Wahai Remaja,Apa Dah jadi??

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Pada kali ini izin saya sebagai seorang yang cintakan agama islam ini untuk meluahkan tentang isu yang kalau hendak diperkatakan mungking acap kali diperkatakan atau diperdebatkan disetiap pelusuk negara ini, baik diperingkat kampung mahupun bandar,dan diperingkat tertinggi pun sudah sering dibicarakan dan sudah banyak solusi diutarakan bagi mengatasi permasalah ini iaitu isu Remaja.Siapa remaja?kenapa remaja?,itulah antara beberapa persoalan yang timbul sedangkan jawapanya begitu mudah untuk diterjemahkan tetapi kenapa tidak juga selesai masalah?Mari kita lihat mengapa dan kenapa ini semua terjadi khususnya kepada si remaja yang beragama islam.

Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir…iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin..yang kini sudah semakin hilang.

Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Mereka telah menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yg digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).



Inilah yang menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat islam sekarang,cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.



Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya yg mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual. Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini,sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Pulak tu, kalau ada anak zina dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?



Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah saudara-saudara seislamku..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

(surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).

Jadi..tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita. Macam mana nak buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang dan islam. Semoga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nak susah fikir pasal orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)


jadilah pemuda seperti Hassan Al-Banna





Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?Ayuh sama-sama kita cetuskan kembali gelombang kebangkitan islam dimata dunia. insyallah.



0 comments |

:::Nak Berhibur?Boleh Tak?:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::


Assalamualaikum,dan seperti biasa apa khabar iman?

Pada kali ini saya tergerak hati dan akal untuk membincangkan tentang isu berhibur,almaklum sajalah sekarang saya sepenuh masa berada dirumah dan tidak dapat lari daripada biasan gelombang hiburan dari dalam negara atau luar negara samada melalui media cetak dan electronic.Daripada itu jauh dari lubuk hati saya tercuit mengatakan adakah saya mahupun orang lain terlepas pandang mengenai tentang adap-adap berhibur secara islam?adakah betul cara kita?dari itu melalui beberapa rujukan dapat saya huraikan untuk menjawab persoalan tersebut melalui beberapa potong ayat Al-quran dan hadis insyallah dapat kita kongsikan bersama.

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

(surah Az Zariyyat :56)

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM DAN HIBURAN Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”.(surah Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.

Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

1 comments |

:::Adakah kita Ikhlas?:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::




Assalamualaikum,apa khabar iman?

Entah kenapa susah sagat hendak melelapkan mata malam ini,macam ada yang tak kena je?harap-harap semua baik hendaknya.Entah kenapa dengan tiba-tiba terlintas dalam fikiran ini untuk menulis sesuatu berkenaan tentang Ikhlas,em terlintas dalam benak fikiran ini beberapa soalan iaitu apakah semua perkara yang saya lalui sepanjang hidup ini ikhlas kerana Allah?dan Adakah diri benar-benar ikhlas menerima setiap apa yang Allah berikan pada kita?.Daripada itu teringat beberapa potong ayat Al-Quran dan hadis mengenai ungkapan Ikhlas ini yang bermaksud;

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)

Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)

Ikhlas. Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)

Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid

Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.

Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)

Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati dan iman.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.

Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.

Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut mengikut pandagan saya berdasarkan beberapa rujukan;

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.

2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.

3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.

4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.

5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.

6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).maaf kalau kata-kata itu agak sinis bunyinya tetapi itulah realiti sebenar umat islam kita sekarang,sama-samalah kita fikirkanya insyallah.Sesungguhnya apa yang baik itu dari allah dan yang kurang itu atas kelemahan diri ini sendiri sebagai hamba penyampai.



0 comments |

:::Pentingnya Kesihatan Dalam Islam:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::





Assalamualaikum,apa khabar iman?

Allah taala yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya di atas muka bumi ini. Akan tetapi kurniaan aneka nikmat tersebut tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun sesuai dengan mafhum,


firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 34 bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.


Antara kurniaan nikmat yang tiada ternilai harganya ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan ini, manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan aman sentosa. Dengan kesihatan juga, manusia dapat melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan baik. Begitu juga dengan kesihatan yang menghiasi seseorang, dia dapat melakukan ibadah kepada Allah taala dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya kehidupan Muslim .


Akan tetapi, ada manusia yang alpa dan leka dek kesihatan yang menyerikan hidupnya hinggakan dia tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian dari detik kehidupan yang dia lalui. Dalam hal ini, Rasulullah ada memberi peringatan tentang kesihatan ini di mana baginda bersabda yang bermaksud:


Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)


Kebanyakan manusia hanya menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan apabila mereka ditimpa kesakitan atau ditimpa penyakit. Dalam keadaan ini, barulah mereka menginsafi betapa kesihatan amat penting dalam kehidupan mereka. Pada ketika itu, barulah mereka menyedari betapa perlunya mereka menjaga diri mereka dan juga mengekalkan kesihatan mereka supaya aktiviti kehidupan mereka tidak tergendala.


Perlu diingat bahawa maksud kesihatan ini menurut perspektif Islam bukan hanya terhad kepada kesihatan lahiriah atau jasmaninya sahaja, malahan ia juga turut mencakupi kesihatan batinnya atau rohaninya. Hakikat ini menepis sama sekali kesilapan persepsi umat Islam yang hanya menekankan kepada kesihatan jasmani semata-mata dengan mengabaikan aspek kerohanian yang amat penting dalam menentukan nasib kesudahan setiap Muslim.


Begitu juga, Islam menolak pandangan sebahagian umat Islam yang hanya menitik beratkan kesihatan rohaninya sahaja tanpa mengambil berat akan aspek kesihatan jasmaninya. Justeru itu, Islam adalah ad Din yang seimbang dalam urusan duniawi dan ukhrawi. Kedua-duanya ada hak yang perlu ditunaikan dan dilaksanakan sebagaimana firman Allah taala dalam Al quran


surah al-Qasas, ayat 77 yang bermaksud: Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau lupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dunia.


Ayat ini mengungkapkan dengan jelas bahawa di samping mengejar pahala dan ganjaran akhirat, kita tidak boleh melupakan tuntutan dunia.


Kalaulah begini kepentingan kesihatan dalan kehidupan Muslim, maka kita melihat betapa Islam dari awal-awal lagi telah memberi perhatian yang serius dalam isu kesihatan ini. Jika diperhatikan secara halus, kita mendapati Islam menyediakan garis panduan yang lengkap kepada umatnya tentang kesihatan dari segi penjagaan, pengekalan dan pengawalannya.



1 comments |

Hari Jumaat

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamulaikum,apa khabar iman?

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang satu yang masih meminjamkan denyutan jantung ini dan dipanjangkan umur saya ke satu hari lagi dihari yang penuh keberkatan ini.

Semoga apa yang ingin saya kongsikan kali ini dapat kita mengambil manfaat bersama disamping bermuhasabah diri ini.

Satu SMS dari rakan masuk ke Inbox Handset saya berbunyi “27.11.09 aidiladha – Jumaat; 18.12.09 maal hijrah – Jumaat; 25.12.09 krismas – Jumaat; 01.01.10 tahun baru – Jumaat; 15.01.10 Gerhana matahari – Jumaat; 26.02.10 maulidur rasul – Jumaat; 10.09.10 aidilfitri -Jumaat; 27.08.10 nuzul al-Quran - Jumaat; Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat, maka adakah dengan kebetulan-kebetulan seperti ini, kiamat sebenarnya telah dekat?” Renung-renungkan.

Wah! Prihatinnya. Alhamdulillah, ada orang yang masih lagi peka dan ada kesedaran untuk saling ingat memperingati tentang sesuatu yang dapat menambah iman. Mengingati kematian, ingat kepada hari pembalasan (Akhirat) itu adalah sumber makanan rohani bagi meningkatkan keimanan. Tetapi adakah perbuatan ini wajar? Adakah dibenarkan di sisi syarak?

Sememangnya ada hadis daripada Rasulullah SAW, yang mengaitkan hari kiamat dengan hari Jumaat. Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya “al-Muwatta” bahawa Rasulullah SAW bersabda (Maksudnya) ;

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.

Satu hadis lain, daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda(yang bererti)

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Bagaimanapun, setakat ingatan dari ilmu saya yang tidak seberapa ini, tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa sebagaimana yang disebutkan dalam SMS tersebut di atas tidak ada kaitan dengan tanda-tanda ketibaan hari Kiamat dalam Islam. Agama telah menggariskan beberapa tanda-tanda hampirnya hari kiamat; sama ada tanda kecil ataupun besar (kubra).

Tanda-tanda kecil Kiamat telah banyak dan mungkin kesemuanya telahpun berlaku. Cuma tanda-tanda besar ada yang telah berlaku dan ada yang belum terjadi seperti kejadian terbitnya matahari dari ufuk barat dan terbenam di ufuk timur. Hayatilah tanda-tanda kiamat seperti anjuran Islam itu terlebih baik daripada menghubungkaitkan segala peristiwa dan tarikh-tarikh dengan kedatangan hari Kiamat.

Persoalan Kiamat, kematian, kehidupan, rezeki, jodoh pertemuan, qada dan qadar serta segala yang berkaitan dengan alam ghaib adalah kerja Allah. Dia tidak meminta hamba-hambaNya mencampuri urusanNya itu kerana ada amanah lain yang mampu dilakukan, yang perlu dan sepatutnya dilakukan.

Mafhum firman Allah “Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki”.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, janganlah terlalu merungsingkan fikiran sehingga hendak menghitung segala hari, mengambil peduli segala peristiwa dan tarikh dan mengaitkan dengan sesuatu yang akan membawa maksud “masuk campur urusan Allah”. Bukan itu sebenarnya yang Allah suruh.

Tazkirah memanglah perkara patut dan perlu dilakukan kepada sesama manusia. Itu penting bagi memberi kesedaran dan peluang menambah iman. Tetapi biarlah bahan tazkirah itu apa-apa yang dianjurkan oleh al-Quran (yakni ayat-ayat al-Quran sendiri), atau bersumberkan hadis Nabi atau paling tidakpun bahan tazkirah daripada kata-kata sahabat, alim ulama dan mereka yang beramal dengan ajaran Islam.

Mengambil tazkirah daripada tarikh-tarikh (terutama yang akan terjadi seperti 31 Disember 2012) itu sebenarnya menakutkan manusia terhadap perkara yang tidak terjangkau oleh pemikirannya dan tidak pula dianjurkan oleh penciptanya. Dalam al-Quran Allah tidak mengambil tarikh sebagai sumber cerita dan bahan pengajaran. Sebaliknya Allah mengambil peristiwa seperti kisah umat-umat terdahulu yang derhaka dan ingkar.

Pepatah arab ada mengatakan “Manusia itu adalah musuh kepada perkara-perkara yang masihbelum diketahuinya” yakni perkara-perkara yang belum terjadi, yang masih di dalam ilmu Allah yang menciptakan. Sehingga dulu-dulu, kerana takutkan sesuatu perkara buruk menimpa, manusia pernah meminta bantuan Jin dan Syaitan yang pada masa itu mampu naik ke langit dan meninjau-ninjau khazanahnya lalu membawa berita kepada manusia.

Perbuatan sedemikian (contoh menilik nasib) berbantukan Jin, Iblis dan Syaitan adalah dilarang dan termasuk dalam dosa besar di sisi Islam.

Apa yang ana cuba sampaikan di sini adalah, jangan gerun kepada tarikh bila hari Kiamat itu, sepatutnya kita yang menyakini Kiamat itu perlu berusaha membuat sebaik persiapan ke arahnya. Ataupun kita semua ini yang yakin dengan kematian (kiamat setiap individu) perlu sentiasa bersedia dengan amalan yang terbaik yang akan dinilai oleh Allah.

Kalau pada masa sekarang kita berhadapan dengan waktu makan, maka makanlah. Sekiranya tiba waktu malam dan rasa mengantuk pula, tidurlah. Atau telah tiba waktu solat, maka solatlah. Jangan kerana asyik melakukan satu-satu perkara maka dilupakan atau disengaja lupakan tanggungjawab yang lain. Tanggungjawab terhadap Allah itulah yang utama.

Jangan kita menyebarkan sesuatu perkara walaupun dengan niat yang baik tetapi menggunakan sumber yang lain daripada yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dalam Islam setiap perkara itu jelas dan perkara-perkara yang ada kaitan secara langsung dengan konsep akidah itu telah lengkap sempurna dan tidak boleh ditokok tambah.

Perkara-perkara berhubung alam ghaib, kiamat, syurga dan neraka perlu diajar, disampaikan berdasarkan sumber-sumber tertentu sahaja yang Qatie. Umat Islam tidak perlu mengambil sumber pegagangan ahli agama lain dan mengaitkannya dengan perkara-perkara Qatie dalam agama Islam.

Tetapi, perkara-perkara yang melibatkan ramalan yang tidak ada kaitan dengan perkara akidah seperti ramalan cuaca itu bolehlah diteruskan. Pun begitu, perkara asas hendaklah juga tidak dilupa, bahawa ramalan cuaca itu hanya ramalan semata-mata, ketentuan itu adalah hak milik mutlak Allah SWT.

Cuma perkara itu (ramalan cuaca) bolehlah diteruskan dan sebaliknya ramalan kiamat adalah tidak boleh dibuat langsung. Ia adalah perkara Akidah dan tidak bersumberkan sunnah Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah meramalkan kiamat tetapi hanya menyebut tanda-tandanya sahaja. Sebarkanlah apa-apa yang disebut oleh Baginda sebagai tazkirah yang baik. Bukan selain daripadanya.

Wallahu aklam.

0 comments |

Indahnya Kemaafan

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan apa khabar iman?

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??disini saya dapat mengutarakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran dan beberapa Hadis bagi persoalan berikut insyallah dpat kita kongsikan bersama.



Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)

“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)

Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)

Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.


Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)


0 comments |

Salam kembali

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,salam sejahtera sebagai pemula kata dan pembuka bicara saya pada kali ini di laman dakwah ini,insyallah.


Sudah lama rasanya tidak bersua di laman maya ini dimana titik-titik kata saya coretkan,buah fikiran saya kongsikan agar kita mendapat manfaat bersama.Rindu rasanya pada jalan dakwah yang kecil ini tetapi sekecil-kecil perkara ini juga lah yang akan diperhitungkan oleh Allah diakhirat kelak,asbab agak lama saya menyepi adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakan dan mungkin juga salah satu takdir hidup saya,dimana pada 21hb itu saya menjalani pembedahan lutut kiri disebabkan kecederaan yang agak serius.

Saya berada dihospital selama beberapa hari sebelum pulang kerumah,dalam jangka masa tersebut keadaan badan saya tidak berapa stabil mungkin disebabkan kesan sampingan dari pembedahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Alhamdulillah dalam keadaan sekarang keadaan itu berubah dari hari ke hari dimana keadaan mula bertambah baik,ini mungkin juga berkat doa-doa rakan sekalian untuk melahat saya kembali sembuh insyallah..

Ini serpihan kata-kata ini menjadi tanda ucapan saya kembali lagi dimedan penulisan dan dakwah ini,semoga bayak lagi ilmu yang dapat saya perolehi disamping perkongsian ilmu dari saya insyallah dapat dimanfaatkan kita bersama.


0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...