...:::Diam!!:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…

0 comments |

:::..Separuh Rakyat Malaysia Keturunan Penzina..???..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalmualaikum...

Kejap ada kejap tak da,em itulah saya hehe...Susah kan nak istiqamah dalam penulisan ni,tp insyallah akan terus berusaha untuk istiqamah :)

Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap kebubrukan akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober (Harian Metro). Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang besar atau mengejutkan. Justeru, tidak ada yang peduli jika pun isu sebegitu serius tidak diperpanjangkan perbincangannya.

Laporan dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah.


Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.

Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hinggaNovember 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.


Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.

“Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah,” laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Sangat membimbangkan kita apabila masyarakat seakan tidak lagi sensitif dengan fakta amat menggerunkan mengenai tahap kebobrokan akhlak remaja kini. Lontaran fakta itu tidak disambut mana-mana media.

Bahkan tabloid yang bertanggungjawab mendedahkannya pun mengambil sikap sekadar melaporkan, seolah-olah hanya untuk mengisi tiga suku mukasuratnya untuk hari itu sahaja. Sedangkan ia diletakkan di bawah kategori laporan ‘EKSKLUSIF’, yang pada kebiasaannya mengundang pelbagai reaksi dan ulasan.


Namun dalam kes ini tiada laporan atau tinjauan susulan dibuat tabloid itu sendiri. Tiada pihak, sama ada aktivis sosial atau warga prihatin yang disorot pandangan dan reaksi mereka. Tidak sepertimana ghairahnya media arus perdana memanjangkan isu filem dan drama tema hantu dan seram yang didakwa berunsur tahyul dan tidak mendidik masyarakat.

Media juga di masa sama masih berselera menghidupkan isu hudud. Atas sebab sangat nyata, ia bermaksud mencari keuntungan politik buat parti pemerintah dan di masa sama menjerumuskan parti-parti pembangkang ke kancah pertikaian lebih buruk.

Namun secebis fakta mengenai akhlak remaja kita itu, walau pun tidak begitu menarik minat masyarakat (atau sebenarnya sengaja tidak mahu diperpanjangkan media arus perdana?), sebenarnya turut mempunyai hubungkait dengan isu hudud yang digemariuhkan itu.

Lebih-lebih lagi jika kita melihat hukum hudud dan lain-lain cabang hukum Islam itu sebagai salah satu mekanisme dikemukakan Islam untuk menyedar dan mendidik masyarakat dalam ertikata yang lebih luas dan menyeluruh. Bukankah itu yang dapat kita fahami dari firman Allah dan sabda Junjungan s.a.w. tatkala menghuraikan fungsi dan maksud hukum-hukum syariat?

Justeru, amat kena pada masa tatkala khalayak penguasan politik sedang ghairah memperkecil dan memperlekeh usaha mendaulatkan hukum Islam, tiba-tiba fakta kesumbangan akhlak remaja tadi didedahkan.

Sebabnya, pendedahan itu juga menyeret pertikaian terhadap tahap kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bahawa ia hanya mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik, tetapi sangat bobrok akhlak dan jelik keperibadian mereka.

Apa tidaknya apabila kajian tadi mengesahkan 76 peratus daripada yang mengakui terlibat dengan gejala memalukan itu adalah pemegang ijazah, diploma serta PhD?

Justeru, memang tepat sergahan dilontarkan Zakariah, “... jadi bila mereka ini sudah terbabit dengan isu moral, bagaimana golongan ini mampu dijadikan teladan kepada belia lain yang memandang tinggi status mereka sebagai orang yang berpendidikan tinggi”.

Kebetulan pula laporan itu diterbitkan pada hari sama Perdana Menteri membuat kenyataan mendakwa sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik, malah lebih baik daripada sistem diamalkan beberapa negara maju.
Sudah tentu dengan terdedahnya dapatan kajian tadi, dakwaan Dato’ Seri Najib Razak itu dengan sendirinya layak dipersoalkan. Kajian IPPBM itu tidak menyokong dakwaan beliau itu. Apakah kita tergamak berbangga dan mendakwa sistem pendidikan kita terbaik sekiranya separuh produk dihasilkannya terbabit seks bebas?

Apa gunanya mereka berjaya dan cerdik tetapi tidak tahu di mana letaknya dosa-pahala? Berbanggakah kita dapat menghasilkan ramai cerdik-pandai atau anak-cucu yang sangat cemerlang akademik mereka, sedangkan di masa sama mereka amat bobrok akhlak dan tingkahlaku?

Tidak dinafikan sistem pendidikan sedia ada telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai, cendikiawan pelbagai bidang dan jurusan. Kita tidak kurang peguam dan pakar undang-undang, tetapi tidak sedikit antara mereka menggunakan pengetahuan luas dalam perundangan untuk memutarbelit fakta dan menukar harta orang menjadi miliknya.

Kita berbangga memiliki ramai anak bangsa bergelar doktor, tetapi antara mereka juga ada yang aktif merosakkan generasi muda dengan sindiket penjualan ubat batuk dan seumpamanya.

Apa guna kita ada pakar sejarah, tetapi cenderung memberikan gambaran positif dan memuji kaum penjajah? Apa guna kita ada penggiat ekonomi yang dianggap berjaya dan kononnya membanggakan kaum bimputera, sedangkan hampir setiap langkah mereka menyempurnakan kerja diiringi ‘duit kopi’ atau ‘tumbuk rusuk’?

Pernah disiarkan media sebelum ini mengenai tinjauan terhadap sikap penuntut universiti tempatan berhubung isu rasuah. Bayangkan antara mereka secara terus terang mengakui tidak ada masalah untuk melakukan perbuatan merosakkan itu sekiranya keadaan menghendaki mereka berbuat demikian.

Tinjauan juga pernah dibuat di kalangan penuntut perempuan nmengenai kemungkinan mendapat pasangan lelaki berusia. Sebahagian tidak sedikit antara mereka menyatakan tidak kisah bersuamikan orang tua, asalkan orang itu kaya dan dapat menjamin keperluan kewangan mereka.

Dua kes ini menunjukkan fokus pemikiran penuntut universiti kita sudah terarah kepada mencari dan menjamin kepentingan kebendaan. Soal moral dan nilai positif masyarakat nampaknya sudah tiada dalam perkiraan mereka.

Itu belum lagi kita sebut soal adab sopan dalam tuturkata dan perlakuan mereka, terutama di khalayak awam. Tidak ada rasa hormat terhadap orang tua, bercakap lucah dan kotor. Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian macam orang tidak bertamadun dan berbagai lagi perlakuan memualkan.

Lebih teruk lagi, mereka bukan sahaja biadab terhadap sesama manusia, malah tidak kesah untuk berlaku biadab terhadap suruhan dan larangan Tuhan. Apatah lagi mereka membesar dalam suasana sekalian pembesar dan orang terhormat dalam masyarakat bercakap mempertikaikan kewibawaan hukum Tuhan. Segenap saluran media massa pula memberikan gambaran positif terhadap kenyataan dan pendirian sedemikian.

Sebagai kelompok yang banyak membuat keputusan dalam hidup berpandukan perkiraan logik akal, golongan remaja ini terdorong berfikir lebih jauh. Terlintas di fikiran mereka, jika para pemimpin yang berkuasa mengatakan hukum Islam yang datang dari Tuhan itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, bermakna Tuhan yang menciptakan hukum itu juga tidak sesuai disembah dan diagungkan.

Lebih meyakinkan lagi mereka ini apabila kenyataan para pemimpin yang kurang asas ilmu agama itu diperakui atau tidak langsung dibantah oleh sebilangan para ulama dan mereka yang dikenali sebagai cendikiawan Islam.

Lalu mereka ini membesar dan membentuk kematangan hidup dalam suasana tidak ada keyakinan terhadap hukum dan peraturan Tuhan. Apabila keagungan hukum suci itu pun sudah tidak dipahat di hati, maka apatah lagi hukum dan undang-undang ciptaan manusia?

Logiknya, jika hukum Tuhan pun mereka tidak rasa apa-apa untuk permainkan, maka apakah kita boleh harap mereka akan merasa gerun dan takut untuk melanggar hukum dan undang-undang manusia? Akibatnya, mereka tidak akan takut untuk rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng wang syarikat atau pejabat, menipu dalam perniagaan dan berbagai perbuatan tidak bermoral.

Isu ini sebenanya sangat berkait rapat dengan agenda pembinaan generasi masa depan negara. Kita yang telah dewasa kini tidak akan mampu menongkat langit. Kita semakin menua dan dimamah usia. Kanak-kanak dan remaja hari ini lah bakal mengambil alih segala aktiviti penghidupan. Mereka lah yang akan mengisi segenap tahap penggerak masyarakat, bermula daripada pengikut dan pencacai bawahan sehingga ke pemimpin atasan.

Maka apakah dengan keperibadian remaja yang ada kini segala kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi hari ini mampu dikekalkan hingga ke masa depan? Lebih membimbangkan lagi, apakah peribadi-peribadi yang berkemungkinan bakal mengambilalih kepimpinan masyarakat sebegitu dapat kita harapkan untuk menjaga agama di masa depan?

Timbunan kes-kes salah laku sosial, jenayah berat dan keganasan seksual membabitkan remaja yang terhidang di media saban hari kebelakangan sebenarnya mengisyaratkan hakikat amat menakutkan tentang masa depan negara.

Sepertimana digambarkan hasil kajian IPPBM tadi, jika kecenderungan itu dibiarkan berterusan dan peratusan mereka yang terlibat dengan seks bebas di kalangan generasi akan datang kekal melebihi 50 peratus, maka dapat kita congak apa hakikat yang bakal dihadapi negara kita 30 atau 40 tahun nanti.

Tatkala para remaja yang separuh mereka terdiri daripada bekasan penzina ini menjadi warga paling tua dalam masyarakat, dan tabiat buruk mereka turut sama dilalui ibubapa segenap lapisan umur selepas mereka, maka sudah tentu ketika itu kesemua yang bergelar anak atau cucu kepada mereka adalah beribubapa atau berdatuk-nenekkkan manusia yang ada rekod akviti seks luar nikah.

Alangkah malunya muka dan walangnya hati apabila dikatakan pada ketika itu separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah dari keturunan bekas penzina! Mohon dijauhkan Allah dari hakikat itu. Justeru, mengapa tidak kita beri peluang kepada hukum Islam memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan negara dari kemungkinan menakutkan itu?

0 comments |

::..Ramdhan oh Ramadhan..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum

Alhamdulillah..

Setelah sekian lama menghilang kini ku kembali lagi,rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam Eidul Fitri kepada semua umat islam yang merayakanya,almaklum la syawalkan sebulan hehe...

Ramadhan begitu cepat berlalu tanpa kita sedari,em rasanya baru semalam pengumuman mohor besar mengugumkan tarikh mula berpuasa dan sedar tak sedar hari ini mohor mengugumakan tarikh Aidil Fitri,itulah perumpaan yang dapat saya dengan situasi sekarang.Bagi mereka yang menggunakan sepenuhnya bulan ramadhan ini untuk menuai pahala yang mencurah-curah dari Allah sendiri merasakan ramadhan ini terlalu singkat untuk menuai ganjaran yang terlalu melimpah ruah yang tiada pada bulan lain sehinggakan merasakan ramadhan sepatutnya lebih lama lagi,itu dari sudut pandang mereka yang beriman pada Allah.

Bagaimana pula mereka yang membayangkan ramadhan supaya lebih cepat berlalu kerana tidak tahan zahir dan batin diuji oleh hawa nafsu,juga yang melalui ramadha ini seperti hari-hari biasa diamana dosa dilakukan seperti biasa dan maksiat terus menerus tapi puasa tidak makan dan minum pada siang hari dan apabila diteruskan lagi berbuka dengan dimana rokok umpama penganti kurma.Ada yang mengunakan ramadhan ini untuk mengaut keuntungan sebulan yang benilai satu tahun,sedangkan ramdhan ini Allah jadikan untuk kita berlumba-lumba dalam membuat amal kebajikan dan pahala bukan mengaut kekayaan dunia yang bertuhankan wang ringgit.

Sebenarya itulah realiti masyarakat kita sendiri dimana mentaliti kejahilan,keduniaan,wang ringgit itu lebih menjadi keutamaan wahal itulah lah jalan yang membawa kesesatan mereka diakhirat kelak,akah semuanya bulat-bulat kita menyalahkan dan membiar kan golongan ini terus tesesat dalam lungkungan mereka sendiri?

Sebenarnya itulah tugas kita yang mempunyai hati yang ditarbiah ini untuk membawa mereka kembali mereka kembali ke fikrah islam yang telus.Adakah puas hari kita lalui terutamnya pada ramadhan yang lalui dengan melihat golongan itu disekelilingan kita tanpa kita rasa bersalah sedikit pun?kalau ada istifarlah dan periksa iman,amal,dan tarbiah kita ya akhi/ukhti yang mungkin ada masalah apabila tidak merasakan apa-apa apabila melihat dosa dan kemungkaran disekeliling kita.Ingat bahawasanaya masyarakat diluar sangat dahagakan tarbiah jadi inilah peranan ikhwah/akhwat.

Itulah apa yang saya dapat simpulkan sepanjang saya melalui ramadhan yang lalu dengan situasi masyrakat sekarang,bukan hendak mencari salah atau mengkritik tetapi hanya sekadar memberi pandagan dan luahan hati sebagai hamb Allah biasa yang sayangkan umat ku ISLAM..

0 comments |

:::Law Kan Baynana::::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah..uk

Bismillah...

Pertama-tamanya selawat dan jungjugan salam kita kepada baginda Rasulullah SAW,bertuahnya rasanya diri ini menjadi umatNya.Mungkin ini pertama kali saya meyatakan sebegitu pada permulaan tulisan ini mengapa?kerana ini ada kaitan dengan apa yang ingin kongsikan kali ini.

Seperti biasa bila ada sedikit kelapangan fecebook akan mengisinya tapi bukanlah sampai menjadi hamba kepada facebook tapi tidak lebih untuk kepentingan dakwah,dalam masa saya lewati walel-wall tetiba saya terperasan dengan satu post ikwah mengenai "Law Kan Baynana"yang bermaksud (Andai Rasulullah Bersama Kita).Subahanallah tersentak betul hati ini dengan tajuk itu lalu saya membukanya.

Setelah menonton paparan yang beberapa minit itu,cukup untuk betul-betul meningalkan kesan yang dalam dihati ini dengan iringan lagu dan bait-bait kata yang meruntuh jiwa lagi lalu melinanglah air mata ini,sebak yang teramat sangat rasa dihati ini hanya Allah yang tahu.

Ternyata dari video yang beberapa minit itu membuatkan diri ini terfikir dan muhasabah bahawa hati dan jiwa hamba ini begitu rindu pada mu Ya Rasulullah,terbayang betapa malunya diri ini jika Baginda melihat kehidupan harian ini yang bergelumang dengan dosa kealpaan dunia.Andai Mu ada lagi wahai Rasulullah sudah tentu dunia ini akan aman dan damai.Tidak terbayang diri ini andainya tiba-tiba Rasulullah muncul didepan ini,Yallah sensungguhnya diri ini terlalu rindu pada kekasihMu....

Cubalah anda sendiri menonton dan menghayatinya dengan hati,Muhasabahlah wahai umat Muhammad SAW...



0 comments |

:::.Hambamu.:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..

Pada kali ini saya akan berkongsi satu lagu yang menjadi motivasi dan inspirasi dalam masa saya melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini..dengan alunan muzik dan bait-bait liriknya terungkap juga ungkapan semangat dari hati yang agak sugur ini..

Insyallah mungkin ia boleh memberi satu semangat baru kepada anda apabila mendengarnya jika anda menghayati dengan hati..



0 comments |

:::..Revolusi..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...

9Julai 2011 itulah tarikh keramat bagi Negara kita diamana ada satu peristiwa terukir pada tarikh itu dimana baru-baru ini Negara tercinta ini telah digemparkan dengan satu fenomena “Bersih”,dimana ia diadakan bertujuan untuk mengesa pihak berwajib dalam pilihan raya supaya menjalankan system pilihanraya secara telus dan adil.Dalam merungkai fenomena “Bersih” badan-badan NGO bergabung dalam menjayakan bersih.”Bersih” ini Berjaya menarik perhatian banyak pihak terutamanya kerajaan dimana ia dilihat boleh mengugat keamanan Negara diamana “Bersih” ini ingin mengumpul sebanyak 2 juta orang untuk menjalankan demontrasi aman di Kuala Lumpur bagi menghantar memorandam ke Yang Dipertuan Agong di istana Negara.Promosi untuk “Bersih “ ini dilakukan dimedia- media massa dengan mengunakan medium-medium telekomunikasi yang utama seperti facebook,twitter,blogger dan lain-lain lagi untuk menarik seberapa banyak masyarakat menyertai perhimpunan tersebut walaupun mendapat tentangan yang hebat dari pihak kerajaan.

Akhirnya seperti yang dirancangkan direliasasikan pada 9 julai 2011 dimana puluhan ribu orang berkumpul di Kuala Lumpur untuk “Bersih” walaupun pelbagi sekatan dilakukan oleh pihak berkuasa dengan jumlah yang bukanlah seperti yang diharapkan iaitu 2 juta tetapi ia cukup untuk melakar satu sejarah baru untuk Negara.

Ddipendekan cerita hasil daripada pehimpunan “Bersih” ini dapat saya lihat banyak kesan negatif daripada positifnya dimana dapat dilihat banyak berlaku kecederaan dan paling menyedihkan ada juga kematian.Dapat dilihat juga betapa hilangnya rasa hormat dan sifat kemanusian oleh segelintir anggaota penguatkuasa dalam menjalankan tugas meraka.Saya rasa cukup setakat tu untuk saya ulaskan secara ringkasnya kerana kalau dapat dilihat telaha banyak pihak mengulaskan isu ini jadi cukuplah saya menulaskanya secara kasar sahaja dan juga bukan itu sebenarnya objektif utama tulisan kali ini.


Saya Sebenarnya tertarik dengan satu perkataan semasa provokasi dijalankan iaitu “Revolusi”,perhimpunan ini ada pihak yang mendakwa akan berlakunya satu revolusi seperti yang berlakunya di Indonesia dan Mesir.Apa itu Revolusi?


Revolusi bermaksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.Adakah ianya Berjaya,itulah persoalan yang timbul dikalangan komuniti masyrakat.Pada pandagan saya untuk menjalnkn revolusi tu agak jauh lagi kerana adakah kehadiran 2 juta itu yang benar-benar berkualiti,maksud saya disni berkualiti dari segi pentarbiahanya,contoh terbaik kita dapat lihat pada revolusi yang berlaku di mesir baru-baru ini dimana kehadiran jutaan dalam perhimpunana tersebut adalah orang adalah golongan betul-betul mantap dari segi pentarbiahnnya yang betul-betul kerana Allah. Pertarbiahn itu memakan masa yang lama bermula sejak dibawah pimpinan imam hassan al-banna melalui gerakan Ikwanul Muslimin yang hasilnya kita dapat dilihat kini. jd bila dilihat balik keadaan m'sia,em mungkin belum lagi kot sebabnya suasana tarbiah itu belum cukup kuat dan matang lagi dalam jiwa masyrakat.

Ini kerana revolusi yang sebenar bukanlah dimulakan dengan revolusi jalanan dimana terpekik telolong bersorak melaungkan slogan “Revolusi” kerana bagi islam revolusi itu mesti dimulakan dari diri sendiri dahulu dimana sejauh mana revolusi tarbiah ada dalam diri kita mempengaruhi hidup kita sebagai muslim sejati,barulah ia mempengaruhi masyrakat dimana ia dimulakan dengan individu muslim hingalah utaziyatul alam,dimana ketika itu revolusi yang diiginkan akan datang sendirinya insyallah.

Itulah pandagan saya serba sedikit tentang senario yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang,mungkn banyak kekurangan dalam mengutarakan pandagan saya pada kali ini,almaklumlah saya bukanlah seorang ahli politik atau penganalisis politik tapi cukuplah untuk mengutarakan dan berkongsi padagan saya dari sudut pandang yang berbeza,dimana penekanan saya bukanlah politik semata-mata tetapi lebih kepada menekankan betapa perlu dan pentingnya roh dakwah dan tarbiah diserapkan dalam jiwa kehidupan masyarakat kini.

1 comments |

:::Pancaindera:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..

Hari ini saya belajar sesuatu yang berguna daripada sesorang,kerana apa?kerana dia terlalu istimewa melalui pandagan hati saya.

Siapakah orang yang saya maksudkan itu?orang yang saya maksudkan itu adalah seorang pakcik dalam lingkugan umur 40an yang cacat,dimana kedua-dua belah kakinya dipotong dan bergerak dengan hanya mengunakan kedua belah tangannya dengan bantuaun satu papan luncur.


Subahanallah,itulah ungkapan pertama dalam hati saya apabila melihat keadaanya yang serba kekurangan itu,saya bertemu dengn pakcik itu ketika hendak menunaikan solat disurau,dimana pakcik itu sedang membuat kutipan dengan menjual hasil lukisanya dan sedikit minyak wangi.Begitu tersentuh melihatkan keadaan pakcik itu yang serba kekurangan mampu untuk melakukan semua itu,tambah tersentuh lagi apabila melihat ia menunaikan solat dalam keadaannya yang serba kekurang itu mampu untuk melakukan solat berjemaah,bagaimana dengan kita yang sempurna ini?

Dari Abu Hurairah, iaitu Abdur Rahman bin Shakhr r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.”
(Riwayat Muslim)


Melihat keadaan pakcik itu betul-betul memuhasabahkan diri ini dimana setinggi-tinggi rasa syukur dan rendah dirinya pada kesempurnaan yang ada pada saya ni,macam nak menitis je air mata ni bila dilihatkan pada diri yang smpurna ini masih banyak lagi perkara yang belum diselesaikan dengan Allah terutamanya dakwah.Bukan apa diakhirat kelak setiap anggota badan ini akan berbicara tentang apa yang dilakukanya semasa hidup,Yallah sesungguhnya jasad-jasad hamba mu ini telah banyak melakukan kemurkaan..

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
(yassin 36:65-66)

Dari itu marilah kita bersama-sama melihat diri kita kembali,telah lengkap segala kurniaan pancaindera jika nak dibandingkan ada insan-insan lain yang diuji Allah dengan kekurangan pancaindera,tapi ke arah manakah kita gunakanya?adakah untuk pencipta kita ataupun hamba kepada dunia?

Itu soalan yang akan saya tinggalkan untuk anda fikir-fikirkan dengan hati bagi memuhasabahkan diri yang sering terlupa dan alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan pada kita.

0 comments |

:::Kembali Ke Sekolah:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Tersebutla kisah...(hehe,macam puisi je J)

Petang tadi bila lihat sahaja kanak-kanak pulang dari sekolah teringat pula adik-adik kat SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang,tapi kenapa adik-adik dari sekolah tu ?

Begini kisahnya,sebenarnya 2 minggu lepas saya kawan terpilih untuk menjadi fasilitator untuk Kem Remaja Perkasa sekolah tersebut untuk pelajar tingkatan dua selama dua hari satu malam,pada mulanya saya bukanlah fasilitator yang dicari tetapi terdapat beberapa masalah peribadi kawan saya,jadi terpaksalah saya menjadi bidan terjun untuk program ini walaupun ketika itu saya terlibat sama dengan sukarelawan KSSU,tapi memikirkan dakwah itu yang utama saya perlu pergi,dimana inilah peluang saya untuk meluaskan lingkungan dakwah untuk peringkat adik-adik pula.

Sebelum pergi saya difahamkan program ini adalah untuk adik-adik yang istimewa,maksud istimewa saya disini bukanlah kurang upaya tetapi istimewa daripada sikap dan tingkah laku mereka kerana mereka ini terpilih atas sebab masalah disiplin sekolah seperti merokok,ponteng,gaduh,peras ugut,buli,hidu gam dan yang paling tak disangka sekali ialah kes rogol.Nauzubillah apabila mendegar masalah yang mereka hadapi dan ini juga adalah cabar yang pertama kali saya lalui berhadapan dengan mereka yang bermasalah sebegini.

Sedang dalam perjalanan,jauh dilubuk hati ini berdoa agar Allah permudahkan segala urusan dan memperbetulkan niat ke sana.Apabiala sampai,dapat dilihat wajah-wajah kecerian adik-adik yang menyertai program itu bersiap untuk program dan yang menariknya mereka tidur didalam kemah,suatu pengalaman yang mungkin mereka mungkin tak dapat lupakan agaknya J

Dipendekan cerita kami dan dua orang lagi fasi muslimat daripada UKM dberikan taklimat ringkas oleh seorang guru yang terlibat tentang apa yang perlu kami lakukan sepanjang program ini ,kami diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil Abang Pian.

Progaram bermula selepas isyak diman sesi ini lebih kepada member kesedaran dengan menyentuh hati adik-adik ini,peranan ini diambil oleh Abang Pian,terus tering pengisian yang diberikan cukup mantap sehinggakan diri ni umpama peserta.Tugas kami bermula selepas itu hehe,pada mulanya saya ingin mengunakan teknik mendekati mereka ini dengan lembut dan kasih sayang tetapi itu bukanlah cara yang terbaik untuk mereka kerana saya difahamkan oleh guru-guru disini mereka ini agak agresif,hyperaktif dan hardcore jadi terpaksa menggunakan pendekatan yang sesuai dengan meraka tegas dan agresif walaupun itulah bukanlah sikap saya yang sebenar.

Setelah sehari setengah bersama adik-adik ini tersentuh hati saya melihat keadaan hidup dan diri mereka diamana ada yang tidak tahu mengaji,tidak tahu sembahyang,kurang Berjaya dalam pelajaran dan palig menyedihkan kebanyakan mereka hadir daripada keluarga yang bermasalah dan dan mereka yang muda ini jadi mangsa keadaan.Bila saya cuba dekat dan menyentuh hati mereka,rata-ratanaya jauh dari lubuk hati mere semua ingin berubah jadi seorang yang baik dan Berjaya tetapi sejauh mana kita disekeliling mereka ini boleh merealisasikan impian dan harapan mereka ini?

Bagi saya inilah yang dikatakan pentingnya sistem tarbiah dalam sesbuah masyarakat,kerana tarbiah itu dibentuk daripada individu hingalah ke seluruh alam diamana individu muslim yang terbentuk dari sistem tarbiah akan pula membentuk baitulmuslim dan seterusnya yang secara tak langsung melahirkan generasi-genarasi unggul dan mungkin masalah yang dihadapi oleh adik-adik tadi tidak timbul.Dari sudut lain pula dapatlah dilihat bahawa betaapa lemahnya sistem tarbiah dalam masyarakat muslim sekarang,jadi rupa-rupanya masih besar lagi tanggungjawab kita yang begelar Dai’e ini dimana hanya dengan dakwah dan tarbiah sahaja dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.

Sebelum melangkah pulang pada sesi terakhir dengan adik-adik ini semapat say menyampaikan kata-kata nasihat dan perangsang untuk mereka Berjaya dalam hidup mereka dalam apa juga bidang yang diceburi,saya ingatkan mereka juga kejayaan dalam pelajaran bukanlah segala-galanya tetapi kejayaan yang sebenar adalah menjadi seorang hamba yang taat dan patuh pada segala perintah Allah dimana syurga itulah kejayaan manusia yang sebenarya.

Dengan rasa sayu kami pulang diringi dengan doa pada Allah agar dibukakan pintu hati mereka adik-adik ini untuk menerima hidayahMu agar mereka inilah pejuang-pejuang agama yang bakal lahir insyallah.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).

(28:56)


Itulah yang dikatakan pengalaman yang belum tentu saya dapat dimana-mana kalau tidak disekolah tersebut,terima kasih Allah dan Alhamdulillah kerana memilih hambaMu yang serba kekurangan ini untuk belajar lagi tentang erti sebuah kehidupan daripada adik-adik SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang

0 comments |

:::..Neraka..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Disuatu petang yang redup sayup,dalam masa saya melangkah berjalan menuju ke surau untuk solat maghrib tiba-tiba pandangan mata ini beralih disudut pandagan langit yang luas terbentang,subahanallah indahnya ciptaan Mu menciptakan senja sebegini,dalam masa mata masih dipaku melihat keindahan langit,tiba-tiba jauh dari lubuk hati ini menafsir sesuatu yang agak berbeza dengan pandagan,dimana jauh dari lubuk hati ini memikirkan dahsyatnya keadaan didalam neraka,mengapa ye?mungkin sebab melihatkan keoren-orenan awan pada wajah langit umpama api,terus hati itu beristighfar sehinggakan berdegup kencang dan meremang bulu roma ini apabila memikirkanya suasana keadaan Api neraka itu.

Apabila difikirkan balik tentang itu termuhasabah la juga balik diri ini,agak-agaknya macam mana ye keadaan api neraka itu ye?

Jika kita boleh melihat sendiri keadaan api neraka itu,pasti kita akan berasa insaf dan tidak lagi melakukan perkara yang boleh mendekatkan kita kepadanya.Walaupun sudah ditunjukkan imej matahari yang diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescopepada jarak dekat iaitu 5000 km dari matahari.Kita tidak dapat membayangkan bagaimana pula keadaan api neraka kelak.Wahai teman-temanku insaflah selagi kita diberi masa untuk bertaubat.Jauhilah perkara-perkara terlarang.

" Wahai orang-orang yang beriman. Jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu. Sedangkan penjaganya itu adalah para malaikat yang gagah lagi bengis. mereka tu tidak menderhakai Alah, mereka itu melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya".

At-Tahrim ayat 6

Neraka merupakan api yang sangat panas, berjuta kali ganda panasnya berbanding dengan api didunia ini. Sekiranya jatuh serpihan api neraka walaupun sebesar zarah maka hancurlah dunia ini.Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Dinyalakan neraka itu seribu tahun bewarna merah, seribu tahun bewarna putih dan kadang-kadang bewarna hitam putih. Seribu tahun bewarna hitam".

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Salman Al Farisi berkata:

" Apabila neraka itu bewarna hitam, maka hitamnya itu lebih hitam daripada malam yang gelap gelita. Tiap-tiap warna api neraka itu sama sahaja panasnya".

Hadis riwayat Muslim dari Ibnu Mas'ud ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Andai kata sedikit sahaja jatuh di dunia, nescaya mendidih air di laut kerana bahang kepanasannya".

Api neraka kadang-kadang menjadi dingin apabila tiba musim dingin. Dinginnya neraka lebih dingin daripada sesuatu yang paling dingin di dunia ini sehingga berguguran daging-daging dari tubuh manusia.

Rasulullah saw pernah bersabda:

"Neraka itu pernah mengadu kepada Tuhan-Nya dengan berkata yang bermaksud ='Hai, Tuhanku. Aku telah memakan satu-persatu dan Allah telah mengizinkan aku mempunyai dua nafas, satu pada musim dingin dan satu lagi nafas pada musim panas. Kalau panas,maka panasnya adalah jauh lebih panas berbanding di dunia. Jika ia dingin, maka dinginnya itu adalah jauh lebih dingin daripada ' zamharir'

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi, namun ada yang mengatakan hadis ini daif. Sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:

" Adapun neraka itu gelap gelita, tidak ada lampu untuk meneranginya kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit. Tiap-tiap bukit itu mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya".

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa ia terdiri daripada tujuh pintu. Ini bererti tujuh tingkat. Oleh kerana tiap-tiap tingkat itu mempunyai satu pintu, maka setiap tingkat mempunyai satu pintu menurut dalam Al-Quran dan hadis iaitu: Neraka jahannam, Luzza, Hathamah, Sair, Sayu,Jahim dan Hawiyah.

Semoga kita terhindar daripada bahang panasnya azab Api neraka itu,sesungguhnya hanya amalan yang baik dan belas ihsan dari Allah sahaja mampu menyelamatakan kita dari bahang kepanasan itu.wallahua’lam.

0 comments |

:::..Inilah Kehidupan..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..

Itulah ungkapan pertama yang hendak diucapkan kerana berlimpah-limpah ruah nikmat yang Allah berikan kepada kita tetapi kadang-kadang mungkin kita terlupa untuk mengucapkanya.

Rasanya lebih sebulan saya mendiamkan diri dari penulisan ini,fuhh..tempoh yang agak lama juga ye...

Sebenarnya bukanlah segaja untuk mendiamkan diri seribu bahasa tetapi dek terhimpit dengan arus perjalanan hidup ini yang tak menentu,itu bukanlah alasan tetapi itulah realiti yang saya lalui.Dalam tempoh itu bermacam-macam benda terjadi pada diri ini baik dari segi rohani dan jasmani,kalau hendak dicoretkandisini boleh jadi filem agaknya :) itulah realiti hidup sebagai seorang hamba dan Dai'e

Kerana apa saya berkata begitu,Selagi mana kita bergelar hamba selagi itulahkita selayaknya diuji danselagi mana juga kita bergelar seorang Dai'e jagan mengharap jalan yang rata tampa onak duri ditabur utuk menguji sejauh mana perhambaan kita pada Allah,Tuhan sekalian alam.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

(2:155)

Kadang-kadang terasa lemah longlai untuk melalui sehinggakan hampir tersungkur dibuatnya,akan tetapi wajarkah semua persoalan itu terkeluar dari mulut seorang hamba yang hina ini,sedangkan itu hanyalah sedikit ujian jika nak dibandingkan dengan Rasulullah dan sahabat terdahulu,amat lah jauh lagi agaknya bagai langit dan bumi,kita mengimpikan lamabaian syurga yang mahal tapi sejauh mana usaha kita,termuhasah diri ini apabila memikirkan itu ditambah pula dengan firman Allah;

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

(2:214)

Perhh,umpama satu tamparan je ayat itu untuk diri ini,bajet jaga amal,ikut usrah dan buat usrah sudah lengkap ke tiket syurga kita? kerana selagi mana dakwah kita mudah tanpa sebarang masalah dan senang hati-hati mungkin itu adalah masalah untuk kita kerana mungkin kita diuji dengan kesenangan melakukan dakwah atau ada sesuatu yang tidak kena dengan dakwah kita.Ingatlah Syurga itu mahal!!

Dari itu sama-samalah kita periksa dan terus periksa diri ini,selagi mana kita hidup selagi itulah kita akan terus diuji,hendakkan pula kita adalah seorang Dai'e,jagan mudah senang degan kesenangan dan jagan mudah sedih dengan kesusahan hakikatnya semua itu datangnya dari Allah Dia tahu apa yang terbaik untuk hidup kita.

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...