ku kembali.
Author: Cita Pemuda Syahid Labels::Alhamdulillah allah swt masih memberi keizinan kepada saya untuk terus menumpang di atas muka bumi ini,dan marilah kita menjunjung selawat kepada jungjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak berjasa kepada kita kerana tanpanya siapalah kita untuk melayari perjalanan di dunia ini sebagai seorang islam.mungkin sudah lama saya menyepi dalam mencoretkan tulisan didalam ruangan siber ini,ini kerana mungkin terlalu menumpukan perhatian dalam pelajaran atau mungkin saya bukan macam blogger yang lain yang boleh menulis setiap masa dan kadang-kadang yang ditulis tidak perlu pun untuk menjadi paparan umum,mengapa ye??ini jawapan saya mungkin ia adalah hobi,untuk mempopularkan diri,meluahkan isi hati,diari hidup,memuat turun atau sebagainya,bukan saya kata semua itu salah tetapi pernah tidak kita terfikir adakah dalam penulisan kita mengandungi unsur dakwah,yang mengajak manusia lain kearah islam yang sebenar??bukankah kita dijadikan oleh allah untuk mengajak manusia sekalian alam ke arah jalan yang benar ??apakah kita sudah melakukanya??jawapan pada anda sendiri,tepuk dada tanyalah iman...
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.