.::Jeliknya!:::.
Author: Cita Pemuda Syahid Labels::Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim..
syukur kepada Allah kerana nikmatnya yang tidak terhingga kalau hendak dihitung dengan kira-kira,agak janggal rasanya untuk memulakan kata-kata pada kali ini,mungkin disebabkan sudah agak lama tidak menulis di laman dakwah ini umpama biskut "kejap ada,kejap tak da" :) .Mungkin saya agak sibuk sejak kebelakangan ini dengan tuntutan dunia yang tidak putus-putus dengan ujian dari yang maha Esa dari sgenap penjuru yang memerlukan kesabaran dan keteguhan iman didalam hati ini.Insyallah saya akan cuba secara konsistenya menulis di laman yang indah ini dihiasi ilmu-ilmu sebagai penenang hati dan penambah pengetahuan.
kali ini saya ingin membawa satu lagi realiti sebenar masyrakat kita melalui pandagan mata kasar saya.Apabila saya menjejak keluar daripada MFI ini,nauzubillah apabila melihat pakaian wanita-wanita islam khususnya yang semakin hari semakin menjelikan,diamana persoalan aurat dan dosa bagi mereka mungkin tidak releven dengan perjalanan arus zaman sekarang tapi yang penting fesyen yang diilhamkan oleh syaitan itu,tahukah yang syaitan yang hendak merosakan keturunan hawa supaya bersama-sama mereka didalam singah-sana neraka jahanam kelak.Sesuai dengan sabda Rasulullah saw dalam hadis dan ayat-ayat Al-quran;
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al Ahzab : 59).
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
(An-Nur : 31)
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak cukupkah lagi apa yang diterangkan melalui beberpa hadis dan ayat Quran tersebut sebagai peringatan yang jelas dari Allah swt.Dalam hal ini semua pihak harus memainkan peranan dalam menagani permasalahan umat ini,jangan hendak menunding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana bila ia sudah menjadi virus yang tiada ubatnya merebak disegenap ruang baru hendak meraba-raba mencari penawar sedangkan penawar yang jelas kita abaikan dari awalnya.Apa penawar itu?ia adalah Al-quran dan sunnah.
p/s: untuk muslimin Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.