mata masih dipaku melihat keindahan langit,tiba-tiba jauh dari lubuk hati ini menafsir sesuatu yang agak berbeza dengan pandagan,dimana jauh dari lubuk hati ini memikirkan dahsyatnya keadaan didalam neraka,mengapa ye?mungkin sebab melihatkan keoren-orenan awan pada wajah langit umpama api,terus hati itu beristighfar sehinggakan berdegup kencang dan meremang bulu roma ini apabila memikirkanya suasana keadaan Api neraka itu.

Apabila difikirkan balik tentang itu termuhasabah la juga balik diri ini,agak-agaknya macam mana ye keadaan api neraka itu ye?

Jika kita boleh melihat sendiri keadaan api neraka itu,pasti kita akan berasa insaf dan tidak lagi melakukan perkara yang boleh mendekatkan kita kepadanya.Walaupun sudah ditunjukkan imej matahari yang diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescopepada jarak dekat iaitu 5000 km dari matahari.Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula keadaan api neraka kelak.Wahai teman-temanku insaflah selagi kita diberi masa untuk bertaubat.Jauhilah perkara-perkara terlarang.

" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya".

At-Tahrim ayat 6

Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya berbanding dengan api didunia ini. Sekiranya jatuh serpihan api neraka walaupun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna hitam".

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Salman Al Farisi berkata:

" Apabila neraka itu bewarna hitam, maka hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap warna api neraka itu sama sahaja panasnya".

Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang kepanasannya".

Api neraka kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim dingin. Dinginnya neraka lebih dingin daripada sesuatu yang paling dingin di dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Neraka itu pernah mengadu kepada Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud ='Hai, Tuhanku. Aku telah memakan satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir'

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:

" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,Jahim dan Hawiyah.

Semoga kita terhindar daripada bahang panasnya azab Api neraka itu,sesungguhnya hanya amalan yang baik dan belas ihsan dari Allah sahaja mampu menyelamatakan kita dari bahang kepanasan itu.wallahua’lam.

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...