Umat Islam: Antara Kualiti? dan Kuantiti?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum sebagai pembuka kata dan pemula bicara saya pada kali ini,insyallah apa yang dapat saya kongsikan kali ini diberkati allah dan sebagai muhasabah untuk diri saya sendri dan semua yang lain,kerana rasulullah saw pernah berkata sampailah walaupun sepotong ayat insyallah dapat kita kongsikan bersama.
Berdasarkan tajuk di atas, kita semua sedia maklum akan istilah kualiti dan kuantiti.Kualiti menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah "darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan".Manakala kuantiti pula ialah "banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu); mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal".
Oleh itu,saya menganggap para pembaca mengetahui akan istilah tersebut.
Namun begitu,tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk membincangkan mengenai istilah tersebut tetapi merenung kembali serta bertujuan muhasabah diri akan permasalahan yang semakin meruncing dalam kalangan umat Islam masa kini.

Apa yang di maksudkan ialah gejala sosial yang melanda anak-anak muda yang semakin jauh dari ajaran dan syariat Islam. Inilah yang di semaikan dan di pupuk ke dalam jiwa mereka oleh bangsa-bangsa Yahudi yang sememangnya ingin menjatuhkan Islam sejak dari dahulu lagi.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120).
Mereka(yahudi dan nasrani) begitu sekali bencikan Islam,tetapi malangnya umat Islam hari ini tidak mengambil tahu akan hal ini serta apa yang di firmankan Allah di dalam Al-Qur'an.
Mengapa umat Islam hari ini tidak sedar?Kerana Yahudi dan sekongkolnya sudah mengubah taktik mereka. Jika pada zaman dahulu mereka menggunakan kekuatan fizikal untuk memerangi umat Islam, tetapi pada zaman sekarang tidak mustahil mereka menggunakan kekuatan dari segi mental,psikologi dan minda.
Lihat sahaja di sekeliling kita.Anak-anak muda lebih cenderung mengamalkan cara hidup ala Barat berbanding ketimuran kerana di dalam minda mereka di semaikan ideologi ketimuran yang di sangkakan jumud. Mereka menganggap cara hidup Barat lebih bebas dan tidak menghalang hak asasi mereka.Pergaulan bebas antara lelaki perempuan(ikhtilat),budaya couple,tidak menutup aurat mengikut syariat,hiburan yang berlebihan dan banyak lagi contoh lain.Mereka(anak-anak muda Islam) tidak sedar.Mungkinkita perlu merenung kembali hadis nabi yang berbunyi : Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim).

Perlulah kita kembali pada tali Allah kerana suatu hari nanti kita akan mati(tidak tahu bila),meninggalkan dunia.Firman Allah Subhanahu wa Taala:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” [Ali Imran: 102].Ayat ini Ibn Abbas Radhiallahu ‘anh menafsirkannya begini: “Hendaklah Tuhan itu ditaati, jangan diderhakai, disyukuri jangan dikufuri dan diingati jangan dilupai”.

Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah [agama Islam], dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan [semasa jahiliah dahulu], lalu Allah menyatukan di antara hati kamu [sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam], maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka [disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah], lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu [disebabkan nikmat Islam juga]. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” [Ali Imran: 103].
Al-Sonhadji menafsirkan: “Tali Allah di sini ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu berpecah-belah, yakni jangan berselisih di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah”

Berdasarkan dua ayat Al-Qur'an(terjemahan) yang di beri,jelaslah bahawa kita wajib berpegang teguh kepada tali Allah iaitu jalan yang lurus.

Namun begitu,umat Islam hari ini yang paling ramai di dunia tetap di pijak oleh Yahudi.Lihat sahaja isu terbaru yang berlaku di perairan antarabangsa di mana bantuan yang ingin di salurkan ke Gaza di halang oleh rejim zionis.Mengapa umat Islam di tindas sebegitu rupa?Kerana umat Islam hari ini berpecah belah antara satu sama lain.Kita sedia maklum bahawa umat Islam adalah paling ramai di dunia.Tetapi,mana perginya mereka di saat saudara mereka di tindas?
Nukman bin Basyir ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam [HR. Bukhari ; Muslim ; Ahmad].Apakah kita mengingkari hadis ini?


"Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku
berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan
Nasa'i). Menurut hadis ini,Rasulullah saw berbangga kerana ramainya umat Islam yang akan lahir hasil dari perkahwinan yang sah.Tetapi,di mana jaminan kualiti umat Islam yang akan lahir ini?
Dari segi kuantiti,kita umat Islam menang kerana ramainya umat Islam di dunia.Tetapi dari segi kualiti kita masih di bawah,jauh dari ajaran Rasulullah dan suruhan Allah seperti apa yang sudah di ulas.

Saudara-saudaraku, janganlah kamu semua khuatir dan takut kepada musuh-musuh Islam.Berjuanglah(jihad) pada jalan Allah dan yakinlah pada pertolongan-Nya berdasarkan firman Allah:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."(Al-Baqarah:214)

Kesimpulan di sini ialah kita perlu meningkatkan kualiti sebagai umat Islam bukan sekadar melahirkan lebih banyak generasi bergelar Islam,tetapi generasi yang berpegang teguh pada tali Allah.Wallahualam.

1 comments |

[[[ Nikah Muda? dan Bahagia?]]]

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

Mungkin agak berasa janggal untuk aku berbicara lanjut tentang perkara yang sebegini almaklumlah diri ini banyak kekurangan dan baru hendak mengenali nilai islam yang sebenar dalam islam ini tetapi itu bukanlah pengalang untuk saya berbicara tentang ini, insyallah akan cuba saya memberi kupasan yang terbaik untuk anda fikirkan dan kongsi bersama kerana dalam islam.Kenapa tajuk ini ini,ini adalah kerana setiap daripada kita akan mengarunginya tetapi yang menjadi persolanya sekarang kenapa Nikah muda??dan akan timbul bermacam-macam lagi persoalan yang tidak payah diceritakan disini kerana ia ada didalam benak pemikiran anda.


Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah

Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

0 comments |

:::'''Kadang-Kadang''':::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels:: , ,

KADANG-KADANG

Perkataan atau ungkapan yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita seharian,bunyinya agak mudah dan senang disebut,tetapi apabila ia diterjemahkan dalam bentuk maksud iaitu sesuatu perkara yang kita lakukan tetapi tidak begitu konsistan atau dalam bahasa yang lebih mudah tidak selalu kita lakukan .Bukan maksud itu yang ingin saya huraikan tetapi ialah bagaimana ia dapat dugunakan untuk kita bermuhasabah tentang diri kita sendiri.

Kita manusia tetapi kadang-kadang kita lupa diri kita ini siapa sebenarya.

Kita ada otak tetapi kadang-kadang kita tidak boleh secara waras dalam sesuatu perkara

Kita ada hati tetapi kadang-kadang kita kita tidak pernah merasai penderitaan atau kesedihan yang orang lain rasai

Kita ada mata tetapi kadang-kadang kita gunakan untuk melihat perkara yang tidak sepatutnya kita lihat

Kita ada mulut dan lidah tetapi kadang-kadang apa yang dipertuturkan langsung tidak berfaedah dan meyakitkan hati.

Kita ada telinga tetapi kadang-kadang kita tidak gunakan untuk mendegar perkara yang sepatutnya didegari

Kita ada tangan tetapi kadang-kadang kita tidak sedar pun yang ia banyak melakuakan dosa daripada amal

Kita ada kaki tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk berjalan ke masjid/surau

Kita ada allah tetapi kadang-kadang kita terlupa kepadanya sedangkan dialah yang paling berkuasa di alam semesta ini

Kita ada nabi tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk mengigatinya dan sukar untuk mengamalkan sunnahnya

Kita ada al-quran tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk membacanya sedangkan ia adalah petenjuk yang nyata bagi kita semua

Kita ada ibubapa tetapi kadang-kandang kita lupa untuk mengembirakan hati mereka dan menghormati mereka.

Kita ada kawan-kawan tetapi kadang-kadang susah untuk mencari mereka dikala kita dalam kesedihan dan kesusahan.

Kita ada orang yang kita cintai tetapi kadang-kadang kita tidak sedar akan betapa sayangya sidia kepada kita.

Kita tahu kita akan mati tetapi kadang-kadang kita terlupa untuk bertaubat sebelum nyawa diakhir hembusan

Sama-samalah kita bermuhasabah diri ini kerana kita ini manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan adakah kadang-kadang itu menjadi kebaikan dalam hidup ini ataupun sebaliknya

0 comments |

Doaku Buat Mu

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Begitu tersentuh apabila aku menghayati bait-bait kata dalam puisi indah ini,

sesungguhnya akudapat rasakan memang tidak salah pilihan ku untuk menjadikanya

sebahgian daripada hidup ku kerana ciri-ciri itu ada padanya dan inilah doaku

buatmu insan yang aku sayangi..



0 comments |

Hanya Tuhan Yang Tahu

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Lagu ini aku dedekasikan kepada seorang insan yang aku benar-benar sayang dan cintai sampai akhir hayat ku insyallah,dan seseungguhnya walaupun cinta dan kasih sayang kepadanya tidaklah sehebat Rasulullah s.a.w terhadap para umatnya dan isteri- isterinya atau seteguh kasih nabi Sulaiman a.s terhadap Puteri Balqis tetapi cukup untuk aku menyatakanya cinta dan kasih sayang aku terhadapnya adalah kerana Allah s.w.t dan hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terpendam jauh di dalam lubuk hati ku ini..





Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

0 comments |

:::CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah pembuka kata sebaga tanda ku syukur atas segala nikmat yang dilimpahkan kepada kita manusia sekalian alam,segalanya tidak mampu kita balas melainkan taat dan patuh segala perintahnya dan meninggalakan larangannya serta salam selawat ku ucapkan untuk jungjugan besar rasulullah saw.Diri ini tidak pandai bekata panjang dan menyulam kata untuk merungkai patah perkataan melainkan dengan al-quran dan hadis,kali ini saya nak berkongsi tentang sesuatu perkara yang bagi saya begitu penting untuk kita fahami bersama diamana ia adalah reality kehidupan yang akan kita tempuhi iaitu ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki beriman melalui pandagan saya sebagai lelaki.

Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, E untuk Emak. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Sesuai degan janji allah dalam ayat;

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…(surah an-nuur:26)

Mencari Solehah atau Menjadi Soleh?Maknanya disini ukurlah baju dibadan kita dulu dimana kitalah sebagai lelaki perlu la menjadi soleh dahulu dan barulah boleh menanam cita-cita sedemikian insyallah tetapi allah juga pernah berkata:

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

dari itu tiadaklah salah untuk kita mendapat sesuatu yang terbaik dalam hidup kita ini

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki.Firman allah:

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).(surah al-Baqarah : 221)

Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

Bukan harta,rupa daketurunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi

“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

Moga apa yang saya kongsikan dapat membuka sedikit pemikiran semua,kerana ini hanyalah perkongsian ilmu dimana yang baik datang dari allah dan segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri,dan berdoalah kaum-kaum adam moga allah mengurniakan kepada kita seorang wanita solehah dalam kita menempuhi dunia yang serba mencabar ini insyallah.

1 comments |

ku kembali.

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah allah swt masih memberi keizinan kepada saya untuk terus menumpang di atas muka bumi ini,dan marilah kita menjunjung selawat kepada jungjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak berjasa kepada kita kerana tanpanya siapalah kita untuk melayari perjalanan di dunia ini sebagai seorang islam.mungkin sudah lama saya menyepi dalam mencoretkan tulisan didalam ruangan siber ini,ini kerana mungkin terlalu menumpukan perhatian dalam pelajaran atau mungkin saya bukan macam blogger yang lain yang boleh menulis setiap masa dan kadang-kadang yang ditulis tidak perlu pun untuk menjadi paparan umum,mengapa ye??ini jawapan saya mungkin ia adalah hobi,untuk mempopularkan diri,meluahkan isi hati,diari hidup,memuat turun atau sebagainya,bukan saya kata semua itu salah tetapi pernah tidak kita terfikir adakah dalam penulisan kita mengandungi unsur dakwah,yang mengajak manusia lain kearah islam yang sebenar??bukankah kita dijadikan oleh allah untuk mengajak manusia sekalian alam ke arah jalan yang benar ??apakah kita sudah melakukanya??jawapan pada anda sendiri,tepuk dada tanyalah iman...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar".

(At-Taubah:111)

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.

(al-Ashr 103: 2-3)

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...