:::..Ayat suci lebih mudah dilupa..:::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Muhasabah Diri, PeringatanAssalamualaikum dan apakhabar iman?
Dalam suasan kehidupan seharian kita hari ini tanpa kita semua sedari ada sesuatu perkara yang kita terlepas pandang iaitu kita lebih bagus dan lebih cepat untuk menghafal nota,rumus-rumus subjek,dan lirik-lirik lagu berbanding untuk menghafal zikir dan ayat-ayat suci Al-quran bahkan ayat-ayat yang lazim untuk dibaca ketika solat pun masih ramai yang merngkak-rangkak inikan pula untuk ayat-ayat dari surah Al-baqarah,Al-imran,An-nuur dan lain-lain.Dalam realiti hidup kita sekarang semakin hari semakin ramai orang yang buta Al-Quran,tapi kita tidak risau degan itu kerana kita lebih risau dengan peningkatan kadar buta huruf semakin meningkat,apa sudah jadi?dimanakah kita letakan status Al-quran dalam kehidupan ini sedangkan itu yang akan menjadi salah satu pembela kita di akhirat kelak.
Daripada Abu Musa, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta ditambatannya." (Hadis riwayat Muslim)
Membaca al-Quran adalah ibadah paling utama selepas amal fardu yang diwajibkan Allah SWT.
Sesiapa meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan
membinasakannya.
Sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, Allah akan menyesatkannya.
Kita diingatkan jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal)
kerana Nabi SAW pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya.
Hafal al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya daripada dada lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmizi).
Rasulullah SAW bersabda: "Belajarlah kamu al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahlinya, di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka berkata al-Quran: "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku pada waktu siang hari. Kemudian berkata orang yang pernah membaca al-Quran itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan melihat orang yang pernah membacanya menghadap Allah.
Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada ayah dan ibunya yang Islam pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga kedua-duanya bertanya: "Dari manakah kami memperoleh ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu mempelajari al-Quran."
Dalam hal ini sama-samalah kita mempermuhasabahkan diri ini dan amalan-amalan seharian kita kerana sekecil-kecil perkara yang kita lakukan didunia ini sekecil zarah pun amalan kita akan diperhitungkan oleh Allah diakhirat kelak.