Permulaan Hari Ku

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Hari ini bermulanya hidup aku dengan bersyukur kepada alllah kerana masih dipinjamkan lagi degupan jantung ini dan perjalanan darahku seperti biasa,bermulanya hari ku dengan dikejutkan oleh seseorg yang istimewa dalam hidup ku untuk bersahur kerana kebiasaan kami akan saling memperingati antara satu sama lain untuk puasa sunat isnin dan khamis,dihening pagi hari ku masih dibuai mimpi indah sedangkan sahabat-sahabat ku yang lain brjuang di dalam kelas,bukan lah aku malas untuk ke kelas seperti mereka tetapi sememagnya hari isnin kelas ku bermula pada pukul 4.00pm :-) ,dalam dibuai mimpi tiba-tiba aku tersedar yang keesokanya(selasa) ada 2 test yang menanti,jadi kenalah study dulu sebab naluri ku dapat merasakan soalan yang sukar bakal menanti jadi kenalah study awal sikit tapi awal ke??(hehe) ...sedar-sedar tak sedar hari pun sudah berjalan jauh ke petang hari,masa bebuka sudah hampit tiba,sepatutnya perasaan gembira kerana seharian ku berjuang menahan nafsu, lapar dan dahaga tetapi hati ini tiba-tiba terdetik sayu teringatkan dia seseorg yang istimewa yang sering bersamaku dalam susah senang,sedih,gembira dan bermacam-macam lagi kami kongsi bersama kerana selalunya diwaktu ini kami akan saling mengutus sms mengucapakan selamat berbuka tetapi ukan pada hari ini huhu :-( ,aku rindukan masa-masa tersebut :-( kerana ku dapat rasakan hidup ku tidak sempurna tanpanya.Bila malam menjelma ku kembali berjuang untuk study sehinggalah selesai dan segalanya kuserahkan kepada allah. :-) .Sebenarya apa yang ingin aku coretkan disini ialah hari aku ini penuh dengan kerinduan kepadanya kerana dia terlalu isimewa dan sumber inspirasi ku untuk lebih berusaha dan berjaya.

1 comments |
  1. jangan terlalu risau kerana mungkin orang yang kita rindui turut merindui kita seperti mana kita merindui nya. teruskan berusaha kerana titik permulaan baru saja bermula.ingatlah Allah sentiasa bersama kita! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...