<<:::Adakah kita Membantu Palestine:::>>

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

assalamualaikum dan apa khabar iman?

Segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam semoga terlimpah atas Rasulullah, keluarga, para sahabat, dan orang yang mengikutinya.

Moga kita termasuk dalam golongan yang meyakini bahawa Tuhannya Allah yang Maha Esa, Rasulullah suri teladannya, Al-Qur’an panduannya, Jihad adalah satu-satunya jalannya, dan mati Syahid Fisabilillah adalah cita-citanya yang tertinggi.

Sudah cukup kata-kata, sudah mual kita memutuskan resolusi-resolusi yang tidak dipraktikkan, sudah jemu kita dengan slogan-slogan yang tidak membawa kepada apa-apa tindakan. Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu demi menyelamatkan Palestin khususnya Gaza.

Persoalannya, apakah mungkin kita menggerakkan umat Islam untuk menyelamatkan Palestin jika kita masih naïf tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada Palestin?Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Dalam situasi yang kian terdesak (serangan paling dahsyat sejak perang Arab-Israel 1967), sudah tentu jihad perang di jalan Allah untuk mempertahankan dan mendapatkan kembali tanah asal Palestin menjadi keutamaan, namun bagi kita yang belum ditakdirkan untuk menyertainya, maka syariat Islam mewajibkan ke atas kita untuk berjihad berdasarkan keupayaan dan kemahiran masing-masing, Inilah selemah-lemah jihad di jalan Allah yang boleh dilaksanakan oleh setiap dari kita.

Allah S.W.T. berfirman: “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu”
(Al-Anfaal:60)


Dalam ayat ini Allah menyuruh kita sekadar yang termampu, Allah tidak membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Maka wajib bagi kita untuk melaksanakan jihad yang mampu kita lakukan.

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal”

(Hassan Al-Banna)

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang satu isu yang memang tidak asing bagi kita iaitu boikot israel & America dan tentang konsert-konsert amal palestine anjuran badan-badan NGO dan bukan NGO.

Disini saya mempunyai pandagan yang mungkin agak berbeza daripada anda mengenai isu ini dimana benar tak apa yang kita lakukan seperti yang saya sebutkan pada awal tadi sebenarnya tidak memberi kesan langsung kepada zionis israel dan america?mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya dan mungkin menggap saya ini sebagai seorang yang tidak menolong agama?itulah persoalan yang saya akan jelaskan pada kali ini.

Bagi saya tak salah untuk memboikot dan mengadakan konsert-konsert amal cuma cara perlaksanaanya yang langsung tidak bersistematik dan tidak menjurus sepertimana yang yang dibawa oleh Rasullullah dan para sahabat terdahulu.

kenapa saya berkata begitu?

tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini dan tindakan menghentikan penggunaan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan: “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Walau bagaimana pun, tindakan-tindakan ini sahaja masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita. Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab? Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?


Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, seperti marahkan anjing menyalak bukit. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya
cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Cuba kita ambil contoh Rasulullah saw bagai suatu ketika memboikot gogolongan yahudi dengan meyatupadukan seluruh umat islam terlebih dahulu dengan pemahaman islam yang sebenar dan barulah boikot dilaksanakan dengan jayanya,juga mengambil contoh bagaimana salahuddin al ayubi menawan Palestine dari kristian pada peperangan salib,beliau mengambil masa yang lama untuk menyatupadukan seluruh umat islam diserata jazilah Arab barulah dapat menawan semula kota suci itu.

Daripada beberapa contoh diatas sebenarya kita dapat ketahui masalah umat islam kita sekarang di seluruh dunia khususnya di Malaysia,dimana berpecah belah tidak bersatu kebayakan dipisahkan dengan sentimen politik kebayakanya.

Berbalik kepada persoalan konsert-konsert amal Palestine sebenarya bukan satu cara yang efektif dalam kita hendak menunjukan rasa sokongan kepada saudara kita disana,kerana dalam konsert itu bukanlah semua datang atas sokong terhadap Palestine kerana mungkin disebabkan tarikan artis-artis yang datang ataupun suasana percampuran lelaki dan perempuan secara tidak langsung.Tahukah kita yang elemen hiburan ini adalah salah satu cara Israel untuk membuatkan kita terleka dengan suasana hiburan yang secara asasnya kita melihatnya baik tapi ada muslihat disebaliknya.

Adakah lebih baiknya kita sebagai seorang yang islam lebih mengutamakan cara yang lebih baik iaitu berpandukan Al-quran dan sunnah untuk kita membantu saudara-saudara kita disana dengan Bacaan yassin di masjid-masjid,solat hajat setiap kali selesai solat jumaat,mengamalkan qunut nazilah dan lain-lain lagi,bukankah itu lebih baik daripada konsert-konsert?

Allah S.W.T. berfirman: “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu”
(Al-Anfaal:60)

Selagi kita tidak berjihad untuk membentuk diri menjadi Mu’min sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam yang tulen.

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

(Al-Araf:167)


0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...