:::CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah pembuka kata sebaga tanda ku syukur atas segala nikmat yang dilimpahkan kepada kita manusia sekalian alam,segalanya tidak mampu kita balas melainkan taat dan patuh segala perintahnya dan meninggalakan larangannya serta salam selawat ku ucapkan untuk jungjugan besar rasulullah saw.Diri ini tidak pandai bekata panjang dan menyulam kata untuk merungkai patah perkataan melainkan dengan al-quran dan hadis,kali ini saya nak berkongsi tentang sesuatu perkara yang bagi saya begitu penting untuk kita fahami bersama diamana ia adalah reality kehidupan yang akan kita tempuhi iaitu ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki beriman melalui pandagan saya sebagai lelaki.

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, E untuk Emak. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Sesuai degan janji allah dalam ayat;

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…(surah an-nuur:26)

Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?Maknanya disini ukurlah baju dibadan kita dulu dimana kitalah sebagai lelaki perlu la menjadi soleh dahulu dan barulah boleh menanam cita-cita sedemikian insyallah tetapi allah juga pernah berkata:

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

dari itu tiadaklah salah untuk kita mendapat sesuatu yang terbaik dalam hidup kita ini

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki.Firman allah:

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).(surah al-Baqarah : 221)

Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

Bukan harta,rupa daketurunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

Moga apa yang saya kongsikan dapat membuka sedikit pemikiran semua,kerana ini hanyalah perkongsian ilmu dimana yang baik datang dari allah dan segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri,dan berdoalah kaum-kaum adam moga allah mengurniakan kepada kita seorang wanita solehah dalam kita menempuhi dunia yang serba mencabar ini insyallah.

1 comments |

ku kembali.

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah allah swt masih memberi keizinan kepada saya untuk terus menumpang di atas muka bumi ini,dan marilah kita menjunjung selawat kepada jungjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak berjasa kepada kita kerana tanpanya siapalah kita untuk melayari perjalanan di dunia ini sebagai seorang islam.mungkin sudah lama saya menyepi dalam mencoretkan tulisan didalam ruangan siber ini,ini kerana mungkin terlalu menumpukan perhatian dalam pelajaran atau mungkin saya bukan macam blogger yang lain yang boleh menulis setiap masa dan kadang-kadang yang ditulis tidak perlu pun untuk menjadi paparan umum,mengapa ye??ini jawapan saya mungkin ia adalah hobi,untuk mempopularkan diri,meluahkan isi hati,diari hidup,memuat turun atau sebagainya,bukan saya kata semua itu salah tetapi pernah tidak kita terfikir adakah dalam penulisan kita mengandungi unsur dakwah,yang mengajak manusia lain kearah islam yang sebenar??bukankah kita dijadikan oleh allah untuk mengajak manusia sekalian alam ke arah jalan yang benar ??apakah kita sudah melakukanya??jawapan pada anda sendiri,tepuk dada tanyalah iman...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".

(At-Taubah:111)

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.

(al-Ashr 103: 2-3)

0 comments |

Entah Kenapa...

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Entah kenapa permulaan hari ini ada sesuatu je yang bermain jauh di lubuk hati ini,nak kata tak solat subuh,sudah,berjemaah lagi di surau,em mungkin subuh ku bukan seperti selalu yang dikejutkan oleh sesorang insan yang bermain dalam jauh dalam sudut hati ini,mungkin aku rindukanya kot?,em mungkin belum baca al-quran kot?tapi dah baca lepas subuh tadi,mungkin gementar untuk 2 ujian arini kot?tapi dah prepare pun,aduhai ya allah apa sebenarya ni yang engkau rahsiakan dari ku untuk hari ini??biarlah hanya allah saja yang tahu apa sebenarya yang menjadi tajuk hidup ku untuk hari ini sebagai seorang hambanya..
sedang diri ini melangkah dengan kesyukuran dan redah diri dibumi allah ini untuk menuju kemedan jihat iatu kelas :-),tahukah kita sebenarya menuntut ilmu ini adalah dikira ibadat jika diniatkan kerana allah,dan jika ditadirkan allah memanggil kita disaat itu maka pemergian kita itu dikira syahid sama dengan pahala dengan orang yang berjihad di medan perang,subahanallah..berbalik kepada tajuk, dalam perjalanan itu tiba-tba sesuatu yang ku nanti muncul didepan mata ku dengan lerekan seyuman dilemparkan kepada ku,dan wajahnya yang penuh kecerian,dan pakaianya yang kebiruan umpama ketenangan lautan membuatkan ku terpukau,dan ia umpama satu sinar,tenaga,semangat untuk aku memulakan pagi itu dan hari ini dengan membawa sama-sama semangatnya dan sesungguhnya dialah permata yang aku cari :-)
aku melalui test pertama dengan agak baik walaupun soalan tidak dijangka oleh kami kelauar tanpa diduga,tapi tawakal je la kepada allah,tetapi test kedua lagi mengerikan dengan soalan yang betul-betul menduga kemahiran kami dalam design tp nak wat macamana kan namapun student kena la ready dengan sebarang kemungkinan.Dalam waktu rehat antara 2 test tu ku ke cafe menanti sia dia yang istimewa mana la tahu tseempak ke,dapat jugak ubat hati ini,tapi nampak macam tiada je,dan aku kembali lagi pada malam hari ke tempat yang sama untuk makan malam tetapi tiada juga munculnya di situ.Entah kenapa hari ini ku hanya teringatkanya je...insyalllah esok masih menanti ku dengan harapan membawa sesuatu yang lebih baik ;-)

1 comments |

Permulaan Hari Ku

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Hari ini bermulanya hidup aku dengan bersyukur kepada alllah kerana masih dipinjamkan lagi degupan jantung ini dan perjalanan darahku seperti biasa,bermulanya hari ku dengan dikejutkan oleh seseorg yang istimewa dalam hidup ku untuk bersahur kerana kebiasaan kami akan saling memperingati antara satu sama lain untuk puasa sunat isnin dan khamis,dihening pagi hari ku masih dibuai mimpi indah sedangkan sahabat-sahabat ku yang lain brjuang di dalam kelas,bukan lah aku malas untuk ke kelas seperti mereka tetapi sememagnya hari isnin kelas ku bermula pada pukul 4.00pm :-) ,dalam dibuai mimpi tiba-tiba aku tersedar yang keesokanya(selasa) ada 2 test yang menanti,jadi kenalah study dulu sebab naluri ku dapat merasakan soalan yang sukar bakal menanti jadi kenalah study awal sikit tapi awal ke??(hehe) ...sedar-sedar tak sedar hari pun sudah berjalan jauh ke petang hari,masa bebuka sudah hampit tiba,sepatutnya perasaan gembira kerana seharian ku berjuang menahan nafsu, lapar dan dahaga tetapi hati ini tiba-tiba terdetik sayu teringatkan dia seseorg yang istimewa yang sering bersamaku dalam susah senang,sedih,gembira dan bermacam-macam lagi kami kongsi bersama kerana selalunya diwaktu ini kami akan saling mengutus sms mengucapakan selamat berbuka tetapi ukan pada hari ini huhu :-( ,aku rindukan masa-masa tersebut :-( kerana ku dapat rasakan hidup ku tidak sempurna tanpanya.Bila malam menjelma ku kembali berjuang untuk study sehinggalah selesai dan segalanya kuserahkan kepada allah. :-) .Sebenarya apa yang ingin aku coretkan disini ialah hari aku ini penuh dengan kerinduan kepadanya kerana dia terlalu isimewa dan sumber inspirasi ku untuk lebih berusaha dan berjaya.

1 comments |

aku kembali untuk mu

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

yallah terima kasih dan aku bersyukur kerana engkau masih meminjamkan aku dengan rahmat yang belum tentu semua orang rasai,dengan kuasa mu aku masih dapat melihat,merasa,menyentuh dan menghayati naluri ku untuk kembali mempersembahkan nukilan didalam laman ini setelah sekian lama menyepi daripada mencoretkan kata-kata hidup ku...

1 comments |

..:::Dimana hilangnya nilai kemanusian?:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::




Dimana silapnya kita dengan terjadinya perkara sebegini,dimanakah maruah dan kesucian agama islam yang kita bawa selama ini?jawapan ada pada diri anda sendiri tepuk dada tanya iman.

Kenapakah persoalan tersebut saya timbulkan ini adalah kerana ia ada kena mengena dengan isu pembuangan bayi yang dikhabarkan semakin hari semakin meningkat terutamanya negara kita yang sinonim dilebelkan sebagai negara islam.Kesian bayi yang dilahirkan tidak berdosa menjadi mangsa manusia yang kejam yang berhati lebih teruk daripada binatang.Relakah pada suatu hari nanti mungkin negara ini dipenuhi oleh anak-anak luar nikah(anak haram).Kajian menunjukan Malaysia kini mempunyai kira-kira 2juta orang yang berstatus anak luar nikah Mengapa ini terjadi???

Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 – membabitkan 350,000 responden dari 41 negara – secara purata, seseorang mula melakukan hubungan seks buat pertama kali – hilang dara atau teruna – antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun.Remaja Malaysia? Secara purata, remaja Malaysia melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001 sedangkan kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.

Bukan itu sahaja i-Kon turut menjalankan kajian mengenai isu ini. Kajian ini membabitkan 100 remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun ke 30 tahun. Mereka ini terdiri daripada pelajar, penuntut institusi pengajian tinggi dan sebahagiannya sudah memasuki alam pekerjaan.

(Kadar maklum balas adalah 100 peratus – bermakna semua remaja yang didekati bersetuju untuk menyertai kajian ini. Peratusan kadar maklum balas penting bagi menentukan kajian ini sahih dan boleh digunakan)

Responden ini ditemui i-Kon dalam kajian yang dijalankan di pusat beli-belah, stesen pengangkutan awam dan kedai makan.

Penemuan kami, 31 peratus (31 remaja) mengaku sudah melakukan seks dan tujuh daripadanya (23 peratus daripada 31 remaja) melakukan perbuatan itu ketika belum mencecah usia 15 tahun!

Mengejutkan? Sudah pasti ya kerana di kala usia masih mentah dan kehidupan seharusnya ditumpukan untuk mencapai cita-cita, remaja ini `hanyut’ melayan nafsu atas alasan ingin tahu dan cinta.

Lebih membimbangkan apabila sebahagian besar pelajar iaitu 65 peratus membenarkan pengguguran dilakukan jika mengandung anak luar nikah.

Penemuan lain kajian i-Kon:

57 peratus remaja mengaku pernah bercium, terutama dengan teman istimewa;

69 peratus remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa;

80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa;

55 peratus remaja pernah menonton filem lucah;

43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah;

Majoriti remaja iaitu 81 peratus mendapatkan maklumat mengenai seks daripada buku dan majalah (bukan bahan bacaan lucah);

72 peratus remaja mendapat maklumat seks daripada rakan;

Kira-kira 30 peratus ke 40 peratus remaja mendapat pengetahuan mengenai seks daripada video, majalah dan laman web lucah;

59 peratus remaja bersetuju penggunaan kondom adalah antara kaedah perancangan keluarga yang berkesan;

Kira-kira 90 peratus remaja menganggap hubungan seks luar nikah sebagai tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Mungkin ini salah satu berita malapetaka untuk Negara ini kerana sesungguhnya kepipimpinan Negara akan datang bergantung kepada remaja hari ini tetapi adakah bersedia untuk semua itu?

Apakah kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat dengan perkara ini,sedangkan semakin hari semakin berleluasa masalah ini menular dikalangan masyarakat terutamanya remaja.

Apa yang perlu kita lakukan??jawapan nya mungkin pelbagai tetapi bagi jawapan saya mudah sahaja iaitu kembali kepada islam yang sebenar dalam kehidupan merka seharian bukanlah hnya sekadar nama sahaja,sesugguhnya islam itu lengkap dan sempurna untuk diamalkan semua manusia.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Apabila kita sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.



1 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...