Apakah Allah terima taubatku?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua umat islam seluruh dunia,semoga ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua insyallah,mungkin apa yang hendak dicoretkan kali ini tiada kena-mengena degan ramadan tetapi insyallah sesuai untuk kite renungkan bersama dan hayatinya untuk muhasabah diri kita semua dibulan yang mulia ini insyallah..

KAMU LAKUKAN DOSA KERANA KEJAHILAN, LALU SEGERA BERTAUBAT...

Firman Allah swt, maksudnya : " Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Nisa' 4:17)


KAMU LAKUKAN DOSA TETAPI KEMUDIAN KAMU INSAF DAN BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI....

Firman Allah, maksudnya: Dan mana-mana dua orang diantara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmat-Nya." (Surah al-Nisa 4:16)


DIA MEMAAFKAN KESALAHAN YANG KAMU LAKUKAN.

Firman Allah, maksudnya : "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Syura 42: 25)


DIA MEMAAFKAN KESALAHAN SIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA.

Firman Allah, maksudnya: " Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat irang yang dikehendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Tawbah 9:15)

sesungguhnya setiap masa dan ketika kita sebagai manusia yang berstatuskan hamba ini sering kali melakukan kesilapan dengan kita sedari atau tidak kita sedari,dan daripada itu jugalah kita hendaklah sering bertaubat setiap masa dan ketika kerana masa kita untuk dijemput allah swt tidak kita ketahui dan jagan bila nyawa dihujung nafas baru hendak betaubat kerana ketika itu semua kesempatan kita sudah berakhir.

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...