...:::Konvoi Pembebasan Palestine 2011 (Memperigati Hari Nakabah):::...

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah…

Bismillahirahmanirahim..

Bersemangat! Itu lah luahan hati yang dapat diekpresikan saya dan rakan-rakan sepanjang program ‘Konvoi Pembebasan kepada Allah kerana menjadi salah seorang peserta pada hari itu.

Semangat dan keterujaan jelas terpapar di wajah kira-kira 500 peserta yang berkumpul untuk memulakan perjalanan. Ada antara mereka yang tiba di Masjid Wilayah seawal jam 3.30 pagi!

Konvoi sempena memperingati malapetaka ‘Hari Nakbah’ iaitu tarikh penubuhan negara haram Israel pada 15 Mei 1948 dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat akan ketidakabsahan Israel di peta dunia.

Penganjur, Aqsa Syarif Berhad dan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang telah mewara-warakan program melalui media terutamanya media baru seperti facebook dan emel berjaya menarik penyertaan orang ramai termasuk yang bukan Islam.

Program tersebut bahkan disertai oleh warganegara Palestin sendiri apabila 15 belia Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tiba sebaik sahaja majlis dirasmikan. Selain itu, Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) turut mengambil bahagian menerusi wakilnya, Muhammad Makram.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut. Katanya, inisiatif seperti ini penting bagi menyedarkan rakyat, seterusnya meraih sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan bumi yang penuh berkat iaitu Masjid al-Aqsa dan tanah di sekitarnya

Sebelum itu, Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberitahu, program konvoi yang diadakan itu diketahui oleh kerajaan Hamas di Gaza kerana mantan Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanudin Mohd Yunus berjaya menghubungi Perdana Menteri Ismail Haniyeh secara langsung menerusi telefon dan menceritakan apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Tambah menarik, dua buah kelab bermotosikal, Kelab Skuter Malaysia dan Kelab Bumi Bikers and Adventure turut mengambil bahagian. Kedua-dua anggota kelab ini yang berjumlah 45 orang dilantik sebagai ‘marshall’ untuk mengawal kelancaran perjalanan konvoi.

Sebanyak 75 buah kereta yang didaftarkan pagi itu dibahagikan kepada dua kumpulan, satu diiringi oleh kumpulan skuter, manakala satu lagi oleh kumpulan ‘superbikes’. Kedua-dua kumpulan ini mengikut jalan yang berasingan sebelum berkumpul semula di MSAAS Shah Alam.

Antara destinasi persinggahan kami masing-masing adalah KLCC, Masjid Bukit Indah Ampang, Hentian Rehat Awan Besar (lebuh raya KESAS), Taman Tasik Shah Alam, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Stesen Keretapi KL Sentral dan Masjid Bukit Damansara.

Di setiap persinggahan, kami telah mengedarkan risalah yang yang menerangkan isu Palestin kepada orang ramai.Sambutan yang diberikan oleh masyarakat, termasuk warga asing juga memberangsangkan.

Pada sebelah malam, Malam Pembebasan Palestin 2011 (MPP2011) diadakan di dewan MSAAS. Dr Hafidzi sekali lagi tampil menyampaikan pidato khas Nakbah Palestin dengan penuh semangat.

Kehangatan malam terus dibakar dengan kehadiran Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk A Samad Said yang melontarkan bait-bait puisinya, ‘Bumi Tengkorak’ dan ‘Anak-anak Palestina’ sebagai menelanjangkan kekejaman Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Persembahan puisi oleh Bob dan Santhira Morgan, persembahan lagu penuh mesej lagi bertenaga daripada Muadz & Friends serta persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph turut membantu menghidupkan MPP2011.

Lebih penting lagi, ia berjaya menyampaikan mesej ‘Nakbah’ kepada penonton sambil mengajak mereka menjadi ‘jurucakap’ perjuangan umat Palestin yang terus rindukan kedamaian.

Namun, bak kata Dr Hafidzi, sinar kemenangan di Palestin sudah mula memancar dan disini iaitu masjid Shah Alam bukan perngakhiran tetapi hanya persinggahan kerana destinasi perjalanan sebenar ialah di masjid Al Aqsar sendiri insyallah

Takbir

ALLAHUAKBAR…

ALLAHUAKBAR…

ALLAHUAKBAR…

0 comments |

...:::Usaha+Doa+Tawakkal = Exam:::...

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Bismillahirahmanirahim..
Alahamdulillah...

Dalam kesibukan menyelusuri minggu-minggu fainal exam ini,Alahamdulillah Allah masih memberikan kesempatan buat saya untuk menulis di laman sesawang ini.Memang tidak dinafikan minggu exam ini adalah minggu yang paling sibuk bagi insan yang bergelar pelajar dengan studynya.Boleh dikatakan keadaan di hostel ini agak lengang daripada biasa,em mungkin masing-masing sedang fokus dengan studynya.Tak kurang pula ada yang berkemas-kemas barang untuk balik kampung,almaklumlah nak cuti sesmester.

Satu perkara menarik disini yang saya dapat perhatikan ialah suasana di surau yang pada kebiasaanya agak lengang tetapi senario itu berubah sejak bermulanya exam,peratus kedatangan jemaah nampak meningkat,Alhamdulillah ini merupakan suatu suasana yang amat baik dimana mungkin Allah telah membuka hati mereka-mereka ini untuk datang berjemaah disurau,dan saya berdoa agar mereka-mereka ini akan terus datang berjemaah disurau dan bertambah ramai lagi yang akan datang apabila bukan hari exam nanti insyallah.


Berbalik kepada cerita tentang exam tadi mungkin ramai yang pernah mendegar pepatah seperti

“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”

.=) Usahalah sedaya mungkin, berjuanglah semampu mungkin, keluarkanlah segala keringat untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya disebalik segala usaha, terselit ‘sebab’ dan ‘alasan’ untuk Allah kurniakan kejayaan kepada kita. Percayalah, Dia Maha adil dalam memberikan satu keputusan. Lagipun, janjiNya adalah untuk mengubah nasib sesuatu kaum setelah kaum itu mengubah diri mereka sendiri…betul tak? Check balik, surah ar-Ra’du (13:11). Tanpa usaha, syaria’tullah tak dapat dibantu dengan sunnantullah.

Syaria’tullah ialah Dis penentu kejayaan, tapi Sunnatullahnya-usaha!
Bercerita tentang syariatullah dan sunnatullah, ada satu analogi mudah. Dua orang pekebun, seorang cina kafir bernama Tommy ( pekebun nama Tommy???=p ) dan seorang lagi muslim bernama Jalaludin ( tiada kene mengena yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia ye? hehe..) Kedua-duanya menanam kubis bunga. Si Jalaludin turun ke kebunnya jam 10 pagi selepas selesai solat dhuha, siram-siram sikit apa yang patut, kemudian berehat semula manakala si Tommy turun jam 7 pagi, menggembur tanah, menyiram tanaman, membubuh baja, mengawal racun dan mengawas dari binatang ternak yang menceroboh. Jam 5 petang baru dia pulang ke rumah untuk merehatkan badan. Berikut merupakan dua soalan cepumas :

Syariatullahnya, siapa yang meng’hidup’kan kubis bunga tersebut?

Sunnatullahnya, apa yang menyebabkan kubis bunga dapat tumbuh subur, segar dan sihat?

Jawapannya…. jeng3. Jap lagi kita jawab.=)

“InsyaAllah Jalaludin akan mendapat hasil pulangan yang mewah dari tanamannya. Dia kan muslim? Dia kan menjaga solatnya? Siap solat dhuha lagi. Sudah pasti DOA dia lebih dikabulkan berbanding Tommy. Lagipun Tommy mane pernah berdoa???”

Agak-agak siapakah yang akan mendapat habuan yang lebih? Dalam erti kata lain, kubis bunga siapakah yang lebih bermutu, yang memberikan pulangan yang lebih lumayan? Tepuk dada tanya Tommy. Saya yakin Tommy akan lebih berjaya dalam perusahaan kubis bunganya. Bagaimanakah nasib Jalaludin? Dia seorang muslim, dia lebih dekat dengan Allah?

Alhamdulillah amat bagus bagi Jalaludin untuk menghadapi Pre Exam Syndrome ( mungkin lebih sesuai dalam kisah ini sebagai “Pre Menuai Syndrome” iaitu mendekatkan diri pada Allah mengharapkan pertolonganNya.=p) tetapi “Syndrome” ini sahaja tidak akan mampu menolongnya untuk mencapai kejayaan jika tidak disertakan dengan usaha yang betul dan bersungguh-sungguh.

Ya, kita dah berusaha, berdoa dan tawakkal. Namun adakah betul dan bersungguh-sungguh cara kita berusaha? Berbalik cerita kubis bunga, solat dhuha semua dijaga, tetapi tak dibaja, disiram, ‘hukum Science’ (sunnatullah) untuk kubis bunga itu hidup tak dijaga, tak disempurnakan. Bagaimana kita mahu mengharapkan sesuatu dari Allah tanpa kita berbuat sesuatu itu dengan betul? Kita berada di kutub utara dan mahu memanaskan badan, berdoa kepada Allah untuk dipanaskan suhu badan kita, tetapi tidak memakai baju. ‘Magic’ apakah yang kita harapkan dari Allah? Islam itu bukan silap mata.

Kemudian dengan selambanya kita menyalahkan Allah dan berputus asa dengan takdirnya.

“Kenapalah aku ni asyik fail je, apelah dosa aku…

“Mamat tu punyela ‘lagho’ pon boleh lulus, aku yang ‘biasa-biasa’ ni tak lulus…

“Sia-sia aku usaha, bukan berjaya pun…

“Penat aku bangun tahajud, solat hajat banyak-banyak, last-last orang yang tak semayang jugak yang dapat highest mark. Malaslah alim-alim lagi lepas ni. Exam ke tak exam ke lepas ni aku nak buat biasa-biasa je… rugi je Pre Exam Syndrome, result sama gak. Arghh…!!!

“Hadoi…apelah nasib aku ni. Takpelah, maybe memang bukan rezeki aku kot, Allah nak kifarah dosa aku kot..

Usaha kita tidak seberapa tetapi sudah kita sandarkan pada Allah. Manusia, hanya tahu meminta, jika tidak dipenuhi, dikesali.

Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….

Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….

Ya Allah, aku memohon ampun…

Alhamdulillah exam sudah berlalu cuma tinggal satu paper lagi untuk diharungi, namun usaha akan terus kuperbaharu. Usaha yang benar, dan bersungguh-sungguh… Dan setelah itu kepada Kaulah aku mengharapkan pertolongan, perlindungan, kebahagiaan, keselamatan.

“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, wa la haula wa la quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘azhim”

“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”


0 comments |

..:::Kini,Dahulu & Ibrahnya:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Bismillahairahmanirahim..
Alhamdulillah..

Setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah yang memberi rahmat yang tidak terkira nilainya dalam kehidupan ini.Setiap masa dan waktu nikmat Allah kepada kita tidak henti-henti cuma bergantung kepada kita kembali sama ada kita merasainya dan mensyukurinya nikmatnya atau pun tidak.Inilah sedikit kunci musabah pembuka tulisan saya kali ini,harap sama-sama dapat muhasabah diri yang sering lalai ini.

Alhamdulillah pada kali ini saya bersama teman-teman yang lain berkesempatan juga untuk pergi menjegah seketika ke PWTC dimana berlangsung Pesta Buku Antarabangsa kuala lumpur 2011 walaupun dah nak exam hehe..


Ekpresi pertama apabila sampai di tempat pesta,Subahanallah begitu ramai himpunan manusia segenap lapisan usia dan kaum datang untuk memeriahkanya,dalam hati terdetik Alhamdulillah rupa-rupanya ramai juga lagi masyarakat yang masih peka terhadap budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan.

Setibanya disana,suatu pekara yang tidak dijangkakan berlaku diamana kami sempat berjumpa dengan seorang tokoh agama yang amat saya kagumi iaitu Ustaz Dr Asri,sempat juga lagi bertaya kabar,bersalam-salaman dan peluang sebegitu tidak lengkap kalau tidak bergambar bersama hehe..

Perjalanan diteruskan ke sekitar tapak pameran,mata ini rambang sekali melihat lambakan pelbagai jenis buku dijual dibooth yang terlibat,memandangkan sumber ekonomi saya yang tidak mengizinkan,jadi saya hanya melihat saja teman-teman yang lain memilih dan membeli buku :( ,akan tetapi walaupun saya tidak membeli buku tetapi saya tetap boleh membacanya dengan meminjam daripada mereka yang membeli ,bukankah ilmu itu akan mendapat berkat kalu ia dikongsikan bersama hehe :)

Satu perkara yang menarik dapat saya perhatikan dalam suasana pameran itu ialah dimana buku-buku berunsur keagamaan begitu mendapat perhatian pengunjung,ini merupakan satu perkembangan yang baik dimana orang ramai sudah mula untuk medalami dan mencari ilmu agama walaupun dapat dilahat cara sesetengah pengunjung yang datang untuk membeli buku agama itu berpakai agak kurang menyenangkan,tetapi saya berharap supaya Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka ini insyallah..

Dalam masa penat berjalan saya mengambil masa untuk duduk berehat seketika,tiba-tiba saya terfikir sejenak situasi yang berlaku sekarang sama dengan situasi yang berlaku ketika zaman kegemilangan Abbasiyah kenapa saya berkata begitu?mari kita mengungkapi sedikit tentang sejarah ketamadunan Abbasiyah dan kita akan dapat jawapan dari pada persoalan saya tadi insyallah.


Perubahan yang dibawa oleh tamadun Islam dalam Era Abbasiyyah. Menekankan kesan tamadun Islam kepada dunia daripada aspek ilmu pengetahuan, sosial, politik dan ekonomi. Islam menjadi Ustaziyatul ‘Alam, dunia menjadikan Islam sebagai sumber rujukan.Era ini bermula pada 750 hingga 1265 Masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman KejatuhanKerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika:
Khalifah Harun Ar-Rasyid: Beliau menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China.
Khalifah Al-Makmun: Terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi.


Pada zaman pemerintahana Khalifah Al-Makmun yang bermula pada tahun 813 hingga 833 Masihi bermulanya perluasan ilmu pengetahuan dan pengembangan teknologi dengan tertubuhnya Institusi penterjemahan dan pengumpulan yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah,sistem pendidikan pula diwujudkan dengan terancang.Pengembagan ilmu pengetahuan yang melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang diniyah Imam Syafie dan Imam Ahmad ,hadith Imam Bukhari,Imam Muslim dan Imam Turmizi ,sains dan falsafah pula seperti Khawarizmi, Ibnu Sina dan Al Farabi.Dengan begitu pesatnya sistem pendidikan ketika itu lahilah sebuah universiti pertama ialah Universiti Cordoba 968 M dan Universiti Al-Azhar 988 M.




Mengapa tamadun yang segah ini boleh jatuh? Faktor utama kejatuhan Baghdad adalah hilangnya semangat jihad dan umat Islam sudah leka dengan ilmu. Banyak perbincangan ilmu yang tidak mendatangkan faedah seperti soal darah nyamuk ketika solat, persoalan ilmu kalam dan falsafah. Khalifah pula sibuk dengan urusan kekayaan dan hiburan di dalam Istana, hilang sudah peranannya sebagai pelindung ummah dan penegak kebenaran.

Apa kaitanya dengan kita sekarang?bagi pandagan saya,jika hendak dibandingkan dengan zaman abbasiyah lebih kurang sama sahaja kehidupan kita sekarang dimana sekarang perluasan ilmu pengetahuan dan teknologi begitu pesat berkembang dan membangun dalam pelbagai bidang umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan,berpuluh-puluh ribu buku kita dapat diterbitkan setiap tahun,sistem pendidikan yang meliputi semua peringkat,melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang hebat seperti dato' A Samad said,Tun Dr Mahathir,pemikir cilik yang hebat adik Adi Putra dimana baru-baru ini melancarkan buku Matematik Islam yang dikarangnya sendiri dan ramai lagi tokoh dalam pendidikan tinggi pula sepertimana yang kita sedia maklum dinegara ini mempunyai berpuluh-puluh Universiti kerajaan dan swasta ditubuhkan.

Jadi bagi saya melihat perkara diatas,sebenarnya situasi negara kita ini sama dengan tamadun Abbasiyah cuma dibezakan dengan beberapa perkara sahaja seperti sistem pemerintahan ditahap Ustaziyatul ‘Alam.Apa yang cuba saya ingin sampaikan disini ialah kita ambilah pengajaran daripada mengapa jatuhnya tamadun Abbasiyah yang begitu utuh jika hendak dibandingkan dengan kita yang umpama dahan reput yang menanti patah hanya kerana perkara yang saya sebutkan tadi.

Ingatlah sejarah sememangnya berlalu tetapi ia akan berulang,dan kita semua adalah sebahagian daripada sejarah.

0 comments |

..:::Salah Faham Tentang Usrah:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah...


Rasanya agak lama diri ini menyepi dari penulisan blog ini,yaAllah hanya mu yang tahu betapa rindunya diri ini dengan tulisan-tulisan dakwah mu ini,terasa berdosa pula diri ini dengan ilmu yang tidak disampaikan,moga-moga Allah mengampunkan segala dosa hamba mu yang sering alpa dan lalai dengan tanggunjawab dunia,semoga diri ini diberi kekuatan untuk terus berada dijalan dakwah Mu ini.


Rasanya agak janggal pula untuk mengarang bait-bait kata tulisan,tp insyallah saya akan cuba sampaikan dengan sebaik dan sejelas yang mungkin untuk pemahaman semua.Mungkin ayat seperti ini sudah biasa anda baca pada tulisan-tulisan saya yang lepas apabila lama menghilang dan kembali semula menulis, hehe :) (memang dah menjadi track mark kot bila lama menghilang)


Untuk kali ini saya ingin berkonsi sedikit pengalaman tentang satu post dari i luveislam.com tentang satu artikel kepentingan usrah di Facebook,Alhamdulillah banyak mendapat komen dan perhatian daripada pelawat laman sesawang itu.Ini menunjukan bahawa betapa ramai lagi diluar sana mempunyai dan mengiginkan tarbiah,insyallah dengan adanya inisiatif seperti itu bertambah ramai lagi orang diluar sana inginkan usrah dan tarbiah.



Dalam membaca beberapa komen saya tertarik dengan satu komen dari seorang hamba Allah ini tentang pandaganya tetang usrah,antaranya seperti berikut ;


HA: tak dapat ape dengan usrah sekarang

HA:time belaja je usrah..pastu dah abes belaja tak jadi ape

HA:ada lagi baik dari usrah

HA:admin..ade tak cara nak betolkan iman dan tingkatkan iman yg lagi bek dari usrah?

saya:tiada apa yang lagi baik melainkan apa yang Rasulullah lakukan,dalam usrah kita subur tarbiah sepertimana yang ditanamkan dalm jiwa para sahabat,pentarbiahan itu sebenarya ada dalam usrah andai kita mengikuti sepertimana cara R...asulullah lakukan,harus dingat juga usrah adalah medium utama dalam mencetus pergerakan dakwah..Belajarlah dari sejarah,krn kita akan tahu knp dan mengapa kita melakukan ini semua..

HA:jangan lah duduk dalam kepompong usrah anda sahaje..ade lagi yg baik..ade lagi yg baik..ia mirip dengan dakwah cara nabi SAW

saya:kita berhak memilih yang jalan terbaik untuk dakwah,pilihlah apa yang kita rasakan terbaik untuk perkembangan dakwah dan tarbiah islam ketika ini lakukanlah asalkan tidak bertentangan dengan syarak..usrah tidak duduk diam dalam kepompong tetapi sudah menjadi rama-rama yang sedang bergerak membina umah..

HA:usrah bukannye berdakwah

saya:Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan, demikian wasiat (As-Syahid Imam Hasan al-Banna).
Sememangnya, perdebatan kita lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri.Renungkanlah hadis ini "Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak. "Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat." Sahabat bertanya: "Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah bersabda: "Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku." (At-Tirmidzi)

*HA-Hamba Allah :)

Melihatakan daripada komen-komennya itu,saya merasakan mungkin ia pernah mengikuti usrah akan tetapi mungkin separuh jalan ataupun ia daripada gerakan dakwah yang lain,wallahua'lam kalau dia ada sebab tersendiri selain daripada apa yang saya agakan.Dari sini marilah kita ambil pengajaran bukan mengkritik atau menyalahkanya kerana mungkin dia tidak memahami menyeluruh tentang hakikat sebenar tujuan usrah ini,jadi apa tugas kita yang sudah berada dalam lingkungan tarbiah ini?hanya tunggu dan melihat saja ke?tiadak mengambil tahu kerana ia bukan dari ikwah dan akhwat kita?tidak perlulah saya mengusulkan jawapan kepada soalan tadi kerana ia adalah subjektif.Apa yang paling penting disini bagi saya dakwah kita perlulah lebih kuat dan berterusan,juga perlulah terancang dan bersistematik untuk memastikan kelancaran perjalan dakwah ini mendapat tempat dihati semua orang.

wallahua'lam..
wasallam..
:)






1 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...