...:::Petunjuk Sepanjang Jalan:::...

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..

Pada post kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang sebuah buku yang tersangat baik untuk peningkatan tarbiah di samping bayk mesej perjuangan kita di medan dakwah ini.

Buku yang dimaksudkan tu ialah "Petunjuk Sepanjang Jalan" hasil karya agung As-Syahid Syed Qutb yang diterjemahkan dalam versi bahasa melayu yang jika dulunya diterbitkan dalam versi indonesia tapi berkat pergorbanan seorang ikwah,akhirnya diterjemahkan dan diterbitkan dalam bahasa melayu.

Disini suka saya mengambil beberapa potong perengan yang terdapat dalam buku ini yang berbunyi,Sekarang tibalah giliran ISLAM dan "umat ini" di saat ynag paling genting utuk memainkan peranan .Islam yang tidak memandang remeh dan rendah kepada hasil ciptaan sains yang dilakukan oleh umat manusia sebelum ini dan akan terus dilakukan oleh umat manusia sebelum ddi sepanjang zaman kerana islam memandang kemajuan di bidang sains itu sebagai salah satu tugas utama manusia sejak Allah melantik umat manusia ini menjadi "khalifah" dan pemerintah bumi ini,dan dibawah syarat-syarat tertentu pula islam memandangnya sebagai sejenis iibadat kepada Allah,dan sebagai perlaksanaan tujuan hidup manusia fiman Allah :


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...
(2:30)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(51:56)

itulah serba sedikit isi kandungannya kalau hendak tahu lebih lanjut lagi kena la baca dulu ye,hehe...disini ada satu peringatan untuk membaca buku-buku seperti ini,bacalah dengan hati untuk memahai apa mesej yang ingin disampaikan penulis kerana beliau menulis dengan hati :)



2 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...