:::Syawal vs Tv:::

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamulaikum,
selamat Hari Raya Aidilfitri,
Apa khabar iman??

Rasanya sudah lama tidak bersua dilaman ilmu ini insyallah,mungkin kerana ada beberapa masalah disamping kesibukan persiapan Raya,Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengutusakan ucapan Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin semoga alllah memberkati kalian dibulan syawal yang mulia ini dan kepada sesiapa yang mengenali saya dan kepada sahabat-sahabat sekalian.

apa yang ingin dikongsikan oleh saya kali ini mungkin ada kaitan dengan bulan syawal yang mulia ini.Sudah menjadi kebiasaan apabila tibanya syawal media-media terutamanya kuat mempromosikan kedatangan syawal dengan iklan-iklan di radio,tv,majalah,surat khabar dan sebagainya tetapi pernah tak kita lihat dan degar iklan-iklan yang memperingatkan kita betapa ruginya kita apabila ramdhan sampai ke penghujungya??sama-sama la kita fikirkan.

Media merupakan salah satu medium perantaraan perhubungan maklumat,berita, disamping menghiburkan kita sebagai manusia yang secara fitrahnya inginkan hiburan tidak kira apa bentuk sekalipun.Kalau nak diceritakan tentang media ni memang panjang tapi cukuplah sedar ringkasan untuk pembuka bicara pada kali ini Pada kali ini apa yang ingin dikemukan saya ialah mengenai salah satu media yang amat kuat pengaruhnya iaitu Tv.Bukanlah tujuan saya untuk menunding jari atau mencari kesalahan tetapi cukuplah untuk perkongsian ilmu sesama kita.




Secara lazimnya apa tiba sesuatu musim perayaan tv lah yang paling kuat mempromosikan,itu tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi saya tetapi pengisian itu biarlah menepati had dan batasan kerana yang menonton itu terdiri daripada segenap lapisan umum terutamanya kanak-kanak yang tidak tahu berfikir dan mentafsir sesuatu apa yang ditonton secara warasnya,contohnya ia terjadi baru-baru ini apa iklan hari raya oleh salah satu stesyen tv swasta baru-baru ini dimana unsur agama lain diselitkan dalam iklan tersebut,apa dah jadi?kita umpama disajikan rendang yang enak tetapi ada jarum halus didalamnya akan membunuh kita secara perlahan-lahan.

Tidak cukup itu lagi apa yang saya perhatikan semua siaran syawal dan cerita yang dipaparkan tiada langsung unsur-unsur berkaitan bulan syawal yang mulia ini apatah lagi dakwah dan islamik tetapi lebih berunsurkan cinta,aksi,seram,lawak dan banyak lagi,adakah ini yang dikatakan siaran 1 malaysia?samalah kita fikirkan akibatnya yang kita perolehi secra dalam tidak sedar.Inilah akibat pemikiran sekular yang berada dalam hati dan diri kebayakan masyarakat kita sekarang sampi tidak sedar akan sesuatu kemungkaran dan batil dalam kehidupan seharian..

Sebagai contoh dari pemerhatian saya selama 1minggu syawal ini kebayakan cerita yang disiarkan adalah berunsur seram,disini timbul beberapa persoalan dalam benak fikiran saya,adakah mereka ingin menonjolkan bahawa syawal ini syaitan telah terlepas dan bermaharajelala?atau memang sudah menjadi trend cerita seram dengan raya??dengan perkara sebegini la salah satu sebab yang boleh mempengaruhi dan memomokan pemikiran kanak-kanak untuk lebih takutkan hantu berbanding allah swt.

PENRINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)


Bertitik-tolak dari itulah,satu garis panduan berkenaan hiburan perlu dikaji dan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan islam itu dapat direalitikan.Kesimpulannya industri hiburan dan nyayian yang halus dalam islam adalah sesuatu yang sesuaii dengan fitrah kejadian manusia,menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adap-adap islam.

Inilah yang menuntut kesedaran yang tinggi padi pengiat seni muslim dan muzik supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah dari pengaruh jahat kuffar.Sebarang percubaan kuffar untuk menghanyutkan umat islam ke arah kemaksiatan,kemudaratan dan kefasikan mestilah dihalang dan dibenteras beracukan penetapan dan susur galur sumber Al Quran dan sunnah.






0 comments |

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...