:::Syahadatul Haq:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah rasanya agak lama tidak bersua di laman ilmu ini,tetapi insyallah usaha dakwah ini tidak pernah dilupakan malah akan terus dipertingkatkan dari semasa kesemasa untuk perkongsian dakwah kita bersama insyallah..

Dakwah yang kita tunjukan kepada umat islam ialah mengajak mereka merasai tangunggjawab besar yang diletakan dibahu mereka apabila mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat dan apabila mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya,itulah Syahadatul Haq.

Tidak mungkin mereka berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dengan hanya mengaku beriman atau mendakwa diri mereka sebagai Muslim.Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup.Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Selain Allah dan Muhammmad adalah utusan Allah),kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaj melafazkan syahadah ini.

Kita juga perlu fikirkan apakah yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini.Jika kita tidak laksanakan kewajipan kita ini atau kita tidak berusaha untuk melaksanakanya kita sebenarnya menempah akibat buruk akibat daripada kelalaian dan kealpaan kita dimana kita akan rugi di dunia dan akhirat,Nauzubillah..

0 comments |

..:::IN-TEAM - AKRAB PERSAHABATAN:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Untuk sahabat-sahabat ku sekalian,semoga ikatan ukwah kita ini berterusan dan diberkati Oleh Allah s.w.t


0 comments |

..:::Indahnya Sebuah Ukwah dalam Tarbiah::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..

Ukhuwwah itu indah, dan luas pengertiannya.

Islam mengajar kepada kita bahawa setinggi-tinggi nilai ukhuwwah adalah pada seseorang itu mengutamakan saudaranya melebihi keutamaan dirinya sendiri.

Kita mahu berukhuwwah dengan orang yang tidak minat berukhuwwah, kita tidak boleh paksa dia. Apa yang kita boleh buat ialah terus bersikap terbuka. Kalau ada halangan, biarlah halangan itu bukan di pihak kita.

Ukhuwwah ini akan datang sendiri, apabila manusia kembali kepada sifatnya sebagai seorang hamba, suburkan jiwa hamba.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara keduannya yang bersaudara. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga kamu di kalangan orang yang memperolehi rahmat”
al-Hujarat (49:10)

Ukhuwwah yang berteraskan ayat: sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, adalah ukhuwwah yang menghasilkan manusia yang mampu berinteraksi serta berhubung dan memesrakan diri dengan manusia yang lain
sedangkan taasub berkumpulan itu jauh berbeza. Ia adalah suatu kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika dia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut.

Tiada kemesraan di antara insider dengan outsiders

Kita kena faham tujuan kita menjadi ahli kumpulan adalah untuk bergerak di dalam satu kekuatan besar, agar lebih tersusun dan bukannya untuk berukhuwwah khusus dengan ahli kumpulan semata-mata.

Setiap yang beriman adalah bersaudara, maka selagi kita beriman dengan Allah Taala, maka kita adalah bersaudara dalam erti kata tidak mengenal darjat, jawatan, kumpulan, hirarki atau apa-apa.

Apabila kita bersama dalam satu kumpulan, maka selalunya kemesraan itu secara automatiknya akan jadi lebih daripada yang lain kerana kesamaan fikrah, hati dan melakukan sebarang aktiviti tanpa ada pergeseran. Lantas hati mudah cenderung buat baik sesamanya. Namun, ini tidak bermaksud, hubungan yang mesra juga tidak boleh dijalinkan dengan manusia lain.

Jangan Sempitkan Ukwah

Ukhuwwah sesama muslim itu amat luas. Pengalaman di negara orang, kita malah dihargai oleh bangsa lain, lebih dari teman-teman dari negara sendiri. Selama penulis berkelanadi bumi barakah ini, tarbiah memainkan peranan cukup penting. Tarbiah pula, jangan kita sempitkan pengertian sebenar.

Kampus kita membuktikan kebenaran penulis ini. Hanya pelajar yang pro-Islamik sahaja yang menjadi ‘pisang goreng panas’ dan masak dalam hal ehwal agama. Hingga ada yang menyertai lebih dua usrah dari kumpulan berlainan dalam satu-satu masa.

Tetapi bagaimana penumpuan terhadap pelajar yang tidak mempunyai asas Islam? Golongan ini tersisih dari permainan ‘rebutan’ kumpulan-kumpulan di kampus.

Bagaimana dengan dakwah. Bila sibuk mencari kader-kader baru untuk jemaah, terlupa pula mereka untuk melakukan dakwah umum terhadap orang Islam yang tidak minat dengan Islam. Adakah jamaah hanya memikirkan tentang pengkaderan ahli dan soal menyelamatkan diri sendiri bila berada dalam jemaah?

Tidak perlu menuding jari kepada kumpulan lain, cukup soalkan diri kita dalam kumpulan mana sekalipun yang kita berada:

“Apa yang aku sudah lakukan demi kepentingan Islam?”

Sikap berbangga dengan kebenaran yang dimiliki dan gembira terhadap kelemahan orang lain menjadi punca kepada kelemahan dakwah pada hari ini

Sebuah gerakan dakwah sebenarnya menghina dan menganggap bodoh ahlinya dengan menyekat mereka dari berdialog dan meraikan keluasan input dengan gerakan lain.

Jika gerakan dakwah gagal melahirkan da’ie yang berani mendedahkan diri kepada cabaran pemikiran, maka lupakan sahaja agenda untuk memenangkan Islam. Cukup sekadar meletakkan sasaran menjadikan jemaah masing-masing sebagai alat menjaga diri dari terseleweng, dan bukannya sebuah force untuk memenangkan Islam.

Bak kata lirik lagu Wafiq Azizah, Wahdana. Alangkah indahnya hidup dalam satu kesatuan tanpa melihat siapa kita, dan kedudukan kita.Islam,

Ukwwah Dan Tarbiah

Soal tarbiah merupakan satu pencarian yang kritikal bagi remaja khususnya mahasiswa pada era arus perdana sekarang. Lebih-lebih lagi bila ianya diisukan dengan persoalan jemaah mana yang perlu diberi intima' (pengabunggan diri).

Tarbiah kami lebih mantap, sufi lagi haraki dan mendekati sunnah nabi s.a.w adalah antara dakwaan yang acap kali diulangsiar. Lebih mencuit hati ada yang dengan kenyataan bahawa dakwah mereka lebih ikhwan atau seakan-akan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia.

Mengapa sandaran sebegini dijadikan hujah dalam menggalas bebanan khalifah di bumi Allah Taala? Sedang strategi, wasilah dan pendekatan untuk mencuit hati mad'u itu sesuatu yang fleksibel juga bergantung kepada waqie' lokaliti setempat.

Apabila menyentuh persoalan tarbiah ramai yang akan merujuk pandang kepada model Ikhwan Muslimin. Alasannya, mereka terlebih dahulu mengenal asam garam dalam dunia dakwah Islamiah. Hinggakan ramai yang melupakan jalan yang pernah dirintis ulama', pada murabbi, dan kaum muslimin sebelum wujudnya Ikhwan Muslimin di Mesir.

Bagi penulis Ikhwan adalah satu model bukan satu-satunya model yang ada.

Cuba kita teliti pentarbiahan di kalangan ahli tarikat dalam memahmudahkan akhlak, sejarah turut menukilakan bahawa kelompok ini banyak berjasa dalam penyebaran Islam di Eropah satu ketika dahulu. Ianya satu juzuk daripada tarbiah dan tazkiah. Jangan dilupakan didikan para ulama' pondok satu ketika dahulu dalam membentuk murid yang faham, beramal, dan berjasa kepada agama.

Para ulama di zaman kegemilangan ilmu Islam melalui tarbiah dan akhirnya mentarbiah.Mereka punyai method tersendiri dalam mendidik masyarakat menghayati agama. Bagaimana cekalnya mereka melakarkan kecemerlangan dalam sejarah kebangkitan Islam dengan penyuburan ilmu dan amal perlu dicungkil kembali.

Sejarah dulu sebelum kejatuhan khilafah banyak bergantung kepada kesedaran masyarakat daripada majlis-majlis ilmu bersama ulama'. Dengan tersebarnya kefahaman ilmu, kita dapat membaca sendiri sejarah kekuatan ummah yang berjaya dibangkitkan dalam jihad fisbilillah sama ada menentang musuh atau peluasan empayar Islam.

Dakwah tidak hanya bertumpu kepada sekelompok manusia yang sudah dicampak oleh Allah Taala ke dalam hatinya minat kepada Islam. Anda hanya akan syok sendiri berprogram dengan mereka sebegini.

Dalam konteks Malaysia sahaja kita dihadapkan dengan latar mad’u yang pelbagai. Daripada pendokong agama sehinggalah musuhnya, daripada mukmin yang sudah indah Iman dan amalnya sehinggalah muslim yang fajir lagi lemas dalam lautan maksiat, daripada yang memegang kad pengenalan Islam hinggalah yang ingin menukarnya kepada status yang lain, bahkan dakwah kita didepani dengan tanggungjawab memperkenalkan agama kepada hampir separuh penduduk yang belum mengenal syahadah.

Dakwah dan tarbiah sewajibnya dibawa kepada segenap lapis masyarakat yang kenal huruf untuk dibaca sehinggalah yang tidak mampu mengeja.

Kita menzalimi para petani dan nelayan sekiranya dakwah hanya ditumpukan kepada golongan profesional, dan kita menzalimi mereka yang jahil sekiranya hanya berlegar seruan Islam di kalangan mereka yang bijak pandai. Bahkan kita menzalami mereka yang fajir sekiranya hanya seronok bersama mereka yang sudah baik akhlak di ruang legar masjid dan halaqah usrah.

Kalau kita fahami dakwah itu penting bergerak bersama keterikatan ukhuwwah tanpa perlu ta’sub pada mana-mana gerakan dan kumpulan, kita tidak akan tinggalkan sunnah hidup berjuang.

Moga kitalah antara mereka yang mengecapi indahnya ukhuwwah dalam dakwah.Indahnya ukwah andai ia dibina atas dasar keikhlasan tanpa apa-apa kepentingan.Alhamdulillah Allah menemukanku dengan insan-insan begini.Moga ukwah yang dibina ada nilainya diakhirat kelak.Ya Allah kuatkan ukwah kami dalam redha dan kasihsayang-Mu



0 comments |

..::Membaca?Perlu ke?::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah.

Pada kali ini,saya akan merungkaikan tetang sebuah realiti kehidupan masyarakat kita sekarang khususnya masyarakat islam dimana terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca.Dan daripada sedikit itu pula sedikit sahaja yang memhaminya.Daripada sedikit ysng memahaminya,sedikit pula yang menguasainya.Dan daripada sedikit yang mengusai lebih sedikit yang mengamalkanya.

Inilah realiti yang sangat menyedihkan.Sebab itulah umat ini tidak bagun!

Musuh yang bijak lebih baik daripada kawan yang dungu.Apa komen seorang tokoh yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat islam?Dia berkata:"Kita tidak takut dengan orang islam.Sebab orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca!"

Membaca bukan satu hobi tetapi satu tuntutan keperluan.Tidak keterlaluan kalau dikatakan membaca umpama oksigen kepada nafas umat untuk menuju kejayaan dan kekuatan semula.Bayangkan,dengan roh iqra' umatislam dibagunkan buat kali kedua.


Bacalah..kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu.Manakala ilmu itu pula imam kepada segala amalan.Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa-sumber ekuatan untuk kita di dunia dan akhirat.Allah s.w.t telah memilih kalimah iqra' untuk mentarbiah umat Muhammad kerana amalan itu adalah perkara utama dan pertama yang mesti dilakukan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Dalam lima ayat pertama dalam surah yang pertama diturunkan kalimah iqra' telah diulang dua kali.Ini menunjukan betapa pentingnya membca dalam kehidupan manusia.Maha suci Allah,Dia tidak membuat sesuatu yang remeh- temeh dalam pengulangan ini.Bahkan,tidak lain adalah kerana membaca itu terlalu penting kepada manusia.

Namun, Allah tidak hanya mendorong tetapi Dia juga mengatur apa dan bagaimana proses membaca dilakukan.Dalam lima ayat pertama surah al-'Alaq itu juga mengandungi dua syarat,agar membaca mencapai matlamatnya.

Pertama,bacalah sesuatu yang diredhai dan disukai Allah s.w.t.Jagan membaca sesuatu yang dimurkai-Nya.Membaca mesti didasari dengan niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.

Kedua,jagan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu itu datang daripada Allah.Dan jagan sombong kepada sesama manusia kerana ilmu itu bertujuan memberi khidmat kepada manusia bukan untuk dibanggakan.

Hayatilah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Bertaqwalah kepada Allah dan Dialah yang mengajarmu."
(Surah al-Baqrah 2:282)

Firman Allah s.w.t lagi bermaksud:"Dan Aku tidak diberi ilmu,kecuali hanya sedikit."
(Surah al-Isra' 17:85)

Nabi Muhammmad s.a.w adalah manusia pilihan yang amat arif tentang kepentingan membaca.Hal ini terbukti pada pasca-Badar.Tawanan Perang Badar yang musyrik boleh menebus diri mereka jika dapat mengajar 10 orang Muslim membaca dan menulis.Ini adalah suatu tindakan yang luar biasa,padahal umat islam ketika itu sangat perlukan dana yang berbentuk fizikal adan meterial untuk membagunkan islam.

Rasulullah s.a.w sebaliknya melihat ada yang lebih penting daripada itu.Yng lebih penting daripada segala-galanya adalah membaca.Itulah salah satu titik permulaan untuk membagunkan umat ini.

0 comments |

:::..Berdoalah..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..

Sepertimana yang kita semua ketahui Allah s.w.t mempunyai 99 nama yang indah dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami'.Allah maha mendengar rintihan,aduan,kebimbingan dan luahan rasa daripada hamba-hamba-Nya pada setiap masa,tempat dan ketika.Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tagisan hamba-Nya yang bertaubat ialah doa daripada hamba-Nya yang meminta.


Allah setia mendengar rintihan hamba-hamba-Nya ibarat kekasih yang saling mencintai.Jika kekasih dalam kalangan manusia mungkin akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan beulang-ulang kali,sebaliknya Allah tidak sebegitu.Berdoalah,nescaya Aku akan memperkenankan.Demikian yang Allah tegaskan dalam al-Quran.

Jika jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah,Allah tetap mendengar semua rintihan itu.Sedangkan seorang kaunselor,ulama,kadi atau hakim yang terbaik sekali pun tidak mampu mendengar dua atau tiga masalah pada suatu masa yang serentak.

Itulah kehebatan Allah sebagai al-Sami'.Allah sudi dan mampu mendengar doa daripada hamba-hamba-Nya pada suatu masa!Dia Mulia dan Agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan doa tanpa jemu,tanpa mengira pengkat,darjat,harta dan rupa.Allah mendengar permintaan seorang raja,Allah juga mendengar rintihan seorang hamba.Allah Maha Adil.

Bayangkan,bagaimana Allah mampu melayan pelbagai doa daripada berbilion-bilion manusia.Daripada doa seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi,sehinggalah kepada doa seorang soleh yang memohon dipermudahkan urusan pengabdian kepada-Nya,namun Allah tetap sudi mendengar.Oleh sebab itu Allah bukanlah sahaja mendengar tetapi Dia Maha Mendengar!

Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia,sesama mereka terlalu ego dan bersikapberat sebelah,termasuk dalam soal mendengar ini.Ya,jika orang yang bercakap itu tinggi pangkatnya,maka orang bawahan senyap terpaku membisu.Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan,mungkin mendengarnya sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapanya.Kalau si kaya menegur semua pihak menelinga dan tunduk akur.Tetapi apabila si miskin yang mengadu,ramai yang berpaling dan menunjuk reaksi selamba.

Mengapa begitu sikap kita?Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mendengar?Malah lebih malang lagi,kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepada-Nya.Mengapa? Adakah mereka rasa Allah tidak mendengar atau malas hendak berdoa?

Sebenarya,malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dan kesan daripada keras hati itu menyebabkan kita ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat.Sebaliknya dengan berdoa hati akan menjadi lembut,fikiran akan menjadi cerdas,perasaan akan menjadi tenang dan anggota menjadi cerdas.

Jadi, doa bukan petanda lemah.Tetapi ia adalah sifat manusia gagah.Antara mustajab dengan terhijab,dimanakah doa kita?Sudikanlah mendengar peringatan daripada yang maha mendengar!

0 comments |

..:::Alam adalah sekolah umat manusia:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,
Alhamdulillah..

Inilah yang dipanggil kehidupan,menarik kan bunyi intronya? tetapi disebalik itu ada lagi yang menarik yang ingin saya kongsikan dimana ada kaitan dengan apa yang saya perkatakan pada permulaanya.Disuatu petang yang damai sedang saya melihat gelagat kanak-kanak riang bermain di taman permainan berhadapan dengan rumah ini pandagan salah tercuit untuk melihat ke sudut pandagan yang berbeza iaitu pemandagan sebuah sawah yang luas terbentang berselimutkan awan biru,diterangi sinaran matahari dan dihiasi burung berterbangan bebas berkicauan menandakan betapa indahkan ciptaan Allah terhadap alam semesta ini,subahanallah.Lalu terciptalah tulisan yang tidak seberapa ini untuk perkongsiaan bersama.

Lihat alam ini,seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia.Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia.Tumbuhan mengambil yang buruk(karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih untuk keperluan kita bernafas.Kulit,daun,akar,pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan ubat-ubatan,pakaian, dan perlindungan untuk manusia.


Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita,maka wajar pula kita bertanya,kita dijadikan untuk siapa?Ya,ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia ini.Oleh sebab itu,kerana misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraaan,maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai kemudahan dan bekalan.

Tegasnya,manusia diciptakan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah bagi memakmurkan,mengurus dan mentadbir muka bumi ini-itulah dwifungsi utama manusia diutus ke dunia ini.Menyedari peranan itu seluruh kelengkapan yang diberikan kepada manusia harus menjurus dan difokuskan ke arah perlaksanaan misi itu.Jagan disalahgunakan kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan.Akan datang detiknya,manusia akan dipanggil bersemuka dangan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan oleh-Nya.

Alam bukan hanya dilengkapkan dengan makanan,ubat-ubatan,perlindungan dan pakaian,tetapi alam ini juga membekalkan sesuatu yang sangat bermanfaaat bagai menjayakan misi kedatangan manusia.Alam yang tersedia ini turut membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya.Alam adalah sekolah yang manusia harus belajar di dalamnya pada setiap masa,keadaan dan suasana.

Alam ialah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenali dan mencintai penciptanya.Bulan,matahari,bintang,tumbuhan,haiwan adalah tanda-tanda yang boleh membuka fikiran,jiwa dan perasaan manusia untuk dekatkan diri pada Allah.Dan dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan,ketenagan,kejayaan,dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Dua misi besar itu sangat berat dan sukar.Misi ini adalah amanah yang pernah ditawarkan kepada langit,gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menoloknya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang,maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan,tetapi manusia sanggup memikulnya.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil."(surah al-Ahzab 33:72)

Gunung,langit dan bumi tidak sanggup menanggung misi yang begitu besar itu.Mereka hanya sanggup menjadi "pembantu" manusia untuk melaksanakanya.Jadi,mereka lebih rela dikuasai daripada menguasai manusia.Mereka hanya ingin menjadi sekolah,manakala manusia menjadi pelajar-pelajarnya.Allah yang menjadi "Guru" dalam sekolah besar ini sentiasa mendidik manusia agar menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaan-Nya dan syurga.Sedarkah kita?Maka jadilah pelajar yang baik,belajarlah dari alam yang terbentang luas ini.

0 comments |

::..Virus Nafsu..:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: ,

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim..


Kita heboh dengan masalah pembuangan bayi,sumbang mahram,rogol,zina,bunuh dan lain-lain jenyah dan kejahatan yang semakin meningkatkat khususnya bagi umat islam.Nmaun jalan penyelesaian yang tuntas seolah-olah masih samar.Kita lupa untuk melihat punca masalahnya.Kita seolah-olah tidak cuba kembali kepada akar masalah yaini mendidik nafsu seks yang menjadi salah satu punca utamanya.

Nafsu seks dan nafsu makan-adalah pangkal semua kejahatan-yang perlu diuruskan dengan baik.Namun,amat jarang kita mendengar pemimpin,ibu bapa,guru-guru mengigatkan kita bahawa nafsu itu ialah musuh yang wajib diperangi.Wahal itulah yang sering diperingatkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Pernahkah kita serius melihat dalam diri,bermuhasabah,dimanakah peringkat nafsuku?Ammarah,lawwamah ataumutma'innah?ini semua penting sebagai petunjuk utama kehancuran prestasi tamadun dan peradaban kita.Apabila kejahatan bermaharajalela,itu menunjukan nafsu didalam diri,keluarga.masyarakat dan negara sudah tidak dapat dikendalikan lagi.

Cuba tanya berapa kali kita melatih diri untuk menyihatkan badan dengan bersukan dan berolahraga?Bandingkan usaha itu dengan usaha melatih hawa nafsu kita dan keluaraga kita melalui proses mujahadah dan riadah al-nafs?Dan sudah berapa kali kita ingatkan umat ini tentang bahaya hawa nafsu berbanding bahaya korupsi,Aids,dadah,kemiskinan,perpecahan, dan lain-lain?Sedangkan segala yang bernama kejahatan dan keburukan berpunca daripada hawa nafsu.

Tanpa mengenali nafsu kita mudah ditipu.Nafsu ialah musuh yang sudah dianggap kekasih.Pujukan nafsu dianggap nikmat,manakala mengikutinya dianggap rahmat.Lihatlah apa yang kita tonton di kaca TV,bicarakan bersama masyarakat,bimbangkan keadaan masyarakat,usahakan dalam kehidupan,kadang-kadang tanpa sedar semuanya ke arah memenuhi kehendak nafsu.Lalu kita terus diperhambai kehendak yang tidak pernah puas.

Nafsu merupakan musuh batin yang hanya ketara menerusi pandagan"mata hati".Namun nafsu sentiasa bertarung dengan akal untuk menguasai hati.Musuh ini lebih licik daripada musuh dalam selimut.Nafsu satu-satunya musuh yang boleh berada dalam diri dan hati kita sendiri.

Kalau tanpa mikroskop kita tidak akan dapat melihat virus atau bakteria yang menjadi punca penyakit fizikal.maka begitulah dengan hati,tanpa suluhan ilmu berkaitan hati (tasawuf atau tazkiah al-nafs) kita tidak akan dapat melihat kejahatan nafsu.Sekali gus tidak dapat mengesan apa yang menjadi punca penyakit hati.

Ironinya,penyakit fizikal yang paling kronik akan berakhir dengan kematian.Tetapi penyakit hati tidak akan berakhir semacam itu.Ia akan menyeksa pesakitnya di dunia dan akan menyebabkan penderitaan yang selama-lamanya diakhirat.Nauzubillah.Maka mengapa kita tidak serius terhadap ancaman virus hati yang bernama nafsu ini?Bukankah nafsu sedang mencengkam hati dan kehidupan kita?

Kita hanya perlu mengulangi apa yang pernah dipesan oleh Rasulullah s.a.w ,bahawa musuh yang sangat bahaya adalah nafsu yang ada dalam diri kita.Ya, telah lebih seribu empat ratus tahun Rasulullah s.a.w mengingatkan kita.Ayuh,marilah kita bersama-sama melawan arus penyakit ini.

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...