Aku Benci Facebook??
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: Peringatan, Tentang Saya

MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.

Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.
Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.
Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.
Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.
Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.
Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.
Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.
“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.
Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.
Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.
Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.
Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”
Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.
Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.
Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.
Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,
“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”
Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,
“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination). Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.
Kenapa kita bertangguh?
1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita
2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan
3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah
4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar
5) Tidak ada perancangan yang baik
6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri
7) Kita takut untuk berubah.
8) Kita takut gagal
9) Matlamat tidak jelas
10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai
11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.
12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat
13) Melayan sikap malas
14) Amalan tabiat kerja last minutes
15) Kurang dorongan
16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian
17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius
18) Tiada semangat yang jitu dan mantap
19) Tabiat tidak menghargai masa
Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!
Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.

Salam ukhwah.. Saya berdoa Moga Allah mengiringi setiap apa yang akan saya tuliskan supaya niatnya tidak lari dan hanya untuk berkongsi seberapa perkara dari pemikiran dan pengalaman saya yang masih cetek. Saya bukanlah sesiapa. Tiada authority mahupun nama gah yang sudah terkenal supaya orang mendengar apa yang saya tuliskan. Saya cuma menulis (semoga Allah membenarkan saya dan menjaga niat saya) hanya untuk membawa kepada kebenaran dan hak kerana bukan saya untuk menyingung atau mencanag mana-mana pihak akan tetapi ialah sesuatu perkongsian ilmu yang bermanafaat untuk semua insyallah
Tidakkah kita secara sedar atau tidak, berasa sudah lali dengan program-program Islam? Di surau-surau, di pentas ceramah besar-besaran, di kaca television, bersama ilmuwan tersohor. Bahkan dalam suasana sekarang, institusi halaqah juga semakin giat dan mantap. Semakin dahsyat dan membugar. Dan secara jujur (walaupun agak kejam), sudah membosankan dan ramai sudah tidak ambil kisah. Ya, ada halaqah. Ya, ada ceramah. Ya, ada pengisian di masjid itu dan masjid ini. Ustaz itu dan ustaz ini. Habis tu?
Rohnya seakan hilang. Kekuatan dan ‘izzahnya seakan kurang. Ianya dilihat seakan sama dengan program-program biasa. Tiada beza. Sama sahaja. Tiada apa yang menarik. Tiada apa yang berubah. Ya, sama sahaja.
Kenapa jadi begitu? Itulah persoalannya yang sering timbul. Kenapa ada yang sampai melihat tiada beza, bahkan menyamakan ianya dengan kempen Islam Hadhari dan Sure Heboh yang dalamnya ada slot ceramah agama?
DAKWAH RASULULLAH SAW
Cuba Kita soroti perjalanan dakwah Rasulullah SAW sebagai pemangkin tenatng apa yang kita lakukan.
Perkara pertama dakwah Rasul adalah mentauhidkan Allah. Rasulullah SAW memulakan dakwah baginda dengan menyampaikan wahyu yang paling asas dari kalam Tuhan, yakni kalimah Tauhid yang agung:

Dan di situ berlangsungnya satu lagi kesaksian:

Lihat kembali, perkara pertama yang Rasulullah bawakan adalah kalimah Tauhid yang dalamnya terkandung makna kehidupan. Terkandung makna sebuah perjalanan dan pengabdian serta kemanisan iman.
KEADAAN ZAMAN RASULULLAH
Kita soroti pula keadaan zaman Rasul dahulu. Ciri jahiliah yang utama adalah tidak mentauhidkan Allah. Bukan dari segi makna penyembahan berhala sahaja. Tetapi dari segi meletakkan konsep Tuhan atau dalam bahasa arabnya 'illah' itu di mana. Harta boleh menjadi tuhan. Perempuan yang mereka tergila-gila boleh menjadi Tuhan. Nafsu boleh menjadi Tuhan. Kerana mereka menjadikan itu semua sebagai Tuhan. Sedangkan apa yang Rasul bawa adalah meletakkan Allah sebagai satu-satunya yang kita inginkan, harapkan, cintakan dan agungkan.
Ketika zaman Rasul, penduduk awal Makkah menganut agama nabi Ibrahim, agama Islam juga. Tetapi kemudiannya wujud penyembahan berhala yang punya sejarahnya tersendiri. Maka campur aduk berlaku. Dan ketika itu ummat menjadi kacau bilau. Zina. Korupsi. Pembunuhan. Kekejaman. Kezaliman.
Saya ingin bertanya pada anda, semasa zaman yang kita duduki sekarang, sama atau tidak apa yang berlaku? Campur aduk perkara yang shubhah bahkan syirik dan khurafat adalah perkara biasa.
Mengagungkan harta dan pangkat serta wanita sedangkan di mulut sahaja mengatakan kita cinta Allah, adalah perkara biasa.
Membunuh, zina, korupsi, kezaliman. Semua itu bagai dalam kehidupan seharian. Tak perlu saya nyatakan.
Lalu lihat kembali ketika zaman Rasul, apa yang pertama sekali baginda bawakan kepada ummat yang sedang berada dalam kacau bilau ketika itu?
Satu solusi yang amat tepat. Kalimah tauhid. Kalimah akidah yang membawakan perubahan total dalam diri.
Ada baginda mengatakan mari kita melakukan program itu dan ini? Mari kita membuat parti itu dan ini? Tidak. Nyata sekali tidak. Apa yang baginda lakukan adalah proses menjernihkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang penuh dengan lumpur jahiliah. Supaya hati itu bersih dan suci tanpa sedikit pun calit lumpur jahiliah, maksiat dan noda.
Rasul menyediakan hati-hati itu dahulu. Hati yang menjadi anak kecil merintih dan menangis di hadapan Tuhan di malam hari dan kemudiannya menjadi singa belantara digeruni sesiapa sahaja. Dari akidahnya, ibadahnya dan akhlaknya.
Kemudian barulah hati-hati itu dikumpul menjadi satu jasad yang kuat. Yang bergerak bersama dengan denyut nadi serta corak fikir yang sama yakni dengan tujuan adalah mencapai redha Allah. Tiada lain. Itu sahaja.
Hatinya cuma ada Allah dan Rasul. Segalanya demi Allah dan Rasul. Segalanya demi Islam dan ummat.
Tetapi yang kita lihat kini adalah bilamana program-program itu yang menjadi tujuan dan matlamat. Kejayaan program adalah matlamat terbesar. Sedangkan program atau apa sahaja yang kita namakan cumalah jalan dan wasilah.
Kita sentiasa mengambil mudah. Jika kita lihat saudara kita memakai kopiah, atau saudari kita bertudung labuh gaya alim, kita sudah menganggap tiada apa yang perlu dia perbaiki pada dirinya.
Kita soroti lagi kisah zaman Rasul. Di mana Aisyah sendiri kagum pada seorang wanita kerana kehebatan beliau beribadah. Tetapi Rasul dengan mudah mengatakan wanita itu adalah ahli neraka. Kerana mulut wanita itu tak dijaga.
Lihat. Sepatutnya peristiwa itu sebenarnya dicipta untuk kita ambil pengajaran. Selepas menyempurnakan akidah manusia supaya tiada lagi kesyirikan dan memahami bahawa meletakkan Allah di tempat yang paling agung, dan kemudiaannya menyempurnakan pemikirannya dan kesediaannya dalam beribadah, kita harus lihat dengan teliti pada akhlaknya.
Rujuk kembali pada sirah ketika Abu Zar menempelak Bilal. Lalu Rasulullah mengatakan kepada Abu Zar, ”Kamu masih ada jahiliah dalam diri kamu”. Lihat, bagaimana Rasul menyempurnakan akhlak Abu Zar. Taaruf baginda dengan Abu Zar cukup rapat sehinggakan Abu Zar berkata, ”Wahai Bilal, pijak lah kepala aku”.
Kenapa tidak kita ambil ibrah dari sirah. Dari Al Quran. Kita lebih kepada berprogram sehinggakan lupa bahawa apa yang ingin dibawa.
Sebenarnya kita ini menyeru kepada apa?
Kepada Islam?
Kalau benar kepada Islam, beginikah caranya? Beginikah manhaj dan marathib yang sudah Rasul, sahabat, Tabiin, Tabhi Tabiin dan Salafussoleh gariskan?
Kerana itu apa yang berlaku, kadang-kadang sikap golongan pendakwah sendiri lebih teruk daripada mereka yang baru mula hendak belajar tentang Islam.
Dan hasilnya mudah sahaja. Kerana itu lah jadinya, ramai sudah berasa loya dan bahkan muak mendengarkan tentang Islam. Silapnya pada da’ie itu sendiri. Kerana apa? Kerana jalan yang ditempuhnya dicipta sendiri. Tidak meneliti apa yang Rasul sudah tunjukkan.
Fikirkanlah kembali. Persatuan, program, bahkan parti itu cumalah wasilah. Cumalah jalan. Membentuk manusia kepada menjadi Muslim sebenar bagaikan seorang seniman yang sedang memahat arcanya yang teragung. Dia perlu membentuk dengan konsentrasi. Memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang. Bukan hanya memukat manusia dan mengatakan kita sudah mengumpulkan sejumlah pendokong Islam.
Anda yakin jumlah yang anda kumpulkan bukan angka-angka yang kosong?
Anda yakin pemuda-pemuda yang anda kumpulkan adalah pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya dan hatinya di jalan Islam?
Anda yakin rijal-rijal yang anda pukat dalam program mega anda adalah mereka yang sanggup menyerahkan nyawa untuk Islam?
Anda yakin bahawa jumlah beribu-ribu yang anda kumpulkan itu bukan hanyalah bayangan?
Fikirkanlah kembali. Saya yakin kebanyakan daripada penggerak ummat kini adalah mereka yang Faqih dalam bidang Islam. Yang secara praktikalnya mengambil pengajian Islam di Universiti. Saya cuma pengkaji batu. Kalau anda mahu mendengar apa saya katakan, itu semua saya serah pada Allah. Jika anda tidak mahu, saya serahkan juga pada Allah.
Jangan sampai kita menjadi fitnah dan beban kepada Islam.Apa yang baik semuanya daripada allah dan segala kekurang atas kelemahan akal fikiran saya sendiri untuk memkirkan satu wacana terbaik dalam perkongsian ilmu allah yang penuh dengan rahsia dan kegemilangan ini.
Wallahu’alam.

Mungkin agak berasa janggal untuk aku berbicara lanjut tentang perkara yang sebegini almaklumlah diri ini banyak kekurangan dan baru hendak mengenali nilai islam yang sebenar dalam islam ini tetapi itu bukanlah pengalang untuk saya berbicara tentang ini, insyallah akan cuba saya memberi kupasan yang terbaik untuk anda fikirkan dan kongsi bersama kerana dalam islam.Kenapa tajuk ini ini,ini adalah kerana setiap daripada kita akan mengarunginya tetapi yang menjadi persolanya sekarang kenapa Nikah muda??dan akan timbul bermacam-macam lagi persoalan yang tidak payah diceritakan disini kerana ia ada didalam benak pemikiran anda.

KADANG-KADANG
Perkataan atau ungkapan yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita seharian,bunyinya agak mudah dan senang disebut,tetapi apabila ia diterjemahkan dalam bentuk maksud iaitu sesuatu perkara yang kita lakukan tetapi tidak begitu konsistan atau dalam bahasa yang lebih mudah tidak selalu kita lakukan .Bukan maksud itu yang ingin saya huraikan tetapi ialah bagaimana ia dapat dugunakan untuk kita bermuhasabah tentang diri kita sendiri.
Kita manusia tetapi kadang-kadang kita lupa diri kita ini siapa sebenarya.
Kita ada otak tetapi kadang-kadang kita tidak boleh secara waras dalam sesuatu perkara
Kita ada hati tetapi kadang-kadang kita kita tidak pernah merasai penderitaan atau kesedihan yang orang lain rasai
Kita ada mata tetapi kadang-kadang kita gunakan untuk melihat perkara yang tidak sepatutnya kita lihat
Kita ada mulut dan lidah tetapi kadang-kadang apa yang dipertuturkan langsung tidak berfaedah dan meyakitkan hati.
Kita ada telinga tetapi kadang-kadang kita tidak gunakan untuk mendegar perkara yang sepatutnya didegari
Kita ada tangan tetapi kadang-kadang kita tidak sedar pun yang ia banyak melakuakan dosa daripada amal
Kita ada kaki tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk berjalan ke masjid/surau
Kita ada allah tetapi kadang-kadang kita terlupa kepadanya sedangkan dialah yang paling berkuasa di alam semesta ini
Kita ada nabi tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk mengigatinya dan sukar untuk mengamalkan sunnahnya
Kita ada al-quran tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk membacanya sedangkan ia adalah petenjuk yang nyata bagi kita semua
Kita ada ibubapa tetapi kadang-kandang kita lupa untuk mengembirakan hati mereka dan menghormati mereka.
Kita ada kawan-kawan tetapi kadang-kadang susah untuk mencari mereka dikala kita dalam kesedihan dan kesusahan.
Kita ada orang yang kita cintai tetapi kadang-kadang kita tidak sedar akan betapa sayangya sidia kepada kita.
Kita tahu kita akan mati tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk bertaubat sebelum nyawa diakhir hembusan
Sama-samalah kita bermuhasabah diri ini kerana kita ini manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan adakah kadang-kadang itu menjadi kebaikan dalam hidup ini ataupun sebaliknya