..::Bencana Demi Bencana:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Segala puji bagi Allah terhadap nikmat yang diberikan dalam perjalan hidup kita sebagai pengembara di halaman yang tidak kekal ini,sudah tentu pemgembaraan itu bukanlah mudah bagi kita,inilah suatau perkara yang ingin saya kongsikan bersama tentang suatu peristiwa yang menimpa diri saya dan keluarga minggu lepas dimana sepertimana yang kita sedia maklum kawasan Kedah,Perlis dan Kelantan ditimpa musibah yang agak dasyat iaitu banjir,walaupun rumah saya tidak dinaiki air tapi Rentetan dari peristiwa itu bekalan elektrik dan air dipotong sementara semasa banjir selama dua hari,pengankutan,perhubungan,perniagaan pula banyak yang tergendala,ini memang menyukarkan kehidupan seharian kerana terputusnya keperluan asas,entah bagaimana pula penduduk yang rumahnya dinaiki air dan berada dipusat pemindahan makin bertambah besar dugaanya.Sebelum peristiwa ini kita telah dikejutkan dengan letusan gunung berapi dan tsunami di Negara jiran kita Indonesia dan beberapa Negara lagi yang ditimpa musibah bencana alam.


Merujuk kepada kisah di atas,maka adakah kita mempersoalkan mengapa Allah menurunkan bencana ke atas kita?Gempa,tanah runtuh,banjir taufan,tsunami dan sebagainya.Alam mengalami kerosakan yang parah.Sungai tercemar,bukit dan gunung sumber pasak bumi digondolkan.Khazanah alam kini tidak lagi menjadi seuatu yang berharga.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (30:41)

Rakyat jelata yang miskin dan melarat bertebaran dimana-mana.Penguasa yang bertindak semena-mena semakin bermaharajalela.Maksiat dan kerosakan akhlak menjadi pujangga jenerasi melenium ini.Fenomena ini berlaku dimana-mana dunia umat islam.Kebayakan wanita islam seperti kembali ke zaman jahiliah.Mereka memakai tudung,remaja-remajanya tenggelam dengan fatamorgana dunia tenpa sempadan.

Fenomena apakah ini?inilah fenomena akhir zaman yang semakin jelas kelihatan.Orang mukmin yang cuba menegakan Islam menjadi golongan yang dihina.Budaya Hedonisme semakin digemari,para artis disanjung dan dipuja.Nyawa bukan lagi suatu yang beharga.Saban hari ada anak baru lahir yang dibuang atau mati ditinggalkan.Persis seperti yang pernah berlaku dizaman jahiliah sebelum islam.

Mereka yang beragama ibarat mengenggam bara api dan kelihatan asing dimata masyarakat.Umat islam dilebel dengan gelaran yang paling hina,terrorist(pengganas) dan sebagainya.Sudah berapa kali Nabi Muhammmad saw dihina dengan perbuatan kartun yang memburukan imej baginda sebagai kekasih Allah.Para pencela ini tidak segan silu memanggil Baginda dengan gelaran penzina,pembunuh,dan sebagainya berdasarkan sirah yang langsung mereka tidak fahami.

Umat islam bertelagah sesame sendiri.Memperdebatkan perkara yang didalam islam sendiri mempunyai toleransi,malah tidak kurang juga yang mengetepikan aqidah semata-mata kerana kepentingan diri.Tidak ramai alim ulama yang jujur menyampaikan Islam.Semakin banyak umat Islam yang mengelompokan diri merkea kepada kelompok tertentu sahaja sehingga memeningkan kepala mereka yang baru mengenali islam.Akhirnya dakwah tidak sampai ke hati umat.Hanya iktilaf yang menjadi perdebatan dan diperdebatkan.

Inilah ujian yang kita hadapi.Dihadapan kita berhadapan denngan godaan-godaan dunia seperti kemewahan hidup dan musuh yang terang-terangan ingin menghancurkan islam.Didalam diri kita,nafsu dan syaitan tidak akan berhenti untuk menjatuhkan keimanan kita.Soslusinya? Telah ada didalam mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w iaitu Al-Quran dan sunnahnya.

0 comments |

..:::Makin Dekat Kiamat,Makin Jauh daripada Allah?:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum ..

Bismillahirahmanirahim..

Apakahabar iman?

Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus.Ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah.Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.

Kebayakan kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata.Belajar,bekerja,berbuat baik malah memberikan seyuman pun kerana kepentingan peribadi.Manusia makin lupa bahawa kita msaih ada satu sisi lagi yang perlu disuap.Bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan.Malah spiritual yang lebih utama perlu disuap.Solat pula hanya pergerakan fizikal,hatinya mengembara entah kemana.Apabila berpuasa,hanya perut yang berpuasa.Alhasilnya,ibadah hanya kekal ritual.

Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah sudah luput.Manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur,tidur dan bermimpi indah.Bukan lagi tidur awal,bagun qiamullai dan berjemaah subuh semata-mata memenagi cinta dari Allah.Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam,mula tidur pada saat orang mukmin sepatutnya bagun bertahjud,dan membiarkan waktu subuh berlalu begitu sahaja.Berapa ramai orang yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu.Kitakah itu?

Sungguh,hati kita kering daripada cinta.Cinta kepada-Nya.Apakah pabila makin dekat dengan kiamat,makin jauh manusia daripada Allah?Nauzubillah!Moga Allah kurniakan kita cinta kepada-Nya.


0 comments |

..:::Doa Kita Berdua:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim


Ya Allah,

kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu

Bersama kurnia sekalung hidayah

Tapi kadang-kadang terasa bahang murka-Mu

Seiring patahnya sebuah mujahadah

Kami berdua…


Ya Allah,

Walau apa pun kami masih terus disini…

Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti

Disini kami masih mendamba cinta

Kerana yakin cinta-Mu tak pernah sirna…

Selama-lamanya!

...buat kami berdua


Kau dekat terlalu

tanpa senyum

tanpa suara namun cinta-Mu ketara jua!

Dalam doa Kami berdua!



0 comments |

<<:::Adakah kita Membantu Palestine:::>>

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

assalamualaikum dan apa khabar iman?

Segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam semoga terlimpah atas Rasulullah, keluarga, para sahabat, dan orang yang mengikutinya.

Moga kita termasuk dalam golongan yang meyakini bahawa Tuhannya Allah yang Maha Esa, Rasulullah suri teladannya, Al-Qur’an panduannya, Jihad adalah satu-satunya jalannya, dan mati Syahid Fisabilillah adalah cita-citanya yang tertinggi.

Sudah cukup kata-kata, sudah mual kita memutuskan resolusi-resolusi yang tidak dipraktikkan, sudah jemu kita dengan slogan-slogan yang tidak membawa kepada apa-apa tindakan. Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu demi menyelamatkan Palestin khususnya Gaza.

Persoalannya, apakah mungkin kita menggerakkan umat Islam untuk menyelamatkan Palestin jika kita masih naïf tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada Palestin?Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Dalam situasi yang kian terdesak (serangan paling dahsyat sejak perang Arab-Israel 1967), sudah tentu jihad perang di jalan Allah untuk mempertahankan dan mendapatkan kembali tanah asal Palestin menjadi keutamaan, namun bagi kita yang belum ditakdirkan untuk menyertainya, maka syariat Islam mewajibkan ke atas kita untuk berjihad berdasarkan keupayaan dan kemahiran masing-masing, Inilah selemah-lemah jihad di jalan Allah yang boleh dilaksanakan oleh setiap dari kita.

Allah S.W.T. berfirman: “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu”
(Al-Anfaal:60)


Dalam ayat ini Allah menyuruh kita sekadar yang termampu, Allah tidak membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Maka wajib bagi kita untuk melaksanakan jihad yang mampu kita lakukan.

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal”

(Hassan Al-Banna)

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang satu isu yang memang tidak asing bagi kita iaitu boikot israel & America dan tentang konsert-konsert amal palestine anjuran badan-badan NGO dan bukan NGO.

Disini saya mempunyai pandagan yang mungkin agak berbeza daripada anda mengenai isu ini dimana benar tak apa yang kita lakukan seperti yang saya sebutkan pada awal tadi sebenarnya tidak memberi kesan langsung kepada zionis israel dan america?mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya dan mungkin menggap saya ini sebagai seorang yang tidak menolong agama?itulah persoalan yang saya akan jelaskan pada kali ini.

Bagi saya tak salah untuk memboikot dan mengadakan konsert-konsert amal cuma cara perlaksanaanya yang langsung tidak bersistematik dan tidak menjurus sepertimana yang yang dibawa oleh Rasullullah dan para sahabat terdahulu.

kenapa saya berkata begitu?

tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini dan tindakan menghentikan penggunaan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan: “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

Walau bagaimana pun, tindakan-tindakan ini sahaja masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita. Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab? Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?


Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, seperti marahkan anjing menyalak bukit. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya
cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Cuba kita ambil contoh Rasulullah saw bagai suatu ketika memboikot gogolongan yahudi dengan meyatupadukan seluruh umat islam terlebih dahulu dengan pemahaman islam yang sebenar dan barulah boikot dilaksanakan dengan jayanya,juga mengambil contoh bagaimana salahuddin al ayubi menawan Palestine dari kristian pada peperangan salib,beliau mengambil masa yang lama untuk menyatupadukan seluruh umat islam diserata jazilah Arab barulah dapat menawan semula kota suci itu.

Daripada beberapa contoh diatas sebenarya kita dapat ketahui masalah umat islam kita sekarang di seluruh dunia khususnya di Malaysia,dimana berpecah belah tidak bersatu kebayakan dipisahkan dengan sentimen politik kebayakanya.

Berbalik kepada persoalan konsert-konsert amal Palestine sebenarya bukan satu cara yang efektif dalam kita hendak menunjukan rasa sokongan kepada saudara kita disana,kerana dalam konsert itu bukanlah semua datang atas sokong terhadap Palestine kerana mungkin disebabkan tarikan artis-artis yang datang ataupun suasana percampuran lelaki dan perempuan secara tidak langsung.Tahukah kita yang elemen hiburan ini adalah salah satu cara Israel untuk membuatkan kita terleka dengan suasana hiburan yang secara asasnya kita melihatnya baik tapi ada muslihat disebaliknya.

Adakah lebih baiknya kita sebagai seorang yang islam lebih mengutamakan cara yang lebih baik iaitu berpandukan Al-quran dan sunnah untuk kita membantu saudara-saudara kita disana dengan Bacaan yassin di masjid-masjid,solat hajat setiap kali selesai solat jumaat,mengamalkan qunut nazilah dan lain-lain lagi,bukankah itu lebih baik daripada konsert-konsert?

Allah S.W.T. berfirman: “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu”
(Al-Anfaal:60)

Selagi kita tidak berjihad untuk membentuk diri menjadi Mu’min sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam yang tulen.

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).

(Al-Araf:167)


0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...