...:::Usaha+Doa+Tawakkal = Exam:::...
Author: Cita Pemuda Syahid Labels::Bismillahirahmanirahim..
Alahamdulillah...
Dalam kesibukan menyelusuri minggu-minggu fainal exam ini,Alahamdulillah Allah masih memberikan kesempatan buat saya untuk menulis di laman sesawang ini.Memang tidak dinafikan minggu exam ini adalah minggu yang paling sibuk bagi insan yang bergelar pelajar dengan studynya.Boleh dikatakan keadaan di hostel ini agak lengang daripada biasa,em mungkin masing-masing sedang fokus dengan studynya.Tak kurang pula ada yang berkemas-kemas barang untuk balik kampung,almaklumlah nak cuti sesmester.
Satu perkara menarik disini yang saya dapat perhatikan ialah suasana di surau yang pada kebiasaanya agak lengang tetapi senario itu berubah sejak bermulanya exam,peratus kedatangan jemaah nampak meningkat,Alhamdulillah ini merupakan suatu suasana yang amat baik dimana mungkin Allah telah membuka hati mereka-mereka ini untuk datang berjemaah disurau,dan saya berdoa agar mereka-mereka ini akan terus datang berjemaah disurau dan bertambah ramai lagi yang akan datang apabila bukan hari exam nanti insyallah.
Berbalik kepada cerita tentang exam tadi mungkin ramai yang pernah mendegar pepatah seperti
“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”
.=) Usahalah sedaya mungkin, berjuanglah semampu mungkin, keluarkanlah segala keringat untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya disebalik segala usaha, terselit ‘sebab’ dan ‘alasan’ untuk Allah kurniakan kejayaan kepada kita. Percayalah, Dia Maha adil dalam memberikan satu keputusan. Lagipun, janjiNya adalah untuk mengubah nasib sesuatu kaum setelah kaum itu mengubah diri mereka sendiri…betul tak? Check balik, surah ar-Ra’du (13:11). Tanpa usaha, syaria’tullah tak dapat dibantu dengan sunnantullah.
Syaria’tullah ialah Dis penentu kejayaan, tapi Sunnatullahnya-usaha!
Bercerita tentang syariatullah dan sunnatullah, ada satu analogi mudah. Dua orang pekebun, seorang cina kafir bernama Tommy ( pekebun nama Tommy???=p ) dan seorang lagi muslim bernama Jalaludin ( tiada kene mengena yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia ye? hehe..) Kedua-duanya menanam kubis bunga. Si Jalaludin turun ke kebunnya jam 10 pagi selepas selesai solat dhuha, siram-siram sikit apa yang patut, kemudian berehat semula manakala si Tommy turun jam 7 pagi, menggembur tanah, menyiram tanaman, membubuh baja, mengawal racun dan mengawas dari binatang ternak yang menceroboh. Jam 5 petang baru dia pulang ke rumah untuk merehatkan badan. Berikut merupakan dua soalan cepumas :
Syariatullahnya, siapa yang meng’hidup’kan kubis bunga tersebut?
Sunnatullahnya, apa yang menyebabkan kubis bunga dapat tumbuh subur, segar dan sihat?
Jawapannya…. jeng3. Jap lagi kita jawab.=)
“InsyaAllah Jalaludin akan mendapat hasil pulangan yang mewah dari tanamannya. Dia kan muslim? Dia kan menjaga solatnya? Siap solat dhuha lagi. Sudah pasti DOA dia lebih dikabulkan berbanding Tommy. Lagipun Tommy mane pernah berdoa???”
Agak-agak siapakah yang akan mendapat habuan yang lebih? Dalam erti kata lain, kubis bunga siapakah yang lebih bermutu, yang memberikan pulangan yang lebih lumayan? Tepuk dada tanya Tommy. Saya yakin Tommy akan lebih berjaya dalam perusahaan kubis bunganya. Bagaimanakah nasib Jalaludin? Dia seorang muslim, dia lebih dekat dengan Allah?
Alhamdulillah amat bagus bagi Jalaludin untuk menghadapi Pre Exam Syndrome ( mungkin lebih sesuai dalam kisah ini sebagai “Pre Menuai Syndrome” iaitu mendekatkan diri pada Allah mengharapkan pertolonganNya.=p) tetapi “Syndrome” ini sahaja tidak akan mampu menolongnya untuk mencapai kejayaan jika tidak disertakan dengan usaha yang betul dan bersungguh-sungguh.
Ya, kita dah berusaha, berdoa dan tawakkal. Namun adakah betul dan bersungguh-sungguh cara kita berusaha? Berbalik cerita kubis bunga, solat dhuha semua dijaga, tetapi tak dibaja, disiram, ‘hukum Science’ (sunnatullah) untuk kubis bunga itu hidup tak dijaga, tak disempurnakan. Bagaimana kita mahu mengharapkan sesuatu dari Allah tanpa kita berbuat sesuatu itu dengan betul? Kita berada di kutub utara dan mahu memanaskan badan, berdoa kepada Allah untuk dipanaskan suhu badan kita, tetapi tidak memakai baju. ‘Magic’ apakah yang kita harapkan dari Allah? Islam itu bukan silap mata.
Kemudian dengan selambanya kita menyalahkan Allah dan berputus asa dengan takdirnya.
“Kenapalah aku ni asyik fail je, apelah dosa aku…
“Mamat tu punyela ‘lagho’ pon boleh lulus, aku yang ‘biasa-biasa’ ni tak lulus…
“Sia-sia aku usaha, bukan berjaya pun…
“Penat aku bangun tahajud, solat hajat banyak-banyak, last-last orang yang tak semayang jugak yang dapat highest mark. Malaslah alim-alim lagi lepas ni. Exam ke tak exam ke lepas ni aku nak buat biasa-biasa je… rugi je Pre Exam Syndrome, result sama gak. Arghh…!!!
“Hadoi…apelah nasib aku ni. Takpelah, maybe memang bukan rezeki aku kot, Allah nak kifarah dosa aku kot..
Usaha kita tidak seberapa tetapi sudah kita sandarkan pada Allah. Manusia, hanya tahu meminta, jika tidak dipenuhi, dikesali.
Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….
Ya Allah, sekali lagi aku memohon ampun….
Ya Allah, aku memohon ampun…
Alhamdulillah exam sudah berlalu cuma tinggal satu paper lagi untuk diharungi, namun usaha akan terus kuperbaharu. Usaha yang benar, dan bersungguh-sungguh… Dan setelah itu kepada Kaulah aku mengharapkan pertolongan, perlindungan, kebahagiaan, keselamatan.
“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, wa la haula wa la quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘azhim”
“Usaha Tangga Kejayaan, Doa Kunci Pertolongan, Tawakkal saksi ke’Esa’an”