SIASAT??

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::


0 comments |

PERINGATAN!!

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,dan Salam Ramdhan.

Apa kahabar iman?adakah semakin hari semakin meningkat?insyallah sama-samalah kita muhasabah diri ini..

PERINGATAN!!

Berhati -hatilah dengan golongan-golongan fasik ini kerana mereka berada disekelilnig kita sekarang tanpa kita sedarinya ingatlah firman allah,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."(Al-Hujraat :6)

Dari itu sama-samalah kita fikirkan dan persiapkan diri dengan golongan ini dengan

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (3:103)

Agar kita sentiasa berada dijalan yang diredhai allah

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."(3:104)

golongan ini amat berbahaya kepada pembentukan ummah kerana

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar."(3:104)

Ingatlah fitrah sesetengah manusia yang tidak akan pernah melihat kesenangan orang lain melainkan penderitaan,kera jika berpuluh juta kebaikan yang kita lakukan orang tidak akan pandang melainkan degan mencari 1 keburukan yang boleh menjadikan senjata terhebat dalam memusnah berjuta kebaikan yang dilakuakan,nauzubillah..sama-samlah kita renungi dan hayati dengan hati berpandukan iman insyallah..

Wassalam..

0 comments |

Islamkah kita?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum dan salam ramadhan saya ucapkan,Alhamdulillah kerana jantung ini masih berdegup,darah ini masih mengalir deras dalam saraf-saraf ini dan yang paling penting ialah nikmat islam dan iman dalam hidup ini yang belum tentu dapat dirasakan oleh orang lain dan mahkluk lain,Kehadrat Dia pujian di lanjutkan, syukuri nikmat segala yang ada, Sang Pencipta itu tidak henti memberi, mengapa kita hamba hina mahu melupai, sudah hebat dan perkasa benarkah? Junjungan besar di akhir hayat masih lagi terkeluar 'ummati' dari bicaranya, mulia benarkah kita sehingga untuk berselawat sepatah dua pun susah? Selawat dan salam buat baginda. Muhammad Rasulullah.

Pada kali ini bunyi tajuk ini agak kontrovesi bunyinya,akan tetapi inilah reality ragam kehidupan yang kita sedang hadapi sekarang sebagai seorang muslim yang benar-benar dilahirkan dalam islam dan mempunyai nama sebagai seorang islam,akan tetapi sudah cukup kah itu??adakah hanya megigati rukun islam dan rukun iman sudah cukup untuk mengatakan kita ini betul-betul menghayati erti islam yang sebnarnya?inilah perkongsian ilmu yang saya cuba sampaikan pada kali ini insyallah sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita sendiri.

Afwan, ku mulai dengan maaf kerana aku tahu setiap kali aku ber'aku', mungkin hemah bicaraku hilang sedikit, namun aku dengan lafaz insyaAllah, pedasku, kasarku, masih lagi aku yakini tidak terkeluar dari syari'atullah bicaraku ini, jika aku tersasar maka bangkitlah kamu dengan pedang-pedang mu datang mengingatkanku, silakan wahai sahabat.

Izinkan aku insan hina mula berbicara dan ku mulakan dengan kisah dialog Nabi Musa AS dengan kaumnya yang telah dirakamkan dalam firman Allah SWT yang maksudnya :

“ Wahai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan tetapi kamu menyeru aku ke neraka. Kamu menyeru aku supaya kafir kepada Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang tidak aku ketahui padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Sudah pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku beriman kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apa-apapun baik di dunia mahupun diakhirat. Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka. Kelak kamu akan ingat kepada apa yang ku katakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba2Nya " al Mukmin - 41 : 44

Kita lelaki sibuk memakai jubbah,serban,kopiah dan memakai wagian yang dikatakan sunnah,yang muslimat pula dengan tudung labuhnya,purdahnya dan busana muslimahnya,itu semua perkara yang disyariatkan dalam islam untuk menjaga aurat tetapi islamkah kita dengan melihat diluar sana berpuluh juta orang tidak menutup aurat,tidak memakai tudung,berpakaian ketat,berselaur pendek,bertindik dan sebagainya??

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kita sering memperigati antara satu sama lain tentang islam,bertukar-tukar pendapat tentang permasalahan agama,musyawarah,usrah,tabligh,dan sebagainya tetapi islamkah kita dengan semua itu jika kita membiarkan masih ramai rakan-rakan kita diluar sana yang jahil tentang ilmu agama ini dan masih jauh daripada tarbiah islam yang sebenar??sedangkan kita hanya sibuk untuk memperkemaskan amal kita.

Kita sering menjaga pergaulan antara kita sebaik-baik mungkin antara lelaki dan perempuan berlandaskan islam yang sebenar,dari segi soal hati,cinta,perasaan,kasih sayang,bagaimana mahu menjadi isteri dan suami yang soleh,semua itu kita perincikan sehalus-halusnya tetapi cukup ke hanya segelintir diantara kita yang dalam tarbiah je tahu semua ini dan hanya memperigati dalam kelompok kita sahaja? Islamkah kita dengan pergaulan bebas yang menjadi tabiat remaja kita sekarang,peningkatan keruntuhan akhlak,zina yang menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat kita sekarang,dan masalah pembuangan bayi yang menjadi tajuk utama dan hagat dalam sebuah Negara islam ini? ?

Sudah cukup ke dengan kita solat 5 waktu sehari ditamabah pula dengan qiamulai,zikir siang dan malam,membaca al-quran beserta tadaburnya sekali,puasa dan menunaikan ibadah haji dan zakat?islamkah kita dengan berapa ramai manusia yang beragama islam diluar sana yang tidak menjaga solatnya inikan pula nak qiamulai dan berzikir,berapa ramai pula yang tidak tahu membaca al-quran walaupun usia sudah meningkat inikan pula hendak mentadaburnya,berapa ramai pula yang tidak berpuasa dengan sempurna apatah lagi menunaikan zakat??

Banyak program yang berciri islamik dianjurkan dan tidak kurang program-program yang berbentuk majlis ilmu dianjurkan akan tetapi apakah sudah cukup semua itu untuk melambangkan keislaman kita,islamkah kita?berapa ramai lagi masyarakat diluar sana yang terlibat dengan program-program yang lagha seperti konsert,parti,pertandingan-pertandingan yang bercirikan keduniaan yang tidak langsung memberi faedah terhadap perkembangan islam malah hanya menjaga nama persatuan atau organisasi saja dan bermacam-macam lagi tetapi langsung tiada halatuju yang nyata hasilnya penat dan buang masa saja.

Kita disini hanya tahu bersyukur kerana semuanya lengkap ditambah Negara yang makmur dan aman bahagia ini,tetapi bagaimana dengan Negara islam yang lain seperti palastine yang setiap masa menderita ditindas dan diancam kehancuran?islamkah kita?dengan membiarkan mereka terus dalam suasana berikut?adakah cukup dengan perkataan “kesian”, penganjuran konvensyen dan pemboykotkan barang?

Mengapakah saya melontarkan hujah diatas yang agak sinis bunyinya umpama saya seorang ulamak?tetapi sesuai dengan ayat ini "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. Al-Baqarah (208) ,akan tetapi adakah kita melaksanakan dan masuk seluruhnya tanpa memikirkan nasib shabat kita yang lain,islamkah kita?Tahukah kita yang sebenarya setiap perbuatan dosa atau perkara-perkara mungkar yang dilakukan oleh manusia islam diluar sana kita juga akan mendapat sahamnya juga,mengapa?ini kerana allah akan menilai setiap usaha kita untuk membawa mereka ke islam yang sebenarya,adakah kita sudah berusaha semaksima yang mungkin?Allah sahaja yang mengetahuinya..

bukan niat saya untuk mecari dan mentafsir hidup bagi seseorang insan yang bergelar manusia.saya hanya manusia biasa yang masih mencari ilmu allah dalam bayangan dunia yang penuh kekeliruan ini,dan itulah persepsi dari pandagan saya terhadap opera hidup manusia zaman sekarang disekeliling saya

Dengan kemelut dunia sekarang, saya tahu, bukan mudah berjalan di atas syaria'tullah, bukan senang menelusuri sunnatullah, kulihat jalannya berliku, hiruk pikuk dengan segala macam kesesatan, gejala-gelaja ma'asi, perlakuan-perlakuan mungkar, dan apa lagi yang semuanya secara pasti aku katakan ianya buruk di mata Addeenul Islam. Gejala terkutuk inilah yang kini senang ditelusuri oleh sekian ramai anak Adam, maka, sudah menjadi kebiasaan manusia, yang senang itu dipilih, yang payah itu dikesampingkan.

Aku tidak terlalu hairan melihatkan manusia-manusia yang hilang pedoman, tiada bekal ilmu, tidak mendapat nurture atau asuhan yang baik terperosok ke lembah yang bejat itu. Bahkan, untuk mereka ini, walaupun dilihat berjalan berpegangan tangan, aksi ringan-ringan, keluar dating, aku masih mampu mengucap nafas lega, aku masih lega kiranya mereka belum terlalu jauh menjunam meneroka lembah ma'asi. Aku telah katakan tadi, mereka ini tidak dilengkapi dengan ilmu yang cukup untuk memahami perlakuan mereka itu menyimpangi syari'atullah, maka para da'ie sekalian, ini tugasnya kalian yang punya ilmu untuk memahamkan, ayuh!...keluarkan singa-singa kamu!

Tetapi sahabat sekalian, fasa ini aku mungkin hilang hemahnya, hilang hemahku ini bukan kerana ammarah bissu' yang dikontrol syaitan, tetapi kerana sayangku kepada kalian. Wahai sahabat-sahabat yang berilmu sekalian, sahabat yang bijak pandai, para cendikiawan, ilmuan, agamawan dan entah apa lagi gelarannya. Oleh kerana tarbiyahmu sudah cukup untuk mematangkan, sudah cukup utk kamu membezakan yang mana haq yang mana batil, sudah khatam kamu soal fiqh, syariat dan sebagainya, maka aku ingatkan bahawa sekarang murka dan laknat Allah bersama kamu!!! Jangan melenting dulu!

Sabda Rasulullah SAW :

" Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing " HR : Muslim

Jika kalian bangga dengan ilmu yang kalian ada, jika kalian megah dengan pandangan org disekitar, jika kalian rasa dada kalian sudah cukup isinya, maka aku mahu tanya kalian, kenapa bongkak benar hati itu untuk melihat dengan jelas apa yang benar apa yang salah? Kenapa perlakuan yang menghampiri ma'asi itu yang kalian tayang-tayangkan? Kenapa benda-benda yang pastinya boleh menimbulkan fitnah itu kalian mulakan?

Aku tanya kalian wahai si ilmuwan sekalian, kenapa hati menjadi buta hanya sekadar ingin beroleh sedikit keseronokan yang pastinya tidak kekal? Apa sudah bertukarkah status kalian dari si alim yang hebat menjadi si jahil yang sombong? Aku pasti, jika hati masih lagi diselimuti gelap pekat rasa bongkak, maka wacana aku ini kalian akan bangkul sampahkan, kalian akan mencari-cari hujah mengiakan kebejatan kalian, begitulah manusia, sentiasa mahu menang walaupun secara haqnya sudah tahu yang mana betul yang mana salah. Inilah perlakuan hati-hati kosong yang bongkak tidak mahu menerima kebenaran!!

Kadang-kadang kita berusaha mencegah kemungkaran dan mengigatkan dikalangan kita sahaja dan bagaimana pula dengan golongan yang lain adakah kita lakukanya sama sepertimana kita lakukan antara kita??jaganlah kita memberitahu berkali-kali pada yang tahu kerana mungkin dia belum memahaminya akan tetapi memadai jika tahu dahulu jika nak dibandingkan masih ramai lagi yang diluar kelompok kita yang belum ketahui dan memahaminya kan??dan itulah adalah tangungjawab kita bersama.

Maka aku rayu, jika kalian mahu aku melutut di depan kalian pun aku sanggup, aku katakan ini Demi Allah aku sanggup! Asalkan kalian bisa menilai dan muhasabah kembali sehingga benar-benar mampu melihat kekhilafan yang telah dilakukan degan mata hati!

Maksud firman Allah SWT : " Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan dengan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk " an Nahl : 125

0 comments |

PROFIL PERIBADI MUSLIM

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Alhamdulillah,dan assalamualaikum...

apa yang ana ingin kongsikan dalam percambahan ilmu kali ini adalah hasil daripada tajuk yang ana sampaikan kepada mad'uu dalam usrah kemarin,berkat daripada allah dan teladan daripada rasulullah saw dapat ana menjalankan tugas ana sebagai seorang naqib insyallah masih perlu banyak diperbaiki untuk meneraju dan membawa orang kejalan yang benar dan menghimpunkan umat dalam satu tarbiah.

Al-Qur'an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah saw yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur'an dan sunnah adalah pribadi yang shaleh, peribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari Allah Swt.

Persepsi masyarakat tentang pribadi muslim memang berbeda-beda, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah, padahal itu hanyalah salah satu aspek yang harus ada pada peribadi seorang muslim. Oleh karena itu standard peribadi muslim yang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah merupakan sesuatu yangwajib dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim.

Bila disederhanakan, sekurang-kurangnya ada sepuluh profil atau ciri khas yang mesti ada pada peribadi seseorang muslim.

1. Salimul Aqidah

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang sepatutnya ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: 'Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam' (QS 6:162).

Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da'wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah.

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: 'shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.' Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq.

Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.

Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw ditutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an, Allah berfirman yang artinya: 'Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung' (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi.

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya.

Oleh karena itu, kesiatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sering sakit. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah saw bersabda yang artinya: 'Mu'min yang kuat lebih aku cintai daripada mu'min yang lemah' (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri

Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur'an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: 'pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.' Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: 'Yang lebih dari keperluan.' Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir (QS 2:219).

Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Dapat kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu.

Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah: “samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatul Linafsihi.

Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatul linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu.

Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harishun Ala Waqtihi.

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur'an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.

Allah swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan: 'Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.' Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.

Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, rehat sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syuunihi.

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.

Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya penerusan dan berilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun Alal Kasbi.

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan kekuasaan (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan bilakala seseorang memiliki kekuasaan, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kareitu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur'an maupun hadits dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.

Dalam kaitan menciptakan kekuasaan inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.

10. Nafi'un Lighoirihi.

Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tidak mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima agar dapat bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peranan yang baik dalam masyarakatnya.

Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).

Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan hadits, sesuatu yang perlu kita renungkan pada diri kita masing-masing.

3 comments |

Apa dah jadi ni???

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

assalamualaikum,semoga kita diberkati oleh pencipta kita yang satu iaitu allah swt,
sebenarnya kali ini bukanlah satu coretan panjang yang ingin disulam tetapi apa dah jadi ni pada diri ku?,semakin hari aku semakin disibukan dengan urusan dunia yang tiada penghujungnya,entah kenapa tiada semangat dalam diri ku untuk meneruskan semua ini,exam dah dekat hanya beberapa hari saja lagi,sedangkan masih bayak yang belum study.Adakah peristiwa yang sama pada semesta lepas bakal berulang lagi untuk diriku??aku semikin keliru dengan diriku dan hidup ku sekarang walaupn luaran saja kegembiraan ku pancarkan tetapi jauh daripada sudut hati ini terlalu banyak permasalahan yang tersimpan.Tolong berikan ku semangat yang hilang ini..

1 comments |

1 Juz Sehari, Kenapa Tidak?

Author: Cita Pemuda Syahid Labels::

Assalamualaikum,pembuka kata untuk berbicara lebih panjang moga ini dapat dikongsikan untuk kita bersama bermuhasabah diri dan memperbaiki diri,isyallah..
Ya ikhwah fillah

Duhai kaum muslimin

Tulisan ini didedikasikan untuk diri ana secara peribadi dan pembaca sekalian agar terbiasa untuk membaca Al Qur'an minimal 1 Juz perhari.

Ya ikhwah, memang terkadang sulit untuk mengaplikasikan 1 juz sehari. Namun, ketika ada kesungguhan dalam diri kita, insya4JJI kita boleh melakukannya.

Ada beberapa strategi yaitu 1 juz selepas waktu subuh, atau 1 juz selepas waktu maghrib atau dibahagi setengah juz selepas subuh di tambah setengah juz selepas maghrib.

Ada lagi satu kaedah dimana jika kita susah untuk membaca sekali 1/2 juz pada tiap subuh dan maghrib, maka kita boleh membaca 2 helai.

(4 muka surat ) setiap kali selesai solat, dan ini memerlukan kita istiqamah pada setiap waktu solat.

yang paling penting sekali adalah istiqamah dan kita benar2 bersemangat serta ikhlas dalam melakukannya insyaallah akan jadi mudah.

Ana juga sempat berfikir, kenapa untuk internet kita boleh menghadap hingga berjam – jam lamanya,tetapi untuk Al Qur'an,kita susah untuk 1 juz minima sehari.

Ana juga baru tahap membaca, belum sampai kepada tahfiz.

Saling mendo'akan agar kita semua terbiasa untuk berkomunikasi dengan 4JJI SWT dengan membaca Al Qur'an minima 1 juz sehari.

Jadi,mari kita bersemangat untuk membaca Al Qur'an 1 Juz sehari. Kenapa 1 juz sehari?
Itu sudah dibahas di majalah da'watuna. Bacalah ye.

YANG PALING PENTING KITA MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI!

Ya 4JJI, bimbing kami untuk mencintai Al Qur'an dengan membacadan mengamalkannya. Amin.

0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...