...:::Konvoi Pembebasan Palestine 2011 (Memperigati Hari Nakabah):::...

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah…

Bismillahirahmanirahim..

Bersemangat! Itu lah luahan hati yang dapat diekpresikan saya dan rakan-rakan sepanjang program ‘Konvoi Pembebasan kepada Allah kerana menjadi salah seorang peserta pada hari itu.

Semangat dan keterujaan jelas terpapar di wajah kira-kira 500 peserta yang berkumpul untuk memulakan perjalanan. Ada antara mereka yang tiba di Masjid Wilayah seawal jam 3.30 pagi!

Konvoi sempena memperingati malapetaka ‘Hari Nakbah’ iaitu tarikh penubuhan negara haram Israel pada 15 Mei 1948 dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat akan ketidakabsahan Israel di peta dunia.

Penganjur, Aqsa Syarif Berhad dan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang telah mewara-warakan program melalui media terutamanya media baru seperti facebook dan emel berjaya menarik penyertaan orang ramai termasuk yang bukan Islam.

Program tersebut bahkan disertai oleh warganegara Palestin sendiri apabila 15 belia Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tiba sebaik sahaja majlis dirasmikan. Selain itu, Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) turut mengambil bahagian menerusi wakilnya, Muhammad Makram.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut. Katanya, inisiatif seperti ini penting bagi menyedarkan rakyat, seterusnya meraih sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan bumi yang penuh berkat iaitu Masjid al-Aqsa dan tanah di sekitarnya

Sebelum itu, Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberitahu, program konvoi yang diadakan itu diketahui oleh kerajaan Hamas di Gaza kerana mantan Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanudin Mohd Yunus berjaya menghubungi Perdana Menteri Ismail Haniyeh secara langsung menerusi telefon dan menceritakan apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Tambah menarik, dua buah kelab bermotosikal, Kelab Skuter Malaysia dan Kelab Bumi Bikers and Adventure turut mengambil bahagian. Kedua-dua anggota kelab ini yang berjumlah 45 orang dilantik sebagai ‘marshall’ untuk mengawal kelancaran perjalanan konvoi.

Sebanyak 75 buah kereta yang didaftarkan pagi itu dibahagikan kepada dua kumpulan, satu diiringi oleh kumpulan skuter, manakala satu lagi oleh kumpulan ‘superbikes’. Kedua-dua kumpulan ini mengikut jalan yang berasingan sebelum berkumpul semula di MSAAS Shah Alam.

Antara destinasi persinggahan kami masing-masing adalah KLCC, Masjid Bukit Indah Ampang, Hentian Rehat Awan Besar (lebuh raya KESAS), Taman Tasik Shah Alam, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Stesen Keretapi KL Sentral dan Masjid Bukit Damansara.

Di setiap persinggahan, kami telah mengedarkan risalah yang yang menerangkan isu Palestin kepada orang ramai.Sambutan yang diberikan oleh masyarakat, termasuk warga asing juga memberangsangkan.

Pada sebelah malam, Malam Pembebasan Palestin 2011 (MPP2011) diadakan di dewan MSAAS. Dr Hafidzi sekali lagi tampil menyampaikan pidato khas Nakbah Palestin dengan penuh semangat.

Kehangatan malam terus dibakar dengan kehadiran Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk A Samad Said yang melontarkan bait-bait puisinya, ‘Bumi Tengkorak’ dan ‘Anak-anak Palestina’ sebagai menelanjangkan kekejaman Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Persembahan puisi oleh Bob dan Santhira Morgan, persembahan lagu penuh mesej lagi bertenaga daripada Muadz & Friends serta persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph turut membantu menghidupkan MPP2011.

Lebih penting lagi, ia berjaya menyampaikan mesej ‘Nakbah’ kepada penonton sambil mengajak mereka menjadi ‘jurucakap’ perjuangan umat Palestin yang terus rindukan kedamaian.

Namun, bak kata Dr Hafidzi, sinar kemenangan di Palestin sudah mula memancar dan disini iaitu masjid Shah Alam bukan perngakhiran tetapi hanya persinggahan kerana destinasi perjalanan sebenar ialah di masjid Al Aqsar sendiri insyallah

Takbir

ALLAHUAKBAR…

ALLAHUAKBAR…

ALLAHUAKBAR…

0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...