Umat Islam: Antara Kualiti? dan Kuantiti?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum sebagai pembuka kata dan pemula bicara saya pada kali ini,insyallah apa yang dapat saya kongsikan kali ini diberkati allah dan sebagai muhasabah untuk diri saya sendri dan semua yang lain,kerana rasulullah saw pernah berkata sampailah walaupun sepotong ayat insyallah dapat kita kongsikan bersama.
Berdasarkan tajuk di atas, kita semua sedia maklum akan istilah kualiti dan kuantiti.Kualiti menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah "darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan".Manakala kuantiti pula ialah "banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu); mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal".
Oleh itu,saya menganggap para pembaca mengetahui akan istilah tersebut.
Namun begitu,tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk membincangkan mengenai istilah tersebut tetapi merenung kembali serta bertujuan muhasabah diri akan permasalahan yang semakin meruncing dalam kalangan umat Islam masa kini.

Apa yang di maksudkan ialah gejala sosial yang melanda anak-anak muda yang semakin jauh dari ajaran dan syariat Islam. Inilah yang di semaikan dan di pupuk ke dalam jiwa mereka oleh bangsa-bangsa Yahudi yang sememangnya ingin menjatuhkan Islam sejak dari dahulu lagi.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120).
Mereka(yahudi dan nasrani) begitu sekali bencikan Islam,tetapi malangnya umat Islam hari ini tidak mengambil tahu akan hal ini serta apa yang di firmankan Allah di dalam Al-Qur'an.
Mengapa umat Islam hari ini tidak sedar?Kerana Yahudi dan sekongkolnya sudah mengubah taktik mereka. Jika pada zaman dahulu mereka menggunakan kekuatan fizikal untuk memerangi umat Islam, tetapi pada zaman sekarang tidak mustahil mereka menggunakan kekuatan dari segi mental,psikologi dan minda.
Lihat sahaja di sekeliling kita.Anak-anak muda lebih cenderung mengamalkan cara hidup ala Barat berbanding ketimuran kerana di dalam minda mereka di semaikan ideologi ketimuran yang di sangkakan jumud. Mereka menganggap cara hidup Barat lebih bebas dan tidak menghalang hak asasi mereka.Pergaulan bebas antara lelaki perempuan(ikhtilat),budaya couple,tidak menutup aurat mengikut syariat,hiburan yang berlebihan dan banyak lagi contoh lain.Mereka(anak-anak muda Islam) tidak sedar.Mungkinkita perlu merenung kembali hadis nabi yang berbunyi : Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim).

Perlulah kita kembali pada tali Allah kerana suatu hari nanti kita akan mati(tidak tahu bila),meninggalkan dunia.Firman Allah Subhanahu wa Taala:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” [Ali Imran: 102].Ayat ini Ibn Abbas Radhiallahu ‘anh menafsirkannya begini: “Hendaklah Tuhan itu ditaati, jangan diderhakai, disyukuri jangan dikufuri dan diingati jangan dilupai”.

Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah [agama Islam], dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan [semasa jahiliah dahulu], lalu Allah menyatukan di antara hati kamu [sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam], maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka [disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah], lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu [disebabkan nikmat Islam juga]. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” [Ali Imran: 103].
Al-Sonhadji menafsirkan: “Tali Allah di sini ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu berpecah-belah, yakni jangan berselisih di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah”

Berdasarkan dua ayat Al-Qur'an(terjemahan) yang di beri,jelaslah bahawa kita wajib berpegang teguh kepada tali Allah iaitu jalan yang lurus.

Namun begitu,umat Islam hari ini yang paling ramai di dunia tetap di pijak oleh Yahudi.Lihat sahaja isu terbaru yang berlaku di perairan antarabangsa di mana bantuan yang ingin di salurkan ke Gaza di halang oleh rejim zionis.Mengapa umat Islam di tindas sebegitu rupa?Kerana umat Islam hari ini berpecah belah antara satu sama lain.Kita sedia maklum bahawa umat Islam adalah paling ramai di dunia.Tetapi,mana perginya mereka di saat saudara mereka di tindas?
Nukman bin Basyir ra ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam [HR. Bukhari ; Muslim ; Ahmad].Apakah kita mengingkari hadis ini?


"Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku
berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan
Nasa'i). Menurut hadis ini,Rasulullah saw berbangga kerana ramainya umat Islam yang akan lahir hasil dari perkahwinan yang sah.Tetapi,di mana jaminan kualiti umat Islam yang akan lahir ini?
Dari segi kuantiti,kita umat Islam menang kerana ramainya umat Islam di dunia.Tetapi dari segi kualiti kita masih di bawah,jauh dari ajaran Rasulullah dan suruhan Allah seperti apa yang sudah di ulas.

Saudara-saudaraku, janganlah kamu semua khuatir dan takut kepada musuh-musuh Islam.Berjuanglah(jihad) pada jalan Allah dan yakinlah pada pertolongan-Nya berdasarkan firman Allah:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."(Al-Baqarah:214)

Kesimpulan di sini ialah kita perlu meningkatkan kualiti sebagai umat Islam bukan sekadar melahirkan lebih banyak generasi bergelar Islam,tetapi generasi yang berpegang teguh pada tali Allah.Wallahualam.

1 comments |
  1. kalau setiap daripada umat islam tu sedar, pasti takkan ada kemungkaran di muka bumi ni.tapi Allah sndr dah tau akan ada kmungkaran dmuka bumi ni sebelum nak cptakan manusia lagi(2:30). tapi kenapa Allah ciptakan juga?sbg ujian untuk org2 yang beriman.sama ada mereka biarkan saudara mereka tkapai2 melakukan kemungkaran atau sebaliknya. wallahua'lam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...