..:::Kini,Dahulu & Ibrahnya:::..
Author: Cita Pemuda Syahid Labels::Bismillahairahmanirahim..
Alhamdulillah..
Setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah yang memberi rahmat yang tidak terkira nilainya dalam kehidupan ini.Setiap masa dan waktu nikmat Allah kepada kita tidak henti-henti cuma bergantung kepada kita kembali sama ada kita merasainya dan mensyukurinya nikmatnya atau pun tidak.Inilah sedikit kunci musabah pembuka tulisan saya kali ini,harap sama-sama dapat muhasabah diri yang sering lalai ini.
Alhamdulillah pada kali ini saya bersama teman-teman yang lain berkesempatan juga untuk pergi menjegah seketika ke PWTC dimana berlangsung Pesta Buku Antarabangsa kuala lumpur 2011 walaupun dah nak exam hehe..
Ekpresi pertama apabila sampai di tempat pesta,Subahanallah begitu ramai himpunan manusia segenap lapisan usia dan kaum datang untuk memeriahkanya,dalam hati terdetik Alhamdulillah rupa-rupanya ramai juga lagi masyarakat yang masih peka terhadap budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan.
Setibanya disana,suatu pekara yang tidak dijangkakan berlaku diamana kami sempat berjumpa dengan seorang tokoh agama yang amat saya kagumi iaitu Ustaz Dr Asri,sempat juga lagi bertaya kabar,bersalam-salaman dan peluang sebegitu tidak lengkap kalau tidak bergambar bersama hehe..
Perjalanan diteruskan ke sekitar tapak pameran,mata ini rambang sekali melihat lambakan pelbagai jenis buku dijual dibooth yang terlibat,memandangkan sumber ekonomi saya yang tidak mengizinkan,jadi saya hanya melihat saja teman-teman yang lain memilih dan membeli buku :( ,akan tetapi walaupun saya tidak membeli buku tetapi saya tetap boleh membacanya dengan meminjam daripada mereka yang membeli ,bukankah ilmu itu akan mendapat berkat kalu ia dikongsikan bersama hehe :)
Satu perkara yang menarik dapat saya perhatikan dalam suasana pameran itu ialah dimana buku-buku berunsur keagamaan begitu mendapat perhatian pengunjung,ini merupakan satu perkembangan yang baik dimana orang ramai sudah mula untuk medalami dan mencari ilmu agama walaupun dapat dilahat cara sesetengah pengunjung yang datang untuk membeli buku agama itu berpakai agak kurang menyenangkan,tetapi saya berharap supaya Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka ini insyallah..
Dalam masa penat berjalan saya mengambil masa untuk duduk berehat seketika,tiba-tiba saya terfikir sejenak situasi yang berlaku sekarang sama dengan situasi yang berlaku ketika zaman kegemilangan Abbasiyah kenapa saya berkata begitu?mari kita mengungkapi sedikit tentang sejarah ketamadunan Abbasiyah dan kita akan dapat jawapan dari pada persoalan saya tadi insyallah.
Perubahan yang dibawa oleh tamadun Islam dalam Era Abbasiyyah. Menekankan kesan tamadun Islam kepada dunia daripada aspek ilmu pengetahuan, sosial, politik dan ekonomi. Islam menjadi Ustaziyatul ‘Alam, dunia menjadikan Islam sebagai sumber rujukan.Era ini bermula pada 750 hingga 1265 Masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman KejatuhanKerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika:
Khalifah Harun Ar-Rasyid: Beliau menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China.
Khalifah Al-Makmun: Terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi.
Pada zaman pemerintahana Khalifah Al-Makmun yang bermula pada tahun 813 hingga 833 Masihi bermulanya perluasan ilmu pengetahuan dan pengembangan teknologi dengan tertubuhnya Institusi penterjemahan dan pengumpulan yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah,sistem pendidikan pula diwujudkan dengan terancang.Pengembagan ilmu pengetahuan yang melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang diniyah Imam Syafie dan Imam Ahmad ,hadith Imam Bukhari,Imam Muslim dan Imam Turmizi ,sains dan falsafah pula seperti Khawarizmi, Ibnu Sina dan Al Farabi.Dengan begitu pesatnya sistem pendidikan ketika itu lahilah sebuah universiti pertama ialah Universiti Cordoba 968 M dan Universiti Al-Azhar 988 M.
Mengapa tamadun yang segah ini boleh jatuh? Faktor utama kejatuhan Baghdad adalah hilangnya semangat jihad dan umat Islam sudah leka dengan ilmu. Banyak perbincangan ilmu yang tidak mendatangkan faedah seperti soal darah nyamuk ketika solat, persoalan ilmu kalam dan falsafah. Khalifah pula sibuk dengan urusan kekayaan dan hiburan di dalam Istana, hilang sudah peranannya sebagai pelindung ummah dan penegak kebenaran.
Apa kaitanya dengan kita sekarang?bagi pandagan saya,jika hendak dibandingkan dengan zaman abbasiyah lebih kurang sama sahaja kehidupan kita sekarang dimana sekarang perluasan ilmu pengetahuan dan teknologi begitu pesat berkembang dan membangun dalam pelbagai bidang umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan,berpuluh-puluh ribu buku kita dapat diterbitkan setiap tahun,sistem pendidikan yang meliputi semua peringkat,melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang hebat seperti dato' A Samad said,Tun Dr Mahathir,pemikir cilik yang hebat adik Adi Putra dimana baru-baru ini melancarkan buku Matematik Islam yang dikarangnya sendiri dan ramai lagi tokoh dalam pendidikan tinggi pula sepertimana yang kita sedia maklum dinegara ini mempunyai berpuluh-puluh Universiti kerajaan dan swasta ditubuhkan.
Jadi bagi saya melihat perkara diatas,sebenarnya situasi negara kita ini sama dengan tamadun Abbasiyah cuma dibezakan dengan beberapa perkara sahaja seperti sistem pemerintahan ditahap Ustaziyatul ‘Alam.Apa yang cuba saya ingin sampaikan disini ialah kita ambilah pengajaran daripada mengapa jatuhnya tamadun Abbasiyah yang begitu utuh jika hendak dibandingkan dengan kita yang umpama dahan reput yang menanti patah hanya kerana perkara yang saya sebutkan tadi.
Ingatlah sejarah sememangnya berlalu tetapi ia akan berulang,dan kita semua adalah sebahagian daripada sejarah.
0 comments |