..:::Dimana hilangnya nilai kemanusian?:::..

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::




Dimana silapnya kita dengan terjadinya perkara sebegini,dimanakah maruah dan kesucian agama islam yang kita bawa selama ini?jawapan ada pada diri anda sendiri tepuk dada tanya iman.

Kenapakah persoalan tersebut saya timbulkan ini adalah kerana ia ada kena mengena dengan isu pembuangan bayi yang dikhabarkan semakin hari semakin meningkat terutamanya negara kita yang sinonim dilebelkan sebagai negara islam.Kesian bayi yang dilahirkan tidak berdosa menjadi mangsa manusia yang kejam yang berhati lebih teruk daripada binatang.Relakah pada suatu hari nanti mungkin negara ini dipenuhi oleh anak-anak luar nikah(anak haram).Kajian menunjukan Malaysia kini mempunyai kira-kira 2juta orang yang berstatus anak luar nikah Mengapa ini terjadi???

Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 – membabitkan 350,000 responden dari 41 negara – secara purata, seseorang mula melakukan hubungan seks buat pertama kali – hilang dara atau teruna – antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun.Remaja Malaysia? Secara purata, remaja Malaysia melakukan seks kali pertama pada usia 19.3 tahun berbanding 20 tahun pada 2001 sedangkan kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.

Bukan itu sahaja i-Kon turut menjalankan kajian mengenai isu ini. Kajian ini membabitkan 100 remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, berusia lingkungan 15 tahun ke 30 tahun. Mereka ini terdiri daripada pelajar, penuntut institusi pengajian tinggi dan sebahagiannya sudah memasuki alam pekerjaan.

(Kadar maklum balas adalah 100 peratus – bermakna semua remaja yang didekati bersetuju untuk menyertai kajian ini. Peratusan kadar maklum balas penting bagi menentukan kajian ini sahih dan boleh digunakan)

Responden ini ditemui i-Kon dalam kajian yang dijalankan di pusat beli-belah, stesen pengangkutan awam dan kedai makan.

Penemuan kami, 31 peratus (31 remaja) mengaku sudah melakukan seks dan tujuh daripadanya (23 peratus daripada 31 remaja) melakukan perbuatan itu ketika belum mencecah usia 15 tahun!

Mengejutkan? Sudah pasti ya kerana di kala usia masih mentah dan kehidupan seharusnya ditumpukan untuk mencapai cita-cita, remaja ini `hanyut’ melayan nafsu atas alasan ingin tahu dan cinta.

Lebih membimbangkan apabila sebahagian besar pelajar iaitu 65 peratus membenarkan pengguguran dilakukan jika mengandung anak luar nikah.

Penemuan lain kajian i-Kon:

57 peratus remaja mengaku pernah bercium, terutama dengan teman istimewa;

69 peratus remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa;

80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa;

55 peratus remaja pernah menonton filem lucah;

43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah;

Majoriti remaja iaitu 81 peratus mendapatkan maklumat mengenai seks daripada buku dan majalah (bukan bahan bacaan lucah);

72 peratus remaja mendapat maklumat seks daripada rakan;

Kira-kira 30 peratus ke 40 peratus remaja mendapat pengetahuan mengenai seks daripada video, majalah dan laman web lucah;

59 peratus remaja bersetuju penggunaan kondom adalah antara kaedah perancangan keluarga yang berkesan;

Kira-kira 90 peratus remaja menganggap hubungan seks luar nikah sebagai tidak baik dan boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Mungkin ini salah satu berita malapetaka untuk Negara ini kerana sesungguhnya kepipimpinan Negara akan datang bergantung kepada remaja hari ini tetapi adakah bersedia untuk semua itu?

Apakah kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat dengan perkara ini,sedangkan semakin hari semakin berleluasa masalah ini menular dikalangan masyarakat terutamanya remaja.

Apa yang perlu kita lakukan??jawapan nya mungkin pelbagai tetapi bagi jawapan saya mudah sahaja iaitu kembali kepada islam yang sebenar dalam kehidupan merka seharian bukanlah hnya sekadar nama sahaja,sesugguhnya islam itu lengkap dan sempurna untuk diamalkan semua manusia.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Apabila kita sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.



1 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...